Current - MALAYSIA
TERATAK SOFIAN
SEPASANG mata tua itu mulai berkaca-kaca saat huluran tangannya tidak bersambut. Hanya senyuman dan jelingan penuh sinis sambil berpeluk tubuh diberikan oleh si anak.
“Puaslah hati kau kan menang kes mahkamah! Dasar lelaki tua tak sedar diri!”
Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian, si ayah kepada Cynta Sephia hanya diam tanpa reaksi. Seraut wajah yang sentiasa bersiap siaga dalam menzahirkan ketegasan tanpa riak emosi... namun siapa tahu di dalam hatinya sudah berperang dengan kesedihan dan kekesalan yang tidak berpenghujung.
Cynta Sephia, si anak gadis yang hampir hilang akidah dan agamanya namun sempat diselamatkan oleh si ayah dalam menarik kembali kehidupan liar anak kandungnya setelah kematian penjaga yang diamanatkan untuk menjaga Cynta Sephia selepas pemergian bekas isterinya sewaktu anak gadis ini berusia tujuh tahun.
Lapan belas tahun bekas isterinya sudah pergi menghadap Sang Pencipta... dan di usia Cynta Sephia mencecah dua puluh lima tahun, akhirnya beliau berjaya mendapat hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak kandungnya ini dengan alasan yang cukup kukuh diberi... yakni anak yang dilahirkan di dalam keluarga Islam sudah hampir hilang akidah dan pegangannya jika anak ini membuat keputusan sendiri mahu bermastautin dan tinggal bersama-sama dengan ahli keluarga di belah bekas isterinya yang berketurunan Serani.
“Malam ni kita buat majlis doa selamat ya, Cynta. Nanti Cynta ikut Mama Ila naik ke bilik. Cynta berehatlah dulu... nanti malam turun semula ya sayang.”
Cynta Sephia merengus kasar sambil panahan matanya begitu tajam merenung ibu tirinya yang ke berapa ya! Entahlah, dia sendiri sudah hilang pengiraannya! Benci sungguh dengan senyuman manis yang diberikan oleh wanita yang dikenali sebagai ‘Mama Ila’ ini.
“Entah-entah... dia ni pun sama perangai macam betina lagi satu tu!” Cynta Sephia sengaja melantangkan suaranya dan lantas membuka jaket denim yang dipakainya lalu dilempar kasar tepat pada tubuh tua isteri kepada papanya.
Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian dan Puan Sri Fadila mula beristighfar panjang tika melihat Cynta Sephia mula menyalakan lighter pada hujung puntung rokok dengan pemakaian yang dikira agak mencolok mata sambil meniti menaiki tangga rumah untuk naik ke kamar beradunya.
“Semuanya salah abang. Cynta jadi begitu sebab abang. Ya Allah! Kau ampunkanlah dosa aku... dosa seorang ayah yang berdosa dengan anak kandung dia sendiri.”
Cynta Sephia yang sengaja melambatkan langkah meniti tangga rumah hanya menyinis saat mendengar rintihan lelaki yang tidak akan sesekali beliau mengaku sebagai ayah kandungnya sendiri!
“Aku akan pastikan sampai bila-bila kau tak akan dapat keampunan dan kemaafan daripada aku, Tan Sri Sofian!”
Mellbie ISR
10/12/2021
Assalammulaikum dan Hai... Story ini FREE READING... Story ini Mell create hanya untuk Mell lepas tekanan dalam tinta penulisan... nak relaxing otak yang serabut nak mateeey dengan kerja... Story ini Mell menaip santai tanpa fikir berapa patah perkataan nak ditaip... jadi kalau panjang maka panjanglah dan kalau pendek maka pendeklah bab... Story ini Mell juga tak menekan dan details dari segi pengunaan bahasa kebaboom wow gituh... hahah... menulis like a diary di hatiku la gitu punya style tapi itulah... baca boleh percaya jgn... hehehe (hati manusia sentiasa berbolak balik) Story ini tak cepat dan tak juga laju update... tgk pada tekanan dan serabut kepala :D Pada readers yang sudi baca karya Mellbie ISR... Mell ucap beriban terima kasih hihihi... muah! Love, Mellbie ISR
Share this novel