Bab 1- Penyesalan

Romance Completed 487497

Dzulaikha Hana keraskan hati. Rayuan dan kata-kata maaf si adik langsung tak dihiraukan. Bagi Hana, adiknya sudah mati!

Pergi! Aku benci tengok muka kau.

Kau suka buat hal sendiri kan? Suka memberontak. Kau rasa dalam dunia ni tak ada yang sayangkan kau. Kau taknak dengar cakap aku. Kau degil! Kau suka jadi budak bermasalah. Suka jadi mat rempit kan? Sekarang kau pergi, kakak yang suka menyibuk hal kau ini dah tak mahu ambil peduli hal kau lagi! Pergi !!

Harini Allah tunjukkan pada kau bila aku dah bencikan kau! Aku dah tak nak tengok, taknak anggap kau adik aku lagi. Kau nak berlumba sampai mati dekat tengah jalan pun kau buat lah. Mulai hari ini aku dah tak ada adik lagi. Kau dah mati Aus!

"Kaklong tolong Aus. Maafkan Aus. Aus tahu Aus nakal, Aus selalu susahkan Kaklong. Tapi tolong jangan buang Aus. Aus dah tak ada sesiapa. Aus cuma ada Kaklong seorang je. Tolong jangan benci Aus, Kaklong. Aus janji, Aus akan jaga dan pertahankan Kaklong sampai akhir hayat Aus. Kaklong jangan benci Aus kaklong..

Aus minta ampun! Aus bersalah pada Kaklong. Ampunkan Aus Kaklong.. "

Hana tarik kakinya yang dipeluk erat oleh si adik yang melutut minta ampun dari tadi.

"Kau bukan adik aku. Adik aku dah mati. Kau pergi! Aku taknak tengok muka kau lagi." Tubuh si adik ditolak kasar keluar dari rumah peninggalan orang tuanya. Pintu dihempas kuat. Kunci.

"Kaklong jangan buat Aus macam ni! Kaklong!" Pintu rumah diketuk bertalu-talu. Dia tak mahu meninggalkan kakaknya yang masih belum stabil emosi itu. Dia tahu Kaklong tidak berada dalam keadaan yang baik.

"Kaklong.. Jangan buang Aus. Kita dua beradik je. Mak ayah dah tak ada. Aus dah tak ada sesiapa lagi. Aus ada Kaklong sahaja. Maafkan Aus Kaklong. Aus janji Aus takkan buat Kaklong marah lagi. Aus janji Aus jadi budak baik. Aus akan ikut cakap Kaklong. Tolong Kaklong.. Buka pintu ni. Aus nak jaga Kaklong.. "

Firdaus merayu bersama air mata deras jatuh ke pipi. Dia menangis sesunguh-sungguhnya. Sedih dengan takdir hidup mereka dua beradik.

Salah aku! Kalau aku tak bergaul dengan budak tak tentu arah itu, aku takkan kehilangan satu-satunya kakak yang aku ada.

Kaklong.. Buka lah pintu ni..

Dzulaikha Hana yang masih mendengar rayuan si adik di luar, sudah melorot jatuh tubuhnya dibalik pintu rumah yang tertutup kemas.

Dia menangis teresak-esak. Benci dengan apa yang telah terlakar dalam memori hidupnya. Hana benci! Kenapa aku perlu ada adik yang menyusahkan macam kau?

Sebab kau, maruah aku tergadai. Aku benci kau! Aku benci semua!

Hana bagai dirasuk. Dia berang. Habis semua isi barang di dalam rumah dilempar melempiaskan rasa amarah yang mencengkam dada. Aku benci!! Aku jijik!!

Aku jijik dengan diri aku. Macam mana aku nak hidup dengan status begini? Aku jijik bila lelaki yang mencemar maruah aku adalah budak hingusan yang sama baya dengan adik aku. Aku tak boleh terima. Aku rasa diri terlalu hina dan menjijikkan.

Macam mana aku nak menghadap Azam? Macam mana aku nak jadi bini Azam kalau aku dah barai macam ni?

Semua ni salah Aus. Aku benci kau! Benci! Dasar adik tak guna! Kenapa kau tak sama-sama mati dengan mak dan ayah dalam kemalangan itu? Kenapa aku masih ada keluarga kalau orang itu sendiri yang menghancurkan masa depan aku? Kenapa?!

Memikirkan penerimaan dan tanggapan serong masyarakat padanya, buat Hana hilang semangat untuk terus hidup. Dia malu. Tak tahu bagaimana mahu menghadap episod hidup pada hari esok.

Dia tahu jalan hidupnya takkan mudah. Aku dah sama taraf dengan pelacur. Apa beza aku dan mereka? Tiada apa. Aku wanita kotor. Layakkah aku bergandingan dengan mana-mana lelaki? Aku tak layak . Aku buah yang dah ditebuk tupai. Tupai hingusan pula tu. Memalukan!

Ya. Katakan lah aku ada pemikiran kolot dan typical. Cemuh lah aku. Tapi kalau aku sendiri tak dapat terima diri aku sendiri, bagaimana aku nak expect orang terima aku?

Ada ke lelaki yang ikhlas terima aku? Masih adakah?

Arrrgghhhhh!! Jeritan stressnya kuat kedengaran. Aus yang menangkap jeritan kuat si kakak , turut merasai derita yang sama.

Maafkan Aus Kaklong.. Maafkan Aus. Aus gagal jaga Kaklong.. Aus memang adik yang tak berguna.

Kepala dipukul berkali-kali. Memarahi diri sendiri. Dia pun bertempik kuat meluahkan beban yang melanda hati dan fikirannya.

Sial kau Shark. Aku bunuh kau! Aku bunuh kau! Jantan bangsat !

Marah di hati Firdaus sekarang bukan sedikit. Banyak. Dia akan pastikan jantan durjana itu akan terima balasannya nanti.

Berani kau sentuh kakak aku Shark. Aku takkan biarkan kau hidup tenang!

Aku menyesal race dengan kau. Aku menyesal.

Mendengar rintihan hiba nan menggila si kakak buat hati Aus bagai diracik-racik pedih. Maafkan Aus , Kaklong.. maafkan Aus.

***********

Share this novel

Nur Baiti Saleh
2021-06-26 22:34:18 

suka sngt best novel ni ..xsbar nak tunggu bab yg seterusnya..

Nur Baiti Saleh
2021-06-26 22:33:04 

aaaaa... ase nak menjerit.. akhir ye Hana bukankah hati ye tuk suami ye .. best ye..

Syahadah Mrizan
2021-03-23 22:25:03 

sambungan bab seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience