Current – Malaysia
“NONOK!”
Cynta Sephia yang sedang menghirup teh panas mula kalihkan bebola matanya dalam mengitari senario suasana di dalam café yang sedari tadi bukan main lagi bingit dengan galak suara berlainan tonasi para pelanggan… dan secara tiba-tiba sahaja sunyi sepi buat seketika! Umpama ada malaikat sedang melepas lalu di kawasan ini…
Tetapi…
Hurm… sunyi sepi ini bukannya disebabkan ‘malaikat’ melepas lalu!
“Iblis jadian yang lalu rupanya!”
“Choi mulut kau, Sephia!”
Cynta Sephia mengekek melepaskan tawa. ‘Bersilat’ sebentar tangannya dalam cubaan menepis tamparan dan cubitan ketam berbisa Badrulshah @ Abe Kuntum Lip Lap!
“Vogue da va’as tak I nyah?” Badrulshah menyua penuh seraut wajah ‘jambu’ nya tepat pada seraut wajah cantik jelita Cynta Sephia.
“Macam burung kakak tua… hinggap di jendelalah muka kau tu! Berapa inci kau tepek make up ni di muka kau ha… dik non?”
Cynta Sephia terkedu tika jemarinya yang galak menonyoh muka Badrulshah yang mengenakan solekan tebal tak ingat dunia ini… tiba-tiba sahaja sahabat baik merangkap pengurusnya menjerit!
“Auch! Sakitlah Sephia kau buat gitu kat muka aku! Ni semua punca hasil penangan tamparan abang sado handsome hari tu! Pecah Botox mak!”
“Wait a minute! Kau kena tampar? Dengan Zafrul?” Terjongket sebelah kening Cynta Sephia sejenak.
“Nama abang sado handsome tu Zafrul ke? Aummm… aummm cak sangat! I geram’s you!”
Cynta Sephia sudah menjulingkan bebola matanya ke atas. Berani betul ya si ‘ngok-ngek kepala tonggek’ itu pergi tampar pipi Botox gebu-gebas ‘Abe Kuntum Lip Lap’ kesayangan hamba ini! Siaplah kau nanti!
“Siapa Zafrul tu, Sephia? Bengis betul dia hari tu masa belasah Jay. Satu hotel tunggang-langgang dibuatnya! Jangan kata hotel, sekali dengan night club tu kena tempias sekali… terus kena sita dengan polis nyah… kena gantung operasi tu!” Terherot-herot bibir Badrulshah yang bercalit glossy lip gloss dalam kepoh bercerita.
“Apasal dia tampar kau?”
“Dia marah aku la nyah tak jaga kau elok-elok sebagai seorang pengurus. Tapi tak apalah Sephia. Aku suka kena tampar dengan Zafrul tu. Gagah sangat tangan dia menampar… tergoda you!”
“Dah! Tak payah nak 'menyotong' badan tu! Tak mahulah cakap pasal dia. Cepatlah brief aku punya jadual kerja.”
Badrulshah berdehem sebentar dalam mengembalikan mood serius apabila melibatkan urusan kerja bersama-sama dengan majikannya.
****
UNKNOWN LOCATION - KEM TENTERA DARAT DIRAJA MALAYSIA
MEJAR Zafrul Hadi hanya memerhati sahaja dari kejauhan beberapa rekrut di bawah pimpinannya yang sedang menjalani latihan tembakan di lapangan sasar. Sesekali suaranya lantang mengeras melontarkan arahan dan amarah jika rekrutnya membuat silap!
“Tuan!”
“Yes, Tuan Amar!” Bibir Zafrul Hadi bertinggung sinis. Sahabat juangnya ini ada sahaja akalnya mahu mengusik beliau dengan memanggilnya dengan panggilan ‘Tuan’ dengan lontaran suara yang cukup padu bergema!
“Mess Night Sabtu ni… si Tisha ke partner kau?”
“Sudah tahu lagi mahu tanya aku!”
Mejar Mohd Amar hanya menyengih segak. Sahaja ja mahu berbahasa-basi dengan sahabat juang merangkap sahabat baiknya ini. Dia tahu… setiap kali adanya majlis Mess Night… si Tisha Hanim pasti menemani abang sepupunya ini.
Dia pula? Huh… silih berganti pasangannya kerana masih lagi belum mempunyai pasangan hidup!
“Kalau kau datang menghadap aku sebab nak nombor telefon anak perempuan Tuan Sofian sebab nak minta dia jadi partner Mess Night kau… kirim salam maut aku bagi dekat kau, Amar!”
Terangkat drastik kedua belah kening lebat Mejar Mohd Amar tika mendengar suara garau maskulin milik sahabat baiknya ini yang tiba-tiba sahaja menaik keras menjerkahnya! Eh… eh!
“Chill lah, bro. Aku tak cakap apa-apa pun lagi… dah kau nak melenting tiba-tiba.”
Mejar Mohd Amar menarik nafas buat seketika dalam meredakan sedikit gerunnya. Tebakan lelaki ini padu sungguh kerana itulah yang beliau mahukan… yakni nombor telefon anak perempuan bekas Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian! Siapa sangka lelaki yang cukup dihormati dan gah kredibilitinya suatu ketika dahulu di dalam Pasukan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai anak gadis secantik dan sejelita itu! Terkejut semuanya!
“Tak nak bagi tak apa. Aku roger lah si Tisha tu.”
Gumaman perlahan itu cukup jelas menusuk masuk ke gegendang telinga Mejar Zafrul Hadi yang sudah berubah sedikit riak wajahnya namun tidak pula mahu membalas! Lalu beliau hanya terus melontarkan pandangannya ke lapangan sasar semula beserta gerakan otot rahang muka yang sudah tergerak-gerak dalam menahan beribu rasa yang mengetuk tangkai hatinya tika ini!
****
SUASANA hingar-bingar itu langsung senyap!
Cynta Sephia hanya menyendeng senyumannya namun meneruskan langkah anggun dan gemalainya menuju ke arah dewan hotel yang menempatkan majlis pelancaran produk berjenama mewah terkenal yang terbaharu iaitu keluaran pewangi badan dan selaku duta kepada penjenamaan mewah tersebut… makanya dia harus menghadirkan diri.
Bisikan dan siulan nakal langsung diendahkan. Beliau sudah lali dengan situasi sebegini.
“Nervous aku, nyah! Lalu depan abang-abang askar handsome! Berterabur organ dalaman mak, nak oii! Pecah ovari aku dik!”
Cynta Sephia mula tergeleng-geleng kepalanya. Bila Abe Kuntum Lip Lap ber- ‘catwalk’ gedik di hadapan ‘jejantan’… mulalah dia!
“Ish! Apa kau ni cubit-cubit aku?” Cynta Sephia mula bising.
“Abang Handsome 'ngok-ngek kepala tonggek' ada di sini nok! Dia tengah tengok akulah! Aduh! Malunya!”
Cynta Sephia segera berpaling ke sisi namun masih meneruskan langkah. Dapat dilihat Zafrul Hadi sedang membuang renung ke arah mereka berdua… atau lebih tepat lagi membuang renung ke arahnya!
Bibir mungilnya mula menyenget sinis apabila panahan bebola matanya beradu mata dengan Tisha Hanim yang sudah cemberut seraut wajahnya dan dapat dilihat wanita itu mengeratkan lagi lingkaran lengannya pada lengan kekar milik abang sepupunya itu.
Macam-macam hal!
*
CLIK!
Figura langsing tinggi lampai Cynta Sephia yang sedang berjalan tiba-tiba kejung terhenti drastik!
“Hey, Sephia!”
Cynta Sephia yang baru sahaja mahu memarahi manusia yang berani-berani menghalakan lensa kamera ke arahnya tanpa izin serta-merta melebar senyumannya.
“Oh my gucci… Zack!” Cynta Sephia terjerit penuh teruja. Keterujaan sehingga tindakan spontannya terus memeluk tubuh lampai kenalan lamanya.
“Kejap… babe! Bagi I settle job I dulu. You tunggu I sekejap di lobi hotel, boleh?”
Cynta Sephia hanya menayangkan senyuman cantik dengan mencantumkan kedua belah telapak tangannya tanda permohonan maaf kepada sekumpulan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hanya kejung terpinga-pinga di posisi masing-masing dalam sesi merakam foto!
Aksi spontan dia memeluk mesra Zack Kamal bikin ‘Mat Terap dan Minah Terap’ kejung sebentar dengan aksi ‘daring’ beliau! Heh! Kisah pula dia ya!
*
PERBUALAN di antara Cynta Sephia dan Zack Kamal begitu mesra sekali. Begitu galak bertepuk tampar dan sesekali tangan lelaki itu naik bermain dengan hujung rambut ikal mengurai milik Cynta Sephia.
“Ehem!”
Ekor mata Cynta Sephia hanya menjeling sipi melihat Zafrul Hadi yang begitu tampan dan segak dalam mengenakan suit Mess Night yang tanpa dipelawa selamba sahaja melabuhkan duduk bersebelahan dengannya.
“Zafrul… Mejar Zafrul.” Zafrul Hadi menghulur tangannya pada Zack Kamal.
“Zack…” Zack Kamal hanya senyum dalam menahan keperitan cengkaman kuat genggaman jabat tangan Zafrul Hadi.
“Jom. I hantar you balik, Cynta.”
“Bad hantar aku balik nanti. Dia ada di luar tu tunggu aku habis borak sekejap dengan Zack.” Cynta Sephia menolak dingin.
“I dah suruh dia tumpangkan Tisha balik. Jom, Cynta.”
Cynta Sephia yang mahu terus membantah langsung terkedu apabila Zafrul Hadi mula mengenggam tangannya lalu mengheretnya pergi meninggalkan Zack Kamal yang sudah termangu-mangu itu!
*
BEEP!
Terbuntang biji mata Cynta Sephia!
“Kau pergi tampar lagi pipi si Bad! Apa masalah kau ni, jantan?!”
Cynta Sephia yang sedari tadi membisu di dalam kereta kini mula melengking tinggi tonasi suaranya!
Zafrul Hadi hanya tenang sahaja riaknya. Fokus dalam pemanduan.
“Aku tanya ni jawablah!”
“Jangan minta I buat dosa dengan you, Cynta.”
“Hoi! Aku tanya kenapa kau pergi tampar muka Bad? Apa yang dosanya?”
“Jangan buat I bertindak berhentikan kereta di tepi jalan, Cynta.”
“So what? Kau nak halau aku keluar dari kereta ni dan minta aku jalan kaki balik ke rumah? Buatlah! Macamlah aku kisah sangat! Aku petik jari… beratur orang sudi tumpangkan aku baliklah!” Cynta Sephia menjawab dengan penuh angkuh.
SRETTT…!
Tubuhnya terdorong ke hadapan tanpa sedia. Hampir sahaja dahinya mahu ‘bercium’ dengan dashboard kereta namun pantas tangan kekar milik Zafrul Hadi menahan!
Cynta Sephia mencebik. Lantas beliau membuka ‘seat-belt’. Benar-benar nekad ya si ‘ngok-ngek kepala tonggek’ ini mahu tinggalkannya di tepi jalan dan mahu dia pulang sendiri ke rumah papa!
“Nak ke mana tu, Cynta?”
“Ke mana lagi? Berambus keluar dari kereta kaulah. Dah kau nak sangat aku turun balik sendiri… lagi nak tanya! Huh!”
“Siapa cakap yang I berhentikan kereta di tepi jalan sebab nak halau you keluar dan suruh you balik sendiri?”
“Dah tu… apa?”
“I tak maksudkan yang itu, Cynta…”
“Then… what?”
“Jangan sampai I berhentikan kereta di tepi jalan dan cium you sebab nak kasi mulut seksi comel you diam, Cynta.”
Terdiam terus Cynta Sephia!
Mellbie ISR
13/12/2021
Baru balik juga sebenarnya dari tempat kerja... tak boleh tidur so mell up lepas tekanan di sini... sekadar bercerita sedikit apa mell buat sebenarnya sampai kepala boleh serabut? hihi Tempat kerja Mell ada 16 dewan... bayangkan setiap hari Mell handle 16 jenis majlis dalam satu masa berlainan atur cara... dan esoknya sambung dan sambung sampailah abang jamil mampus! hahaha tiberh... Kerja mell macam doktor juga... sentiasa on call... mcm mandi tak kenyang tidur tak basah la gituh hihihi... Done bebel... happy reading semua!
Share this novel
Thank Fth Lrsya :)
I like Kat sini