BAB 1

Horror & Thriller Completed 476

TELEFON hilang. Telefon sudah tentulah kena beli yang baharu. Esoknya Esha terpaksa pergi ke Celcom Centre untuk mengambil nombornya semula. Esha mengeluh panjang sebaik diberitahu nombor telefonnya itu didaftarkan atas nama orang lain.

Gadis kaunter meminta Esha cuba ke tempat dia membeli nombor tersebut. Sayangnya kedai tersebut telah tutup. Esha memaki hamun di dalam hati.

Sednagkan ketika dia membeli nombor itu, lelaki cina yang menjaga kedai terbabit telah fotostat kad pengenalannya. Bagaimana nombor itu boleh didaftarkan atas nama orang lain.

Esha tiada pilihan lain. Dia membeli nombor yang baharu lagi. Selepas seminggu dia memakai nombor tersebut mula ada panggilan yang tidak dikenali masuk.

Esha tidak menjawab panggilan dari nombor-nombor yang tiada dalam simpanan. Esha hanya memberikan nombor telefonnya kepada mereka yang tertentu sahaja.

Agak pelik juga bila nombor yang tidak dikenali naik pada skrin telefonnya. Malah ada yang menghantar pesanan ringkas. Esha padam mesej-mesej romantic terbabit.

Masakan lelaki itu tidak mengetahui teman wanitanya bertukar nombor. Atau sengaja dengan taktik salah nombor, salah hantar mesej jadi dalam pada masa mengambil peluang untuk berkenalan.

Mimpi ngeri mula menghantui Esha. Suatu malam ketika Esha nyenyak telefon bimbit bergegar di tepi bantal. Terpisat-pisat Esha bangun dari tidur. Tidurnya terganggu dengan bunyi telefon bimbitnya yang berulang kali.

Nombor yang tertera nombor yang tidak dikenali lagi. Tidak silap Esha, nombor itu sering-kali naik pada skrin telefonnya kebelakangan ini. Selalunya waktu tengah malam begini.

Esha merengus kecil. Kali ini, dia mengangkat panggilan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience