Get the app for full experience
CURRENT – Malaysia TERATAK SOFIAN CLAK! Pantas tangannya mengoles gincu berwarna skin nude ke bibir mungilnya. Segera beliau mencampak apa sahaja barangan peribadi miliknya ke dalam tote bag termasuklah pengering rambut! Tidak sempat mahu mengering dan mendandan rambut ikal mengurainya apabila ‘si ngok ngek kepala tonggek’ itu sudah keluar daripada kamar mandi. Zafrul Hadi yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik air hanya mampu menarik senafas panjang tika visualnya tertancap dengan penampilan ‘daring’ si isteri awal pagi ini. Sungguh mereka berdua bagaikan langit dan bumi namun jodoh yang sudah termaktub di luh mahfuz harus diterima dengan hati yang cukup terbuka. Sebagai ...