Rate

BAB 1

Drama Completed 388

HARI 1
AKU mengalih pandang ke arah telefon bimbitku yang sedang berbunyi
nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Perkataan ‘Ibu Tersayang’
yang tertera di skrin, membuatkan aku lekas menjawab panggilan.

“Assalammualaikum, ibu.”

“Waa’laikumussalam. Anak ibu tengah buat apa lagi tu? Bila
nak balik sini? Dah hampir dua minggu cuti sekolah, tapi kamu masih
duduk dekat sana. Tak rindu ibu ke? Dah nak jadi penduduk tetap dekat
sana ke?” soalan bertalu-talu keluar dari mulut ibu di corong sebelah
sana. Aku hanya sekadar tersenyum dan menggeleng, tahu ibu risaukan aku.

“Ibu janganlah risau, minggu depan Dini balik. Minggu lepas,
Dini sibuk uruskan kem untuk pelajar, minggu ni pulak Dini nak uruskan
kerja-kerja yang tertunggak sebelum cuti panjang. Ibu pun tahu kan pasal
ni.” Aku cuba memujuk ibu dengan menjelaskan duduk perkara yang sebenar.
Sungguh bukan aku tak rindu nak balik ke rumah, apatah lagi sudah lama
aku tidak pulang setelah ditukarkan mengajar di sekolah ini.

“Ibu tahu kamu tu sibuk kalah menteri, cuma ibu risau kamu
seorang dekat sana. Kalau musim persekolahan tak apalah, ramai pelajar
dekat situ. Ini kamu seorang saja dekat rumah warden tu.”

“Ya ibu, Dini tahu ibu risau. Insya-Allah tak ada apa-apa.
Ramai lagi cikgu yang belum balik bercuti, rumah orang kampung pun dekat
je dengan sekolah ni, ibu. Lagipun sekolah ni yang paling selamat dekat
kawasan ni tau, siap ada pak guard.” Aku ketawa, cuba mengurangkan
gundah hati ibu.

“Iyelah. Kamu tu memanglah, dari kecil lagi berani sangat.”

“Minggu depan Dini balik ya, ibu. Janji!” aku mengangkat
tanganku tanda berikrar walaupun ibu tak nampak.

“Hmm. Yelah. Jaga diri.”
“Baik, ibu. Dini sayang ibu.”
“Ibu pun sayang Dini.”
Aku meletakkan kembali telefon bimbitku di atas meja sebelum melepaskan
pandangan keluar dari bilik guru di tingkat dua bangunan sekolah ini.
Suasana kampung yang damai menjamu mata walaupun langit kelihatan gelap
sahaja, hendak hujan barangkali. Perlahan aku menghela nafasku sebelum
bibirku mengorak senyum.
“Ehem.” Bunyi deheman membuatkan aku segera berpaling dan terlihat
kelibat Ustaz Khalid sedang bersandar di pintu.
“Eh ustaz.” Aku tergamam.
“Tak balik lagi, cikgu?” Ustaz Khalid menyoal sambil matanya liar
memerhati sekeliling bilik itu. Mungkin mencari kelibat orang lain,
namun sememangnya hanya aku seorang sahaja yang ada di situ, saat itu.
“Belum. Ada benda lagi nak settle.” Aku tersenyum tipis.
“Oh ye ke? Tak apalah, cikgu sambunglah kerja tapi jangan lewat sangat,
hari dah gelap ni. Macam nak hujan lebat.” Pandangannya ditala keluar
pula, mendongak memandang langit. Aku turut sama kembali memandang
keluar dan melihat awan hitam menghiasi dada langit saat itu.
“Ya baik, ustaz. Sikit je lagi ni.” Ustaz yang hampir sebaya denganku
itu sekadar mengangguk bersama senyuman di bibir sebelum dia berlalu
dari bilik guru. Aku melepaskan nafas yang terasa tersekat di dada saat
kelibat Ustaz Khalid hilang dari pandangan. Rasa macam nak pengsan saja
bila bercakap dengan ustaz tadi.
Kalaulah dia tahu yang aku ini sukakan dia, tak mungkin dia berani
bercakap selamba dengan aku sebegitu lagi. Sebab tak mahu dia segan
dengan akulah, aku tak mahu cakap. Itu memang teori asas bagi seorang
pencinta yang bertepuk sebelah tangan.
Hujan yang mulai turun, aku tidak pedulikan. Kalau hujan lagi saat
hendak pulang nanti, payung kan ada. Lebih baik aku siapkan cepat
kerja-kerja ini, barulah minggu depan dapat pulang ke kampung dengan
aman. Tak adalah bercuti pun teringatkan kerja.
Aku menutup komputer setelah segala urusanku selesai sebelum jam di
tangan aku kerling perlahan. Sudah pukul enam petang, tak sangka sudah
tiga jam aku berkampung dekat bilik guru ini, aku bingkas bangun dari
tempatku sebaik mengemaskan meja. Hujan masih belum berhenti di luar,
namun tak mengapalah, aku bisa meredah hujan ini dengan payung kerana
rumah warden tempat aku menginap, dekat saja dengan bangunan ini.
Belum sempat aku melangkah, aku terdengar riuh rendah di luar. Dengan
pantas aku keluar dari bilik guru itu sebelum aku tergamam. Mulutku
terlopong saat melihat keadaan di luar.

JANTUNGKU terasa berdegup kencang tika itu saat mataku menjamah
pemandangan luar. Tak sangka dalam masa tiga jam saat aku hanyut dengan
tugasku, kampung ini sudah dilanda banjir. Memang aku sedar negeri ini
kerap dilanda banjir namun tidak sangka pula tahun pertamaku di negeri
ini, aku dapat merasa keadaan ini. Nampaknya air di sungai berdekatan
sudah melimpah, sebab itu cepat saja air bah melanda kampung ini. Ah ini
bukan satu perkara yang teruk sangat kan? Dapat juga aku merasa
bagaimana keadaan sewaktu banjir.
Aku melihat orang kampung meranduk air bah dan mula berkumpul di dalam
perkarangan sekolah. Lekas aku menuruni anak tangga untuk melihat
sendiri keadaan sewaktu itu. Hujan yang masih mencurah turun, tidak aku
hiraukan.

“Cikgu.” Aku tergamam. Pantas aku menoleh pandanganku ke
tepi dan terlihat Ustaz Khalid berdiri di situ, bersama beberapa orang
penduduk kampung, mungkin membincangkan sesuatu di koridor itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience