Current – Malaysia
TERATAK SOFIAN
“HISH…!”
Matanya masih lagi terpejam… namun bibir mungilnya terherot-herot mengumam ngomel tanpa butir.
“Kakak Cynta! Bangunlah! Temanlah kita solat Subuh… kakak! Nanti kita lambat pergi school!” Carl Saiful memukul-mukul pinggul kakak tirinya yang berlapik gebar tebal dengan menggunakan bantal.
“Hish! Kacaulah aku nak tidur! Shuh kau!” Tangan Cynta Sephia sudah bergawang-gawang menghalau dalam matanya yang masih lagi terpejam erat.
“Tak baik Kakak Cynta tak solat Subuh. Ustaz cakap siapa tinggal solat Subuh umpama macam satu kali tinggalkan nanti masuk neraka selama tiga puluh tahun persamaan dengan enam ratus ribu tahun di dunia!”
“Aku period!”
“Hah! Kakak Cynta period? Oh yang kencing keluar darah tu ya, Kakak. Ustaz cakap kalau perempuan kencing berdarah dikecualikan dalam menunaikan solat. Okeylah Kakak Cynta… kita solat sama papa dan mama lah.”
CUP…!
Cynta Sephia mengesat pipinya menggunakan hujung gebar tebal sepintas lalu sebelum menyambung tidurnya kembali.
**
CYNTA Sephia melajukan langkah nonongnya agar segera beredar dari kawasan perkarangan rumah.
“Princess papa nak ke mana tu? Sejak Cynta duduk dengan papa, tak pernah nak lekat di rumah.” Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian yang sedang duduk di mini gazebo bersama-sama dengan isterinya sambil membentuk pokok bonsai kecil begitu lembut menegur puteri kesayangannya.
“Kau sibuk apahal? Aku nak keluar ke, apa ke… ikut suka akulah!”
“Jangan gitu Cynta. Papa cuba nak berbaik dengan anak papa.” Tangan tua Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian cuba meraih tangan si anak namun ditepis kasar dan tidak semena-mena tangan yang ditepis kasar itu terkena hujung tirus gunting yang berada di dalam genggaman tangannya yang lagi satu.
“Allah!”
“Ya, Allah! Abang!” Puan Sri Fadila terjerit kecil.
Cynta Sephia hanya buat bodoh sahaja dan terus beredar dalam membiarkan Mama Ila kabut membersihkan luka di tangan papa!
**
BEEP! BEEP!
Badrulshah @ Abe Kuntum Lip Lap mula memuncung apabila membaca titipan mesej yang tertera di permukaan skrin Iphone 13 milik Cynta Sephia.
Kay, darling. Stop sekejap sesi photoshoot. Sephia, come here for a while.” Badrulshah memanggil sambil melayangkan telefon pintar milik wanita itu ke udara dan Cynta Sephia yang memahami isyarat pengurusnya itu mula mengorak langkah mendekati.
“Adik tiri kau WhatsApp. Bahasa ‘we chat’ sangat! Fening ‘tits’ mak baca, nyah! Nasib baik budak si Saiful tu tak ada depan mata aku. Kalau tidak… aku piat-piat ‘tits’ dia!”
Cynta Sephia hanya mengeleng-geleng kecil mendengar bebelan ‘memondan.com’ Badrulshah. Ada sahaja nak dibebelkannya!
Agak berkerut jugalah dia tika cuba memahami titipan mesej yang dihantar oleh Carl Saiful kepadanya. Bahasa ‘alien’ sungguh!
“Aku tak tahu apa yang dua orang tua tu nak tapi… kau boleh tolong aku kejap tak, Bad?”
“Settled, nok.”
Cynta Sephia hanya menayangkan senyum senang.
****
MALAM minggu akhirnya berkunjung tiba…
Cynta Sephia hanya menyinis tipis melihat reaksi terkedu papa dan Mama Ila apabila dua orang tua ini beria benar mahu berkenalan dengan kenalan rapatnya.
Badrulshah yang sentiasa dengan gaya mengerlip pemakaiannya, Zack Kamal yang berambut ala-ala ‘Bob Marley’, dan team produksi di bawah syarikat modelling bimbingan Mommy Suzie… macam-macam rupa ada dan sudah semestinya pelik-pelik belaka!
“Kawan-kawan Kakak Cynta ni cantik betul! Warna-warni!” Carl Saiful mula menayang sengihan lebar tampak gigi susu yang masih tersusun cantik.
Cynta Sephia mula menjegilkan biji matanya luas-luas sambil mengancing gigi pada adik tirinya yang sibuk mahu beramah-mesra dengan kenalannya… tetapi Carl Saiful buat tidak endah sahaja! Masih meneruskan ramahnya dengan menghulurkan minuman pada mereka semua yang sedang bersantai duduk di ruang tamu rumah.
“Assalammualaikum.”
Hanya tiga suara sahaja yang menjawab salam tersebut. Cynta Sephia dan yang lain… bolayan sahaja tetapi Badrulshah? Penuh dan padu ya menjawab salam! First time!
“Erm… laki mak ada la nyah! Oh my… handsome bak ang! Sesak nafas aku dik!” Badrulshah yang tadinya duduk bersila di atas permaidani tebal tiba-tiba sahaja duduk bersimpuh ayu penuh kesopanan ala-ala perempuan melayu ‘jadian!’ Amboi!
Mejar Zafrul Hadi menyalami Papa Sofian dan Mama Ila, serta menyalami kenalan lelaki Cynta Sephia.
“Apa khabar, Cynta? Sihat?” Zafrul Hadi menyapa.
“Nampak macam aku dah nak mampus ke sekarang ni?” Cynta Sephia membalas tanpa menapis pertuturannya! Baginya lelaki melayu tipikal seperti papa dan Zafrul Hadi hanya bersifat munafik semata-mata!
“Auch!”
“Kau ni kan nyah! Cubalah cakap baik-baik sikit dengan bakal suami aku!” Badrulshah mengemam penuh kegeraman dengan pertuturan lancang sahabat baiknya ini. Menyempat bebola matanya terlihat kedu seraut wajah papa kandung dan ibu tiri wanita ini yang sedikit berubah riaknya dalam menahan segan.
Seperti biasalah… seorang Cynta Sephia apabila dirinya ditegur, cebikan bibir sahaja diberikan!
“Assalammualaikum.”
Pelipis dahi Cynta Sephia mula berkerut seribu. Malam ini ada ramai orang dijemput datang ke sinikah? Ada apa sebenarnya ya?
Dua pasang mata itu bertembung… dan Cynta Sephia mula berubah terus riaknya!
*
CYNTA Sephia mula panasaran di ruang tamu! Panasaran tangkai hatinya saat panahan matanya melihat rombongan tetamu yang membawa tepak sirih!
“Ila, Sofian. Tujuan aku ke mari ni sebab permintaan anak aku. Tapi aku rasa tiada yang salah rasanya kalau perigi mencari timba, ya tak?”
Mejar Jeneral (B) Tan Sri Sofian dan juga Puan Sri Fadila hanya tenang mendengar ulah bicara kiasan ibu kepada Tisha Hanim… iaitu Puan Kamariah.
“Si Tisha ni sayang sangat dengan abang sepupu dia. Yalah kan, sama-sama membesar dan kita pun tahu yang diaorang berdua ni cukup rapat sejak dari diaorang kecil lagi. Jadinya anak aku si Tisha ni minta aku pinangkan si Zafrul untuk dia.”
Dengar sahaja hajat tersebut, masing-masing sudah menganga!
Cuma Cynta Sephia sahaja yang galak mengekek melepaskan tawa terbahak-bahaknya!
*
“SEPHIA…”
Cynta Sephia yang sedang merokok di luar halaman rumah hanya diam sahaja.
“Apa khabar, Sephia?”
“Tak sangka you ni rupa-rupanya abang kepada Tisha. Patutlah ada iras-iras.” Perlahan sahaja suara Cynta Sephia lontarkan.
“It’s been a while, Sephia. Finally, I berkesempatan dapat berhadapan dan ada ruang untuk I bercakap dengan you… sayang.”
Spontan terkeluar rengusan halus di celahan bibir mungil Cynta Sephia apabila lelaki ini membahasakan dirinya ‘sayang’.
Kalau dahulunya ungkapan itu sering dipertuturkan kepadanya… cukup dia merasa bahagia.
Tapi sekarang…
Sepertinya menelan hempedu! Pahit… sepahit-pahitnya!
Panahan matanya ditalakan sejenak ke arah rumah. Masih lagi sayup-sayup kedengaran pertelagahan tingkah suara-suara di dalamnya.
Pertelingkahan kecil di antara ibu dan bapa Tisha Hanim dengan si ‘ngok-ngek kepala tonggek!’ Sesekali terdengar juga sayupan suara esakan kecil si gedik Tisha!
Lamaran yang dikira agak ‘daring’ sebentar tadi mencetuskan jerkahan keras spontan Zafrul Hadi! Dek kerana itulah semua kenalannya ‘cabut lari’! Seram apabila si rimau belang ‘ngok-ngek kepala tonggek’ ‘mengaum’ tiba-tiba!
Cynta Sephia tersentak apabila terasa tangan kanannya digenggam kemas!
“We start over again, Sephia. I masih lagi sayang dan cintakan you. Dan I tahu you juga masih lagi cintakan I… sayang.”
Cynta Sephia yang baru berkira-kira mahu membalas langsung terkedu apabila dirasakan tubuhnya melayang-layang ke udara!
“Hoi! Apahal kau? Turunkan aku sekarang!” Cynta Sephia mula menjerit lantang dalam memarahi Zafrul Hadi yang tanpa amaran tiba-tiba sahaja mencempung tubuh langsing lampainya.
CUP!
Bibir mungil Cynta Sephia melongo luas dengan kedua belah biji matanya sudah terjojol membulat!
“Berdosa I hari ni, Cynta. Ini semua salah you!”
Terkumat-kamit bibir maskulin Mejar Zafrul Hadi melafazkan beberapa potong doa dalam meminta keampunan daripada yang Esa kerana telah mencium bibir anak gadis bukan muhrim!
Hanya tindakan refleks spontan sahaja demi mahu diamkan Cynta Sephia yang agak berdesing suaranya tika ini yang galak menghamun dengan bahasa yang tidak molek belaka!
Tindakan refleks spontan…
Erm… boleh ke buat gitu?
Mellbie ISR
15/12/2021
Tiada seorang anak yang mahu berkasar dan tidak menghormati ibu bapa mereka tanpa sebab... Anak juga punya jiwa... punya rasa... punya rasa terluka... .... Happy reading :)
Share this novel
Hai Yupunya...:) Mell tekankan penyampaian simple dan letak perkataan tiri... sebab mell ambil dari sudut pelbagai peringkat umur yang baca karya mell untuk mudah faham... jadi lebih mudah bila mell letakkan perkataan adik beradik tiri di antara Cynta Sephia dan Carl Saiful (Ayah sama tapi berlainan ibu) ... Apa-apa pun tetap tidak boleh berkahwin dan pertalian adalah mahram/muhrim...
kalau tak silap, adik beradik 1 bapa tapi lain ibu masih lagi dikira adik beradik kandung. sumber rujukan :