2

Romance Series 6250

Syed Ashraf memandang Alisya Izani sambil memberi jelingan yang tajam

" Kau ingat baju aku ni murah ke ?" soal Syed Ashraf diikuti dengan nada yang menahan kemarahan

" Hek elehhh setakat baju murah macam ni aku boleh beli 10 la" Balas Alisya Izani dengan angkuh

" Kalau macam tu beli la sekarang,aku nak kau ganti balik baju aku ni..SEKARANG !" kemarahan syed Ashraf tidak dapat dibendung lagi apabila mendengar jawapan yang diberikan Alisya Izani sebentar tadi..

" Lantak kau lah" Alisya Izani berkata sambil berjalan laju ke arah kedai yang Puan Aisyah berada

" ish! dahlah kelam kabut,lepastu panas baran..dah langgar aku lepastu blah macam tak bersalah pulak" Syed Ashraf mengomel sendirian sambil matanya mengikuti gerak langkah Alisya Izani yang berjalan laju ke arah mamanya

'ouhhh itu ke mama kau ? heh makin senangla aku nak kenakan kau lepasni..kau ingat kau boleh pergi dengan tenang ke ? ' Syed Ashraf berkata di dalam hati sambil tersenyum sinis...

Di salah satu butik pakaian

" Haa yang kamu kelam kabut sangat ni dah kenapa ?" Puan Aisyah menyoal anaknya yang kelihatan kelam kabut datang ke arahnya

" Tadi Lisya terlanggar mamat mana entah" Alisya berkata sambil matanya melirik di tempat tadi..

" Kan mama dah pesan tadi,bawak air tu elok elok..kamu ni kan kalau tak kelam kabut mesti tak sah...dahla kelam kabut bertambah pulak dengan panas baran kamu tu...mama tak tahu la nanti siape yang nak jadikan kamu isteri " Puan Aisyah berkata sambil melirik ke arah anaknya

" Kalau tak kahwin pun takpelah ma "...Lisya ni muda lagi..tak fikir pun pasal kahwin kahwin ni " Alisya membalas sambil membelek salah satu baju di butik tersebut

*********
Di rumah Syed Ashraf

" MUMMY, MUMMY...Syed Ashraf memanggil emaknya yang berada di dapur

" Kamu ni dah kenapa terjerit-jerit,tak boleh ke panggil elok elok..mummy ni tak lari kemana pun " Puan Laila berkata sambil menjeling anak tunggalnya

" Heee...ala mummy ni itu pun nak marah " Syed Ashraf membalas sambil tersengih kepada mummynya

" Macam mana mummy tak marah kalau dah ...belum pun sempat Puan Laila membuka mulut..Syed Ashraf terus memotong percakapan mummynya..

" Mummy, Mummy kenal kan Puan Aisyah ? " Syed Ashraf bertanya sambil merenung anak mata mummynya

" Ehhh mestilah kenal... aunti Aisyah tu kawan mummy dari kecik lagi...cumanya sekarang dah tak tahu kemana dia pergi selepas uncle Rashid pindah dari kampung dulu..kenapa kamu tanya mummy? Puan Laila membalas pertanyaan anaknya dengan berwajah pelik

" Ash ada jumpa tadi dekat Pavi..kebetulan anak aunti Aisyah terlanggar Ash" Syed Ashraf bercerita sambil matanya dijelingkan ke atas

" Lah yekee, maksudnye mereka sekeluarga ada la dekat sini kan...tak sabar rasanya nak jumpa" Puan Laila berkata dengan suara yang teruja

" Macam Mana nak jumpa kalau dah nombor ke rumah dorang pun kita tak tahu mummy" Syed Ashraf berkata dengan wajah yang kepelikan

" Alah kamu ni, daddy kamu tu kan business man..samalah macam uncle Rashid kamu tu.. mummy yakin daddy kamu akan jumpa dorang...Puan Laila membalas pertanyaan anaknya

" Ikut suka mummy la.. tapi kalau mummy nak jumpa dorang mummy bagitahu Ash tau "

" Kamu dah berkenan dengan anak aunti Aisyah ke ?" Puan Laila menyoal sambil mencuit pergelangan tangan anaknya

" Takde masa la mummy nak berkenan dengan si budak kelam kabut tu..dahlah kelam kabut lepastu panas baran pulak tu...riak muka tu lagila tak rasa bersalah langsung !" Syed Ashraf melepaskan kemarahan yang tidak dapat ditahan lagi

" Kamu tu pun apa kurangnya..tak payah nak cakap dekat orang " Puan Laila membalas sambil berjalan naik ke biliknya

' Aii mummy,apahal mumy back up perempuan tu pulak ? mentang-mentang anak kawan dia...takpe takpe kau x dapat lari mana pun..lagi senangla lepasni aku nak kenakan kau heh ', Syed Ashraf berkata sambil tersenyum puas.....

Korang agak agak kan apa la yang si Ash ni nak kenakan dekat budak Alisya ni ya ? Kalau nak tahu korang kena tunggu la update yang seterusnya :p

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience