BAB 6

Horror & Thriller Completed 476

“Makcik dah sampai depan pintu rumah Esha ni. Hehehehe… bukalah pintu. Hehehehe…” Hampir terlepas telefon dari pegangan Esha.

Esha bingkas bangun dari sofa. Terketar-ketar tangannya menyelak kain langsir dari tingkap yang berdekatan.

Matanya jelas melihat seorang wanita tua yang terbongkok-bongkok berselendang putih di depan pintu rumahnya itu. Wanita tua itu terbatuk-batuk kecil.

Esha menutup semula kain langsir. Dia mundar mandir di ruang tamu. Perasaan takut dan cemas bercampur baur.

Kebetulan jiran sebelah-menyebelah tiada orang di rumah. Pada siapa dia mahu meminta bantuan. Menjerit? Waktu ini suaranya bagaikan tersekat dikerongkong.

Ketukan pintu bertalu-talu kedengaran. Makcik itu memanggil-manggil namanya.

“Bukalah pintu ni, Esha. Bagilah makcik masuk. Makcik tahu Esha intai tadi dekat tingkap. Makcik nampak!”

Makcik itu thau dia mengintai. Sah-sah makcik itu bukannya manusia. Telefon bimbit Esha berbunyi lagi. Esha memeluk tubuhnya. Dia cuba bertenang. Situasi begini kalau ikutka rasa takut gangguan dari makcik itu akan berterusan. Ya, ALLAH… lindungilah hambaMU ini. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Tak nak bagi makcik masuk tak apalah. Jangan buat makcik panas macam ni! Tak baik!” Suara makcik itu merintih-rintih diluar. Pintu rumahnya diketuk dengan kuat. Macam mahu bergegar rumahnya itu.

Esha abaikan rintihan dari makcik itu. Makhluk bernama jin ini pandai bermuka-muka. Dia tidak boleh lembut hati. Dia terus-terusan membaca ayat-ayat suci.

“Panas! Makcik panas!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience