" Bagi balik cincin tunang kita." Azam meminta kasar.
Hana tersentak. Azam.. Matanya bergenang air mata. Jangan buat saya macam ni.. Dia pandang Azam dengan wajah mengharap. Tolong saya Azam.
" Bagilah! Kau terkemut-kemut apa lagi?! Terhegeh-hegeh pula.." panggilannya sudah berubah.
"Tolonglah Azam jangan buat saya macam ni. Saya tak bersalah Azam. Saya teraniaya. Jangan batalkan perkahwinan kita. Jangan tinggalkan saya. Saya dah cukup menderita dah Azam.. Jangan buat saya macam ni, tolonglah saya. Saya harapkan awak seorang saja. Tolong saya Azam, selamatkan maruah saya..."
Hana pegang tangan Azam yang kemudiannya ditepis kasar oleh lelaki itu.
Azam tak boleh terima dengan apa yang telah Hana katakan. Kejujuran Hana buat hatinya diselimuti baran dan amarah.
"Siapa lelaki tu?"
Hana diam. Dia jelas ketakutan dengan tingkah Azam yang berubah 360 darjah.
"Do i know him?"
Hana menggeleng.
"Sejak bila?"
"Bila kau tidur dengan dia?!"
"Bukan tidur. I was raped!"
"Aku tanya bila?!!"
"Minggu lepas."
"Baru sekarang kau bagitau aku? Did you enjoy it?" Keras suara Azam.
"No! Azam please. Saya tak curang."
Hana bersikap jujur tentang keadaan dirinya. Dia tak mahu menipu Azam. Azam patut tahu apa yang menimpa dirinya. Perkahwinan tak sepatutnya dibina dengan sebuah penipuan. Hana tak mahu mementingkan diri sendiri. Dia tak mahu digelar penipu!
Tangan Hana masih menggeletar setiap kali teringatkan mimpinya semalam. Dia takut! Takut menerima hakikat kalau Azam mengamuk hebat bila dia tahu siapa isterinya selepas menikah nanti.
Memang pada mulanya Hana mahu diamkan sahaja perkara ini. Tapi mimpi itu menghantuinya. Seboleh mungkin Hana tak mahu perkara seperti dalam mimpi itu terjadi. Walau hanya dalam mimpi, Hana rasa terlalu sakit. Hana tak mahu episod rumah tangganya jadi seperti mimpinya semalam. Dia tak mahu! Sadis sekali hidup Hana bila dilayan teruk oleh suaminya sendiri.
Sebab itu Hana berkata jujur. Tapi penerimaan Azam hari ini buat Hana rasa menyesal.
"Apa perasaan kau bila tengok aku bersama wanita lain?"
Hana terpinga.
"Apa maksud awak Azam?"
"Dengar sini baik-baik, Hana. Aku akan kahwin dengan Nadira masa majlis kita nanti. Majlis itu akan tetap berlangsung tapi bukan kau pengantinnya."
Bibir Hana terketar. Dia nak bersuara namun tak berdaya. Hatinya direntap dengan hebat.
"Kau perempuan murah, Hana. Sudah aku ikat jadi tunangan pun , masih juga kau berani menggatal dengan jantan lain. Rogol? Jangan menipu.Aku bukan budak-budak. Kau sama je dengan kawan baik kau. Dua-dua layak jadi perempuan lorong. Dasar jalang! Pelacur busuk!" Pandangan tajam Azam penuh perasaan jijik untuknya.
Melihat Hana bungkam dengan air mata yang mengalir bagai tiada henti itu buat Azam tersenyum puas. Puas sekali menyakitkan hati Hana.
Kerana hatinya lebih sakit!
Azam sakit! Terlalu sakit bila Hana berkata jujur tentang apa yang menimpanya. Diletakkan semua kesalahan di bahu Hana. Selayaknya Hana dipersalahkan. Maruah diri sendiri pun tak boleh nak jaga. Bebal!
Menangis lah Hana. Memangis dengan dahsyat. Hati aku akan jadi lebih sakit jika sampai melihat kau gembira. Aku suka kau rasa sakit dan kecewa yang sama. Menangis sampai kau rasa nak mati Hana! Sebab perempuan yang curang dengan aku tak layak pun untuk hidup! Tak layak pun merasai bahagia! Aku benci kau Hana! Benci!
"Awak tak cintakan saya Azam? Tak sayang saya?"
"Perempuan kotor macam kau tak layak untuk dicintai." Azam buang pandang ke tasik. Cuba menyembunyikan rasa terluka yang jauh menjerut jiwa. Aku terlalu cintakan kau Hana. Aku nak halalkan kau. Tapi kenapa mesti kau curangi aku? Tangan dikepal kuat.
" Sesenang ini saya dibuang? Bukan saya yang minta semua ni jadi, Azam. Saya kena rogol! Saya tak rela. Lelaki itu lebih muda dari saya. Awak ingat saya terlalu kemaruk untuk disentuh sampai boleh tidur dengan jantan tak guna tu? Tolonglah Azam. Awak lebih kenal saya. Saya tak semudah dan semurah itu!"
Hana menyentuh tangan Azam.
"Saya harapkan pertolongan awak, Azam. Saya harap saya boleh berlindung dengan bantuan awak. Selamatkan saya. Selamatkan maruah saya. Tolong jangan makin pijak harga diri saya macam ni."
Air mata Hana makin hebat jatuh ke pipi. Dia sudah teresak-esak. Apa akan jadi padanya jika Azam batalkan perkahwinan mereka. Tidakkah makin dahsyat dia dikeji oleh orang yang semestinya takkan pernah mengerti. Hanya tahu menghakimi tanpa tahu cerita yang sebenarnya.
Kenapa sadis sangat hidup aku ?
"Hanya kerana atas nama cinta aku kena terima kau ? Bodohkan diri jadi pak sanggup? Aku tak bodoh Hana. Pantang lelaki makan sisa orang lain. Aku bukan jantan dayus! Rela dipergunakan orang untuk cover sedap kau dengan jantan lain!" Azam bersuara penuh ego.
"Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Perempuan kotor macam kau tak ada yang sudi nak buat bini. Kerat jari aku kalau ada yang bodoh nak terima kau.
Perempuan pilihan mama aku sepuluh kali cantik dan sempurna dari kau. Menyesal aku pertahankan kau selama ini. Rupanya kau ni sampah. Tak berbaloi langsung untuk aku kutip dan simpan."
Hana terkedu seribu bahasa. Sungguh tak menyangka Azam akan menuturkan kata hinaan begitu padanya.
" Cincin aku. Pulangkan cincin aku."
Dalam rasa berat hati, cincin yang tak pernah ditanggalkan dari jari manisnya dikembalikan kepada Azam.
Azam genggam cincin itu kuat.
"Cincin ini aku beli dengan harapan untuk peristerikan kau. Cincin yang aku pilih dengan rasa cinta yang sarat dalam hati. Kau tak layak pakai cincin ini sebab cinta aku pada kau dah mati. Di mata aku, kau bukan perempuan yang layak dicintai. Kau cuma perempuan keji yang jijik!"
Serentak dengan itu, cincin itu dilempar jauh ke tengah tasik oleh Azam.
Hana cuma melihat tingkah itu dengan hati yang terhiris hebat.
Tenggelamnya cincin tanda itu ke dasar tasik, maka terhapus lah juga nama dan cinta untuk Hana di dasar hati Azam.
Hana hanya mampu menangisi perpisahan cinta tak jadinya bersama Azam.
Azam menapak laju ke kereta. Meninggalkan Hana sendirian di situ. Dia sudah tidak mahu peduli tentang Hana.
Enjin kereta dihidupkan dan kereta berlalu pergi dengan laju. Stereng kereta ditumbuk kuat.
Azam melempiaskan rasa marah yang membelit dirinya. Dia kecewa cinta yang disulam selama lima tahun dan akan berakhir dengan ikatan pernikahan dalam tempoh dua minggu lagi, putus ditengah jalan. Aku tak sanggup nak terima sisa orang. Aku bukan loser!
Sangat kecewa Azam tika dan saat ini. Dia sendiri tak sedar sudah melampaui batas menyakitkan hati Hana. Tapi hati Azam lebih parah! Dzulaikha Hana satu-satunya perempuan yang diletakkan di dalam hati. Sanggup Hana berbuat onar di belakangnya! Dasar jalang!
*****
Hana menangis hingga terjelopok di atas rumput. Tasik itu menjadi saksi barah kecewa yang merebak di hati dan jiwa rapuh milik Dzulaikha Hana. Rawan di hati tak usah dikata. Terlalu sakit. Kenapa aku perlu lalui pahitnya penghinaan ini? Aku tak bersalah. Aku tidak jalang. Aku hanya mangsa. Mangsa rogol budak yang tak ada masa hadapan!
Kenapa kau tinggalkan aku , Azam? Kau kata kau cintakan aku. Kau sanggup korbankan segalanya untuk jadikan aku halal sebagai isteri. Tapi kenapa kini kau juga membenci dan memandang jijik pada aku?
Sakit Hana?
Terlalu sakit.
Mana pergi lelaki yang terlalu sayang dan caring padanya? Kenapa Azam berubah jadi lelaki yang tak pernah Hana kenal sebelum ini. Ke mana pergi lelaki yang sentiasa bersikap untuk memahami situasi dan keadaan Hana?
Mana lelaki yang kata cinta sangat pada aku tu? Inikah lelaki yang rasa dirinya hebat mempertahankan cinta saat ditentang oleh mamanya sendiri?
Hana menangis hingga tersedu -sedan. Sesiapa sahaja yang melihat dan mendengar tangisan syahdu Hana akan turut merasai sedihnya.
Aus yang memerhati dari jauh mengepal penumbuk. Hatinya juga turut ikut menangis melihat kedukaan si kakak yang masih larut dengan rasa kecewa yang menggunung.
Aku bunuh kau Shark. Sumpah demi nama Allah , aku bunuh kau!
Tekad Firdaus penuh api kemarahan. Dari tadi Aus hanya memerhati kakaknya dari jauh. Dia ada.. sentiasa ada untuk kakaknya. Cukup sekali dia gagal melindungi Kaklong. Dia takkan gagal lagi.
Aus akan dapatkan keadilan untuk Kaklong. Aus janji Kaklong. Aus janji. Aus sanggup ke tali gantung semata-mata untuk bagi pengajaran pada jantan durjana itu.
Kaklong bukan perempuan murah yang semudahnya dia tiduri. Aus akan pastikan dia terima padahnya kerana usik kakak kesayangan Aus.
Shark.. Kau tunggu aku datang buat perhitungan !
*******
Share this novel