Berombak dada Hana menahan marah. Melihat si adik di balik tirai besi, dia jadi cukup sakit hati. Kenapa rosakkan masa depan kau untuk gelaran pembunuh?
"Apa yang cuba kau buktikan?" Tanya Hana bengang.
"Tak cukup dengan gelaran mat rempit, sekarang nak jadi pembunuh pula? Tak boleh ke dalam sehari, kau tak menyusahkan hidup aku?!"
Aus hanya mampu tersenyum dalam sengsara , menutup duka bersama linangan air mata di takungan. Bibir diketap bersama getaran halus. Dia tak mahu sampai air matanya jatuh.
"Aus tuntut keadilan untuk Kaklong." lirih suaranya.
"Tak perlu! Aku tak perlukan keadilan. Sekali maruah aku hancur, hidup aku dah tak ada makna dah! Sekali pun jantan tak guna itu mati , diri aku akan tetap dihina. Tak cukup orang mengata aku sebab tak jadi kahwin, sekarang kau tambahkan rencah penyedap untuk orang terus kutuk aku. Kau suka orang canang aku keluarga pembunuh?!"
"Cukup lah Aus. Aku dah terlalu banyak masalah. Otak aku ni dah kusut dengan beban. Aku tak tahu apa malangnya nasib aku ada adik degil macam kau. Buat sesuatu tak guna otak. Balik-balik menyusahkan aku ."
"Aus sayang Kaklong..."
Air mata Firdaus jatuh . Dia kehilangan kata saat melihat si kakak menangis dengan keras.
Setelah lima minit melepaskan tangisan berat, Hana menghapuskan air mata dengan tapak tangan. Wajah merahnya diraup beberapa kali.
Ganggang telefon dicapai kembali. Nafas ditarik paling dalam.
"Aku juga sayangkan kau, Aus. Kau satu-satunya darah daging yang aku ada. Tapi tamparan takdir ini terlalu hebat untuk aku. "
Jeda. Aus yang setia mendengar menelan liur dengan payah.
"Aus..Tolong hidup dengan baik. Jadi budak yang baik. Sekalipun kau bukan adik aku lagi, tolonglah ...hidup lah dengan baik. Aku minta maaf kalau aku gagal jadi kakak yang baik selama ini. Aku gagal didik kau seperti mana yang diamanatkan oleh ibu bapa kita.
Hari ni, hari terakhir aku pandang muka kau. Hari terakhir aku bercakap dengan kau. Tolong jalani hidup kau dengan baik dekat dalam ini.
Kalau kau dah bebas nanti. Carilah bahagia kau dengan menjadi orang yang berguna. Tolong jangan muncul lagi depan aku. Sebab kesalahan kau pada aku terlalu besar. Aku tak mampu untuk maafkan kau dan aku tak mampu untuk pandang muka kau lagi."
"Maafkan aku, tapi tolong pergi dari hidup aku. Adik aku dah mati."
Air mata Hana jatuh. Begitu juga Aus yang sudah teresak hebat. Lelaki itu kelu tak terkata apa. Hanya senduannya yang jelas kedengaran.
Dzulaikha Hana bangun. Ingin berlalu pergi.
"Selamat tinggal Aus."
Aus hanya mampu melihat belakang tubuh Hana yang kian menjauh. Wajah diraup. Tangisannya makin menjadi. Penyesalan datang silih berganti.
Pergi lah Kaklong.. pergilah.
Aus tekad. Dia takkan ganggu si kakak lagi. Dia akan tunggu hingga saat itu tiba. Tunggu sehingga Hana menghulurkan kemaafan untuknya. Detik itu pasti tiba. Detik penyatuan kembali tali persaudaraan silaturrahim mereka yang terputus hari ini.
Aus takkan penat berusaha untuk dapatkan kemaafan Kaklong. Takkan penat Kaklong. walaupun perlu terus menunggu hingga ke akhir nafas Aus. Aus takkan putus asa.
Aus doakan Kaklong kuat tempuhi hari Kaklong yang malang kerana kenakalan dan kedegilan Aus.
Percaya lah Kaklong, Aus tak pernah berniat walau sedikit pun untuk heret Kaklong bersama dalam masalah ini.
Menyakiti Kaklong adalah perkara yang tak pernah terlintas dalam hati Aus. Sebab Aus sayangkan Kaklong. Sayang sangat. Jiwa Aus pun sakit bila Kaklong disakiti.
Aus janji, Aus akan terus bertahan di sini dan Aus akan jadi budak yang baik.
*****
" Aus!! Selamatkan kaklong!! Aus!! Eh budak setan, jangan sentuh aku lah! " Hana masih cuba melawan sambil menjerit meminta tolong dari si adik.
Gila! Adiknya boleh bergaul dengan orang macam ni? Dasar budak tak ada masa hadapan. Hidup tak ada arah tuju. Dasar anak orang kaya bodoh. Tahu menghabiskan duit mak bapak sahaja.
"Diam!! Kau milik aku malam ini!" Satu tamparan padu singgah di wajah bujur sireh milik Hana.
Shark senyum puas melihat tepi bibir itu sudah pecah menerima habuannya.
Adik kau boleh la kau tangan-tangan dan arah-arahkan. Aku? Jangan kau mimpi! Kau ingat kau siapa? Berani sangat campur urusan aku. Nak aku lepaskan bohsia busuk itu? Baik, biar kau jadi galang ganti.
Padan muka! Menyibuk tak bertempat lagi. Asalnya, bukan kakak Aus yang menjadi cagaran pertarungan antara Shark dan Aus, tetapi Allana yang merupakan bohsia a.k.a kekasih Aus yang bangga dikelek ke sana ke mari.
Tapi.. sebab kau menyibuk sangat. Memang kau lah yang aku gulai malam ni.
Aus jerit kuat. Marah melihat si kakak diperlakukan sesuka hati oleh Shark. Depan matanya sendiri, Shark berani tempeleng pipi Hana berkali-kali sebelum tubuh si kakak ditolak masuk ke dalam kereta dengan kasar.
"Lepaskan kakak aku! Dia tak ada kena mengena dengan hal kita! Aku cagar Allana. Yang kau rembat kakak aku, kenapa?!" Aus jerit kuat sambil cuba menyelamatkan si kakak.
Kau boleh sentuh Allana. Tapi jangan kau berani sentuh Kaklong aku!
Sentuh Allana tak apalah. Dia memang bohsia! Kisah apa dia dengan minah tu. Memang stock touch and go pun. Tapi Hana..??
Aus takkan korbankan kakaknya untuk disentuh atau dinikmati oleh jantan tak guna seperti Shark. Langkah mayat aku dulu! Aus cuba mendapatkan kaklongnya. Dia akan selamatkan kakaknya dari menjadi mangsa Shark..
Aus berjaya sampai ke pintu kereta. Pintu cuba dibuka dengan kasar. Kunci! Dia tumbuk cermin kereta itu berkali-kali.
" Kaklong jangan takut. Aus datang! Aus takkan biarkan dia sentuh kaklong! " Tempik Aus dari luar cuba menenangkan kaklongnya yang sudah pasti sangat tertekan di dalam, menghadap banjingan sialan.
Tak dihiraukan tangan yang sudah berdarah. Dia menumbuk dan menendang kereta itu sekuat hati. Aus mendapatkan sebiji batu besar.
Melihat tingkahnya yang boleh mengganggu urusan Shark dan 'permainan' nya di dalam, Zack arahkan yang lain untuk pegang dan belasah Aus hingga lunyai. Aus melawan namun dia tidak berdaya menepis dan melawan setiap asakan dan pukulan oleh mereka yang berkumpulan itu.
Aus tertiarap kelemahan di atas jalan tar. Dia menjerit kuat, bengang dengan diri sendiri yang tak berdaya menyelamatkan Kaklong. Dengan selamba Zack duduk bersila atas tubuh Aus yang sudah terbaring lembik dan lemah. Dia tenang sambil menghidupkan api rokok di bibir. Disedut dalam dan dilepaskan penuh nikmat.
Tenangnya Zack tika itu bagaikan sedang bercuti di tepi pantai!
Aus menangis mengenangkan nasib malang si kakak. Dia teresak, tahu benar tak mungkin dia berjaya dapat melawan Zack dan yang lain di saat ini.
Meraung dia sambil menghentak tangannya di jalan bertar itu berkali-kali. Memarahi diri sendiri.
Aku gagal.. Aku gagal jaga kakak aku.. Maafkan Aus, kaklong.. Maafkan Aus.
Kenapa aku bodoh sangat race dengan Shark hari ini? Kenapa mesti kaklong muncul hari ini? Kenapa?
Kenapa mesti aku yang menggadaikan maruah kakak aku sendiri?? Arghhhhhh!!! Aus berperang sendiri, memarahi tingkahnya yang merosakkan segala hak milik kesayangannya.
Hati Hana tersiat melihat si adik yang sadis dibelasah. Dia menghamun Shark.
"Binatang! Lepaskan aku!!" Marah Hana kuat. Tangan yang dikunci kemas oleh Shark cuba direntap dengan kuat tapi tidak berhasil.
"Diam!"
Shark bengang. Ruang yang sempit membuatkan dia susah untuk mengawal situasi. Ganas sungguh perempuan ni! Tak dapat pukul aku dengan tangan yang sudah dipasak, dia hantukkan kuat kepalanya tepat kena pada dahi aku. Mahu benjol!
Berpinar mata Shark. Hampir sahaja Hana terlepas dari pegangannya.
Berang, tubuh Hana ditarik ke bahagian kerusi belakang dengan paksa. Beberapa kali dilayangkan tamparan kuat ke pipi mulus itu.
Bibir Hana makin pecah dan berdarah. Tak cukup itu, perut Hana ditumbuk dua kali. Hana terbatuk. Sakit.
Melihat Hana sudah semakin melemah, Shark berpuas hati. Tahu pun diam. Cebik hatinya.
Ini memang gila!
Kerana ganasnya perempuan garang itu melawan tanpa gentar, Shark terpaksa batalkan niat untuk membawa wanita cagarannya itu ke hotel bagi melunaskan hasrat di jiwa. Dalam kereta itu juga dia mahu merasmi si garang yang berani memaki hamun seorang Shark dari tadi.
Ya.. Dalam kereta! Apa nak goyang dan resah? Pintu sudah dikunci, cermin pula bertinted gelap tak berbayang langsung. Orang luar bukan nampak pun, cuma sekadar tahu dia menyetubuhi wanita itu dengan paksa.
Ahhh!! Shark tak peduli. Dari tadi minah ini mencabar naluri serta kesabaran lelakinya.
Dia senyum mengejek sambil mendekatkan bibir mereka, dicium kuat sekilas melepas geram pada ulas bibir yang banyak melawan dari tadi. Puas hati aku.
Namun senyuman puas dan mengejek Shark tak lama bila tiba-tiba sahaja satu tumbukan kuat melekat di dagu serta hidungnya. Mengerang Shark dek serangan Hana.
Hana menolak kasar tubuh Shark yang separuh menindih tubuh kecilnya. Merasa masih ada sinar untuk menyelamatkan diri, Hana pantas cuba membuka pintu namun sekejap sahaja pandangan Hana sudah berpinar dan bertukar gelap bila kepalanya dihentak kuat ke cermin kereta oleh lelaki itu. Darah mengalir laju di tepi kepala.
Tubuh Hana melorot jatuh. Tidak sedarkan diri.
"Ini makan dia! Jangan mimpi boleh lepas dari aku." Kepala Hana ditunjal sekali. Pengsan pun.
Shark melepaskan lelah. Hidung yang berdarah ditumbuk Hana tadi dilap kasar. Dasar perempuan menyusahkan!
Dia buang nafas seketika sebelum melompat ke kerusi pemandu dan memandu laju ke satu destinasi, meninggalkan teman-teman yang bersorak riang di sekeliling kereta meraikan kemenangan Shark menjinakkan singa betina.
Tubuh kakak Aus yang terkulai di seat belakang dicuri pandang dari cermin. Kau akan jadi milik aku. Aku akan tunjukkan pada kau siapa sebenarnya lelaki yang kau panggil perosak bangsa dan tak ada masa hadapan ini.
Shark pasang tekad sementelah berang dengan tingkah perempuan itu yang memakinya tanpa riak gentar. Kau fikir kau siapa? Aku Shark lah! Kawasan ini aku lah rajanya! Belum ada yang berani lawan cakap aku. Kau akan aku ajar selayaknya.
Aku peduli apa kalau kau lebih tua? Salah kau sebab campur urusan aku. Kelajuan kereta ditingkatkan. Menderum bunyinya membelah kepekatan malam.
Tak jadi aku nak baham kau dalam kereta. Ingat ganas sangat sampai tak boleh bawa check in. Dasar perempuan bodoh! Shark meludah ke tepi. Riak mukanya mencerminkan hati yang sedang elok membara. Rahang bergerak-gerak menahan rasa yang mencengkam dada.
Kau tahu lah nasib kau malam ni. Perempuan bodoh!
Aus yang melihat kereta Shark berlalu pergi bersama kakaknya, menyumpah seranah tanpa henti. Makin kuat dihentak jalan raya dengan tangan yang dikepal kuat. Marah kerana gagal dan tak berdaya menyelamatkan maruah kakaknya dari dirampas dengan kejam oleh lelaki sebaya dengannya.
Bangsat kau Shark!
Aus menumbuk kuat dinding sel tahanannya. Setiap kali peristiwa jahanam itu singgah di benak ingatan, amarahnya tak mampu dikawal. Setiap hari dia sakit menahan rasa kecewa kerana gagal menjadi pelindung buat satu-satunya saudara yang dia punya.
Aus menjerit kuat sambil melajukan tumpukan bertalu pada dinding yang sudah retak tak henti ditumbuk oleh Aus setiap hari. Kesakitan di tangan, sedikit pun tak dihiraukan kerana hati lebih dominan menanggung sakit.
Sakit yang tak mampu diubat dengan mudah.
**********
Share this novel
mcmmana nak dapat kan novel ni.ada jual x kat pasaran
author update bab bru ke??