“Helo…”
“Helo… Rizal ada? Makcik ni mak dia.” Suara seorang perempuan tua.
“Maaf makcik, makcik salah nombor.” Esha membalas lembut.
“Tapi ni nombor Rizal kan?”
“Bukan makcik. Ni bukan nombor anak makcik.”
“Oh, maafkan makcik.”
Talian diputuskan. Apa punya anaklah zaman sekarang ini. Tukar nombor tidak memaklumkan kepada orang tua. Jenis anak derhaka ni. Esha merungut sendirian.
ESHA memicit-micit dari menghadap kerja yang bertimbun. Nak termuntah dia dibuatnya. Jarang dia membawa balik kerja di rumah. Klien cerewet sangat. Bagi rekaan macam ini tak mahu.
Rekaan macam itu pun tak mahu. Warna ini tak kena. Warna itu tak kena. Kalau tidak fikirkan bayaran yang diterima malas dia mahu mengambil projek hiasan dalaman banglo datin kepoh itu.
Sedar tak sedar Esha terlelap di ruang tamu atas sofa. Komputer riba masih terpasang di dada meja. Fail-fail dan kertas rekaan bertaburan di lantai. Telefon bimbit yang berada di atas meja bergegar tanpa henti. Esha terjaga. Dia menguap kecil seraya mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Helo. Assalamualaikum…” Esha menjawab tanpa melihat nombor di skrin telefon. Sempat dia mengerling jam dinding. Pukul 3.00 pagi.
“Helo… Rizal ke tu?”
Rizal? Suara makcik itu lagi. Suara lelaki dengan suara perempuan masakan makcik itu tidak dapat bezakan.
“Maaf makcik. Makcik salah nombor.”
Share this novel