Current – Malaysia
TERATAK SOFIAN
PENUH bergaya Cynta Sephia menghembuskan asap rokok ke udara. Mata-mata yang sudah memandang serta bertingkah desing halus bisikan suara-suara sumbang para tetamu yang menghadiri majlis doa selamat di rumah Banglo milik papa langsung diendahkan.
Majlis doa selamat yang diadakan pada malam ini bersempena dalam menzahirkan rasa penuh kesyukuran seorang ayah di mana akhirnya anak kandung perempuan kembali semula ke pangkuannya.
“Assalammualaikum, Cynta.”
Cynta Sephia hanya mengerling sipi dengan bias lirikan ekor matanya ke sisi kiri beliau.
“Berdosa kalau tak jawab salam, Cynta Sephia.”
Cynta Sephia hanya buat bodoh sahaja lalu meneruskan nikmat rasa asap rokok nikotin berangin ‘methol’ yang sudah meresap enak ke dalam lohong kerongkong terus memasuki ruang rongga paru-paru.
“Tak manis perempuan merokok… Cynta.”
“Apa masalah kau, jantan!”
Sang jejaka segak lagi tampan itu mulai tersenyum apabila wanita ini mengeluarkan suaranya juga akhirnya setelah dia menarik puntung rokok yang dikemam kemas di ulas bibir mungil Cynta Sephia lalu menjentik lontar dengan penuh bergaya masuk ke dalam longkang.
Kerana terlalu marah, Cynta Sephia menendang tayar hadapan kereta salah seorang tetamu yang memarkir di luar halaman rumah. Lagi bertambah membara hatinya tika pendengarannya menangkap suara sang jejaka yang tidak dikenali itu melepaskan ketawa.
“Kau berambus, boleh? Kalau nak kasi tarbiyah pergi masjid lah!” Cynta Sephia mula menghalau kasar.
“Kalau gitu… jom kita pergi masjid sama-sama.”
“Kau tak payah nak sindir akulah, jantan!”
Cynta Sephia membuka lock screen telefon pintarnya apabila alat telekomunikasi canggih itu mengeluarkan getaran. Melebar senyumannya sebaik sahaja membaca titipan mesej di permukaan skrin Iphone 13 miliknya.
Dia kembali mengeluarkan sebatang rokok lalu mencucuh lighter di hujungnya.
“Nama I, Zafrul Hadi… Cynta.”
PIN! PIN!
“Sibuk kaji dosa aku… bertegur bagai! Hulur tangan nak bersalam dengan orang bukan muhrim tak ada pula kepala otak kau tu nak fikir berdosa ke tidak! Dasar jantan munafik! And stop calling me with that name! Aku cukup benci!”
Cynta Sephia melepaskan tawa angkuh penuh sinis dan lantas sengaja menghembus padu asap rokok tepat pada wajah sang jejaka berpakaian baju melayu hitam dan bersongkok itu.
Zafrul Hadi hanya berdiri tegap statik sambil berpeluk tubuh. Hanya renungan bak helangnya sahaja bergerak-gerak memerhati Cynta Sephia yang begitu selamba melempar selendang dan membuka jubahnya lalu dicampak ke jalan raya bertar.
Daripada penampilan sopan bertukar terus dengan dress merah menyala seksi ketat mencolok mata mengikut liuk lekuk tubuh wanita itu.
Dalam panahan matanya ralit memerhati Cynta Sephia yang sudah masuk ke dalam perut kenderaan berpacuan empat roda mewah kenalannya, menyempat bebola mata helangnya mengerling seraut wajah sayu Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian… yang juga sedang berdiri tegap statik sambil berpeluk tubuh di kawasan perkarangan halaman rumah.
***
“MANTAP ‘lauk’ tu, bro!”
Jay Nazim ketawa namun panahan matanya langsung tidak berkalih melihat teman tapi mesranya yang sedang galak terkinja-kinja menari di lantai dansa kelab malam.
Wanita bernama Cynta Sephia. Siapa yang tidak mengenali wanita nan cantik jelita ini. Merupakan model terkenal di Asia… malah cukup terkenal dengan seraut wajah yang cukup komersial dalam menjadi duta produk sebuah jenama gah keluaran antarabangsa!
Kehidupan liar penuh sosial langsung tidak menjejaskan reputasinya. Ini kerana wanita bernama Cynta Sephia ini cukup lengkap pakejnya dan mampu membawa pengaruhnya yang tersendiri dalam pelaburan ekonomi Malaysia di dunia pentas peragaan.
“Aku tahu kau sudah lama ‘aim’ si Sephia tu, Jay. Sekarang ni dia tengah serabut kepala tu sebab kena tinggal dengan papa dia. Inilah masanya, bro.”
Jay Nazim hanya senyum melihat sahabatnya, Nikko yang sedang memasukkan dua biji pil khayal ke dalam minuman bergas kepunyaan Cynta Sephia.
Harus diakui sememangnya dia mahu menakluki sekujur tubuh mengiur Cynta Sephia! Sudah lama memasang strategi sebenarnya… hanya cuma tiada ruang mahu masuk jarum! Bukan mudah mahu berbuat onar sebegitu dengan wanita cantik jelita ini kerana Cynta Sephia sentiasa dalam pemerhatian sahabat baik merangkap pengurusnya… iaitu ‘si sotong sumbat’ bernama Badrulshah @ Abe Kuntum Lip Lap! Lembut-lembut pun boleh tahan bengis si lelaki ‘jadian’ seorang tu!
“Go, Jay! Tu si Badrul dah berlari cari tandas. Inilah masanya.” Nikko galak menghasut.
****
CYNTA Sephia bangkit daripada pembaringannya dalam keadaan yang sedikit terpinga-pinga.
“Uwek! Damn it… shit! Arghhh!”
Kerana terlalu pening, langsung beliau termuntah di atas katil!
Apabila dirinya agak stabil dan tenang, Cynta Sephia mula membuka gebar tebal yang membaluti tubuhnya dan orak langkahnya pantas menuju ke kamar mandi.
*
“SUDAH bangun princess papa? Jom kita lunch sama-sama. Ni Mama Ila masakkan lauk kegemaran Cynta ni… Sup Tulang Kuah Singgang Merah.”
Cynta Sephia buat tidak endah sahaja dengan sapaan papa. Beliau meneruskan langkah menonongnya ke pintu rumah… mahu mengambil pesanan makanan yang dipesan melalui applikasi Food Panda.
Mahu menjamah makanan yang dimasak di dalam rumah yang dianggap macam ‘neraka jahanam’ ini? Memang taklah jawabnya! Langsung tidak sudi, okey!
“Duduk sekali makan dengan kami, Cynta.”
Baru sahaja sebelah kakinya diangkat mahu menapak menaiki tangga rumah, perlahan gerak kakinya menurun kembali mencecah lantai marmar rumah.
“Tone suara tu… macam familiar je…” Berkerut sejenak pelipis dahi Cynta Sephia memikir namun mindanya tidak pula mengarahkan kepalanya untuk berpaling mencari-cari siapakah gerangan si jejaka yang menyapanya itu. Kemalasan mungkin!
Membuntang biji mata Cynta Sephia saat satu cengkaman tangan kekar mencengkam lembut lengannya dalam mengheret beliau menuju ke ruang meja makan.
“You pakai baju berlengan pendek. I pegang situ, Cynta… berlapik dan tak bersentuh kulit you pun. I tahu ‘berdosa’ kalau pegang kulit bukan muhrim ni.”
Tutur kata itu bikin telinga Cynta Sephia berdesing sahaja! Saja je menekan dalam ayat B.E.R.D.O.S.A! Beracah-acah ‘alim’ pula! Phui!
*
“MUJUR Zaf sempat selamatkan anak perempuan papa daripada kena rogol dengan kawan si Cynta ni di hotel malam tadi.”
Cynta Sephia yang sedang menjamah sekeping Pizza langsung tersedak!
“Aku hampir kena rogol? Dengan Siapa? Jay? Shit! Tak guna kau!” Cynta Sephia mula mengepal penumbuk lalu menumbuk meja makan.
“Apa ni Kak! Tisha nak makan pun tak senanglah!”
“Kau siapa nak berakak-akak dengan aku ni!” Suara Cynta Sephia mula melengking tinggi. Kenal pun tidak… sibuk mahu ‘berakak-akak’ dengan dia!
“Oh… maaf Cynta. Mama Ila lupa nak kenalkan. Ini Tisha Hanim… anak saudara Mama Ila, anak kepada adik lelaki Mama Ila, dan ini pula…”
“Zafrul Hadi… anak saudara Mama Ila juga, tapi anak kepada arwah abang Mama Ila. Si Zafrul ni Mama Ila yang jaga dia dari kecil lagi semenjak kematian abang dan kakak ipar Mama Ila.”
Cynta Sephia hanya mencebik.
“Kakak Cynta tak nak tanya kita siapa ke?”
Cynta Sephia hanya menjongket kening. Suara kanak-kanak lelaki di dalam lingkungan usia sebelas tahun tersengih-sengih padanya.
“Nama kita Carl Saiful bin Sofian.”
Cynta Sephia tersedak semula!
*
CYNTA Sephia menghempas kasar tubuhnya di atas katil tanpa berlapik cadar. Cadar yang sudah dicabut untuk dibasuh kesan tompokan muntahnya pagi tadi.
“Aku ada adik tiri umur sebelas tahun! Fucking crazy!”
“Tak baik mencarut, Cynta… berdosa.”
“Dosa… dosa… dosa! Tak habis-habis nak tarbiyah aku dengan dosa! Dah tu yang kau masuk bilik aku bukan muhrim ni tanpa izin tak berdosa ke?!”
“Masuk dengan niat yang baik tak apa, Cynta. Lagipun I sudah minta izin dengan Tuan Sofian nak jenguk you di bilik kalau you perlukan apa-apa.”
“Masuk dengan niat yang baik? Kepala otak kau lah!” Cynta Sephia berterusan melengkingkan suara. Hari-hari begini mahu koyak peti suaranya! Bisu terus!
“Sama-sama, Cynta.” Zafrul Hadi menyindir halus.
Cynta Sephia merengus kasar. Tahu sangat ayat perlian itu sengaja dipertuturkan!
“Bertumbuk ke semalam dengan Jay masa kau selamatkan aku?” Cynta Sephia hanya berbahasa-basi sahaja… namun lengking suara tetap meninggi! Bertanya hanya mahu tahu tika bebola matanya jatuh pada balutan kain membaluti temulang penumbuk kanan Zafrul Hadi.
“Kitaorang bertepuk tampar gitu-gitu je… tapi kan, koma jugalah si Jay tu I kerjakan. TTS.” Zafrul Hadi bertutur sambil mengkelek putar tangannya yang berbalut itu.
“TTS? Apa tu?”
“Tempur Tanpa Senjata. Istilah seni pertahankan diri daripada ajaran Angkatan Tentera Malaysia.”
Cynta Sephia mula terkebil-kebil. Bebola matanya mula naik turun seperti ‘yo-yo’ lagaknya memerhati figura tegap dan tinggi Zafrul Hadi.
“Izinkan I perkenalkan diri I semula, Cynta Sephia.”
“Berambuslah kau… aku tak berminat mahu tahu!” Cynta Sephia melempar kasar bantal tidur pada tubuh Zafrul Hadi namun cukup tangkas dan kemas tangkapan lelaki itu sebelum mengenai tubuh tegap dan tingginya.
“Abang Zaf… sini rupanya abang. Jomlah kita pergi shopping. Abang kan dah janji dengan Tisha mahu belanja Tisha baju kebaya moden untuk teman abang ke majlis Mess Night nanti.”
Cynta Sephia mencebik penuh meluat melihat rengekan gedik tidak boleh bawa bincang si Tisha Hanim yang mengada liuknya menarik-narik tangan abang sepupunya yang ‘tidak berlapik’ itu. Lelaki itu ada menepis? Tidak ya! Huh! Munafik!
Jelingan maut Tisha Hanim padanya pula?
Jari tengah diberikan!
Zafrul Hadi pula? Terkumat-kamit beristighfar kerana tidak senang dengan perlakuan tidak sopannya itu.
“Bangang punya jantan! Jari tengah aku kasi bukan main ‘beristighfar’ urut dada bagai! Tapi tangan kau yang tak berlapik kasi adik sepupu kau pegang tak ada pula kau ‘beristighfar’ urut dada!”
“Ngok-ngek kepala tonggek’ punya jantan!”
Cynta Sephia mengomel dan terus mengomel!
Mellbie ISR
11/12/2021
Pada yang menanti update THE HEIR OF THE MAFIA BOSS Malam sikit... sila tidur dulu :D
Share this novel