14

Romance Series 6250

"Janganlah terkejut sangat..kau tak suka ke orang panggil nama penuh kau ?" Syed Ashraf berdalih

"Suka tu suka la..tapi kau cakap tadi macam pelik"

"Dahlah kau tak payah perasan..aku nak singgah seven eleven ni..kau nak pape tk?"

"Beli dekat aku coklat cadburyy..bukan cadburry biase tu tau..yang black forest punya"

Baru sahaja Syed Ashraf ingin berjalan

"Ehhh nantiiii...aku tak habis cakap lagi"

"Manalah aku tahu...aku tengok kau senyap je..ingat dah takde pape nak beli"

"Beli air dutch lady..perisa strawberry..nak yang dalam botol"

"Cerewet betolla kau ni"

"Kau yang tanya aku tadi kan..pegila beli" Alisya Izani menjelirkan lidah kepada Syed Ashraf

"Ishhh"

"AHAHAHAHAHAHAH" Alisya ketawa kemenangan

*********

11 April 2022

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba..

"Macam tak percaya je anak mama nak kahwin dah" Puan Aisyah berkata sambil mengelap air matanya

"Alaa mama janganla sedih...Nanti Alisya datang jenguk mama setiappp hari" Alisya juga turut sebak melihat mamanya yang menangis

Puan Aisyah hanya mengangguk

Tok...tok...tokk

"Pengantin boleh keluar" Sedara Alisya memanggil

Alisya hanya tersenyum

Sebelum duduk di atas pelamin..Alisya sempat melihat Syed Ashraf..tapi sekejap sahaja..takut Syed Ashraf perasan

' cantiknya kau Alisya' Syed Ashraf berkata di dalam hati

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Alisya Izani Binti Rashid dengan mas kahwin sebanyak 3000 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Alisya Izani Binti Rahsid dengan mas kahwin sebanyak 3000 ringgit tunai"dengan sekali lafaz Syed Ashraf dan Alisya Izani sah bergelar suami isteri

Habis sahaja lafaz yang diucapkan Syed Ashraf..Setitis demi setitis air mata Alisya jatuh

'Mama,Lisya dah kahwinnn... Lisya tak jadi anak dara mama dahh' Alisya bersorak di dalam hati..

Di dalam bilik Syed Ashraf

"Fuhh..boleh senget bibir...asyik tersenyum dari tadi" Alisya mengomel

"Sekali seumur hidup"Syed Ashraf menyampuk

Alisya hanya tersengih

"Pegila mandi..nanti boleh solat same same" Syed Ashraf berkata

"Okayyy" Alisya hanya menurut

Sebelum mandi Alisya membuka tudungnya dan memakai makeup remover sebelum dia membasuh mukanya

"Kau tak rasa kekok ke?" Syed Ashraf menyoal selepas dia melihat Alisya membukak tudung

"Buat apa nak kekok dah halal kan..kau nak aku pakai tudung ke dalam rumah"Alisya menjeling

"Tanya pun tak boleh..kau pakai apa tu" Syed Ashraf menyoal sambil melihat Alisya yang duduk di depan meja solek

"Makeup remover by Nurish Organic" Alisya menjawab yakin

"Elok ke?"

"Kalau tak elok aku tak pakai "

"Ishh.. cepatlah sikit.. nanti aku nak mandi pulak..

"Tak reti sabar ke" Alisya menjeling sambil kakinya melangkah ke arah bilik air

*******
'ouhh kau suruh aku mandi dulu sebab kau nak tido eh..nanti kau'

Alisya mengeluarkan gayung dari bilik air dan merenjis sikit demi sedikit air ke muka Syed Ashraf

Syed Ashraf bangun sambil menunjukkan muka yang terkejut

"Pegi mandi..nanti lambat pulak solat"Alisya selamba sahaja berkata begitu..macam dia tidak berbuat apa apa kepada Syed Ashraf

********

Habis sahaja mengaminkan doa...Syed Ashraf ingin bersalam dengan Alisya..tetapi isterinya itu tidak lagi menghabiskan doanya...setelah Alisya menghabiskan doanya Syed Ashraf terus bertanya

"Kau baca doa ape ?"

" Memang lepas habis baca doa..tak salam ke ?" Alisya tersengih kemenangan

"Hek elehhh" Syed Ashraf menghulurkan tangannya

Inilah kali pertama.. perempuan yang menyentuh tangannya iaitu isterinya sendiri

Setelah bersalam Syed Ashraf mencium ubun ubun Alisya

Alisya tergamam tapi dia cepat cepat berdalih

"Awak nak tahu kan saya baca doa ape ?"

"Haah"

" Saya doa macam ni"

"Macam mane"

Syed Ashraf hanya tersenyum apabila Alisya menjelingnya

"Ya allah,seandainya lelaki yang bersama ku saat ini,dia yang serius menjalani hubungan denganku,engkau lancarkanlah rezekinya,permudahkanlah segala urusannya,berikan dia kesihatan yang baik juga semangat yang kuat dan lindungilah dia walau di mana jua dia berada,dan engkau jagalah hatinya kerana ada aku di dalamnya..Aminnn..haa aku baca doa macamtu"

Selepas Alisya habis membaca doanya..Syed Ashraf memandang Alisya tidak berkelip

.........

Kahwin jugak dua ketul ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience