"Aku nak perempuan haritu."
Zack terpinga. Perempuan mana pula? Buang tabiat apa si Shark main minta perempuan yang sama. Tak pernah dalam sejarah.
"Perempuan mana?"
"Perempuan tua tu lah!"
Zack cuba mengingat. Bingung. Banyak sangat perempuan yang dikelek Shark. Konfius Zack. Perempuan tua? Fikir punya fikir, Zack jadi tak senang duduk.
Janganlah Shark cakap perempuan ganas tu. Mana nak dapat dah.. Adik dia pun dah tak nampak batang hidungnya lagi di sini.
Pelipis digaru. Susahlah aku kalau perempuan itu yang dimaksudkan Shark.
Mati ni ..Mati.. Species liar juga yang tertambat di otak fikiran Shark. Kenapa yang susah juga yang dia mahu?Yang jinak kan banyak.. Tinggal pilih je. Pasti ready je diaorang menadah body untuk Shark. Tapi.. perempuan yang itu... Aduh! Jammed kepala otak aku.
"Kalau aku tak dapat dia malam ni, aku takkan payung port kau lagi ." Shark mengungut sambil melepaskan kepulan asap dari celah bibir. Dia tenang dalam duduknya yang santai.
Perempuan-perempuan gedik yang mendekat dengan niat mahu menggodanya dikerling tajam sekilas sebelum masing-masing berlalu pergi.
Mereka tahu sangat mood Shark kurang baik. Lebih baik jangan diganggu singa gurun itu. Nanti sia-sia sahaja kena maki. Bukan tak kenal perangai Shark yang kasar dan perengus. Jangan cari penyakit. Nanti malu dapat, sakit hati pun dapat.
Shark memang kaki perempuan, tapi bukan semua dia tibai. Shark ada class dia tersendiri. Cikaro yang kena kelek dengan Shark tu kira bertuah lah. Bukan semua dapat merasa uiii..
"Bro. Aku ada stock baru. Yang ni ayam kampung. Dara lagi. Lagi cun dari ayam tua bising tu. Apa kata kau baham yang ni. This one aku gerenti terbaik." Zack cuba buka offer lain. Minta-minta Shark termakan umpannya.
Buat tak dengar. Shark hembus asap ke udara. Layan rokok lagi best dari tawaran Zack yang bertentangan dengan kemahuannya. Zack garu kepala lagi walau tak terasa gatal. Ahh gawat.
Shark melompat turun dari bonet kereta Zack.
" Boring ah tempat kau."
"Ehh jangan macam tu bro.." Rugi lah dia kalau Shark dah tak payung tempatnya lagi.
Shark tuju ke arah kereta. Enjin kereta dihidupkan. Menderum meluncur pergi. Sudah beberapa hari mood dia kurang baik.
Semuanya sebab tercari-carikan satu susuk tubuh itu. Dia penat mencari tapi tak jumpa sampai ke sudah! Celaka betul perempuan ni main kacau hidup aku. Dah tahu aku cari kau, taknak muncul pula depan aku ! Stereng dihentak kuat. Bengang.
Mana kau hah? Kau ingkar arahan dan ugutan aku. Kau memang nak kena lah perempuan..
Tua saja je!
Aku dapat kau nanti, siap lah aku kerjakan. Kau buat susah. Buat sombong dengan aku. Kau tunggu aku cari kau sampai ke lubang cacing! Heyy jaranglah aku tak dapat apa yang aku nak. Ini Shark lah!
Pedal minyak makin kuat ditekan. Laju kereta sportynya membelah kepekatan malam. Balik rumah, tidur lagi bagus!
Melangut dekat sini pun dapat jumpa ayam busuk je buat apa? Makin stress!
Otak dan fikirannya tak habis-habis teringatkan si tua itu. Ahhh.. boleh jadi gila kalau tak dapat dia ni! .
Perempuan bodoh ni bagi apa pada aku? Aku langsung tak boleh pandang betina lain. Asyik ingat dia je.
Serabut. Shark yakin perempuan itu dah bomohkannya.
Kau sakit hati dah kena rogol , sekarang kau nak balas pada aku pula? Kau tunggu nasib kau perempuan. Jangan sampai aku jumpa kau. Memang mati kau, aku kerjakan.Aku pastikan kau mati kewalahan melayan permainan aku.
Shark tekad . Pantang benar kalau ada yang berani cari pasal. Kau cabar aku kan perempuan! Kau rasa kau hebat boleh buat aku macam ni? Kau belum kenal aku siapa. Aku boleh buat kau sembah dekat tapak kaki aku .
Aku Shark! Bukan taraf kau untuk buat aku sasau. Kau... perempuan tua tak sedar diri. Tak cukup kau maki aku, sekarang kau ganggu hidup aku pula! Kau memang cari nahas.
Dzulaikha Hana.. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing! You messed with a wrong person.
Kau tunggu apa yang aku boleh buat pada kau! Tunggu!
***********
Shark bersiul santai sambil berlalu ke kondonya. Malas nak balik ke rumah parents. Alih-alih asyik nak membebel sahaja.
Si emak tak habis nak membezakan sikap liarnya dengan si abang yang serba-serbi baik. Dari dulu lagi mamat itu saja yang baik, yang elok, yang bijak, yang soleh, yang menjadi harapan bangsa dan negara. Yang mengharumkan nama keluarga. Bosan!
Shark bosan!
Baik dia berkubu di rumah sendiri. Setidaknya dia dapat kenang secebis kenangan hangat malam pertamanya bersama ayam tua itu. Senyuman miang dan jahat terpeta jelas di kanvas muka. Akan aku ulangi lagi episod itu sampai aku puas, Hana..
Perempuan tu memang sesuatu. Aku tak pernah rasa puas seperti mana yang aku rasa bila bersama dia. Sangat puas. Malah aku ready untuk repeat.
Shark sengeh jahat lagi. Aku sedang menanti detik dan saat untuk jahanamkan tubuh kau lagi, si tua..
Once aku jumpa kau .. aku takkan lepaskan tubuh kau dengan mudah. Akan aku tawan kau sampai aku muak. Lepas tu .. aku buang kau macam minah bohsia yang lain. Dah busuk! Gelak jahatnya kedengaran bebas lagi buat kesekian kali.
"Shark!"
Menoleh ke belakang pada yang memanggil. Keningnya terjongket. Wow, look who is here.. Nak suruh aku bertanggungjawab ke? Hell NO!
"Aku memang nak jumpa kau pun. Aku belum puas ratah kakak kau. Aku.."
Suara mengejek Shark dibalas dengan satu tusukan dalam. Hilang sengihan jahat di bibir Shark. Diganti dengan riak terkedu bila perutnya makin dirodok tanpa belas oleh Aus.
"Lebih baik kau mati."
Tubuh Shark yang membongkok menahan sakit ditikam, kini ditolak hingga jatuh rebah ke bawah. Shark mengerang kesakitan. Darah membuak keluar dengan ghairah. Membasahi baju dan lantai kediaman mewah itu.
Aus puas melihat Shark sedang berusaha keras untuk hidup. Apa rasanya menghadap sakaratul maut itu , Shark?
Tak puas hati melihat kesakitan Shark yang di matanya terlalu sedikit, kaki diangkat tinggi sebelum memijak keras pada pisau yang terpacak di perut lelaki itu . Menggelupur Shark bila pisau itu makin terbenam jauh ke isi perutnya. Sungguh sakit dan terasa azab.
Aus ketawa puas hati.
Kalau aku perlu mati dalam hidup kaklong, kau pun wajib ikut aku. Mari mati bersama.
Kita jumpa dekat alam barzakh, Shark!
Aus melangkah pergi. MembiarkAn Shark yang terkulai lemah di belakang.
Manusia macam kau, tak payah hidup! Merosakkan populasi dunia.
Mati je lah Shark! Aman semesta ini.
****
Share this novel
jahat betul la shark ni. berapa umur hana? tua sangat ke hana. umur shark ngan Aus brp?
best
Author ada update bab baru ke??