Rate

BAB 1

Romance Completed 584

“Arora , mana Dayang?” tanya Zura. Arora yang sedang menyusun kerusi
menoleh.

“Kat luar rasanya,” jawab Arora . Matanya kembali menatap kerusi yang
disusun. Ia perlu rapi sebelum program motivasi itu bermula sebentar lagi.

Zura menepuk tangan untuk menarik perhatian mereka yang lain. “Okey
semua! Kita taklimat sikit. Program dah nak mula ni,”

Semua sukarelawan segera menhampiri Zura dan membuat satu bulatan besar
supaya semua arahan dapat didengari semua orang. Zura pandang Arora .
“Tolong panggil Dayang. Kita perlu taklimat sikit. Ini penting,”

Arora mengangguk patuh. Cepat-cepat dia keluar mencari Dayang. Laju dia
menuju ke meja pendaftaran.

“Dayang!”

Dayang menjengah dari bawah meja.

“Buat apa kat bawah tu?”

“Cari pen. Untuk kegunaan peserta,”

“Kak Zura panggil. Taklimat. Program dah nak mula,” Dayang angguk. Dia
bangun dan membawa dua kotak pen bersamanya. Dihulur sekotak pada
Arora . Belum sempat dia menyambut huluran itu….

“Assalamualaikum,”

Arora menoleh. “Waalaikumussalam,”

Tiada balasan.

“Awak?”

“Eh?” lelaki yang menegurnya tadi seakan baru tersedar dari mimpi.

Arora mengukir senyuman manis “Selamat pagi. Boleh saya bantu?”

“Oh, erm…. Taklimat dah mula?’

Soalan dijawab soalan? Arora angkat kening. Dipandang lelaki itu atas
dan bawah. Kemudian baru dia tersedar sesuatu.

“Sukarelawan jugak?”

Lelaki itu angguk.

“Masuk dewan cepat. Taklimat dah nak mula,”

“Oh, terima kasih. Nama awak?”

“Arora ,”

”Oh, okey. Saya masuk dulu, Arora ,” lelaki itu terus berlalu masuk ke
dalam dewan. Dan Arora hanya melihat.

Eh? Dia tak bagitahu nama dia!

“Arora ,” pecah lamunannya. Dia menoleh. Dayang di sebelahnya hanya
tersenyum.

“Mana pen yang aku bagi kau tadi?”

“Eh?” Arora baru tersedar. Melilau dia ke kiri ke kanan mencari kotak
pen yang dihulurkan Dayang tadi.

“Tak payah la. Kau tak ambil pun tadi,” Dayang bersuara selamba lalu
menonong masuk ke dewan. Arora menjeling tajam. Nak kena budak ni!

*****

“Arora ,” Arora yang sedang menyusun kasut, mengangkat kepalanya
apabila mendengar namanya dipanggil.

“Eh, awak! Nama…..”

“Awak, petugas medik mana?” potong lelaki itu sebelum Arora dapat
menghabiskan pertanyaannya. Wajahnya cemas.

“Kenapa?”

“Ada peserta pening kepala,”

“Dia ke tandas rasanya. Teruk ke peningnya?”

“Tak tau la. Dia minta ubat je tadi,”

Arora menyeluk poket seluarnya. Sepapan Panadol dikeluarkan lalu
dihulurkan kepada lelaki tadi.

“Banyaknya?”

“Awak ambil. Bakinya awak simpan dulu,”

“Nanti kalau petugas medik tu tanya macam mana?”

“Dia takkan tanya. Ubat tu, saya punya,”

Lelaki itu mengerutkan dahinya.

“Pergilah cepat. Nanti bertambah pening peserta tu,”

“Oh, okey,” cepat-cepat lelaki itu masuk semula ke dalam dewan. Sebelum
dia masuk, dia sempat menjeling ke arah Arora yang kembali leka
menyusun kasut. Lelaki itu tersenyum.

Selepas solat Asar….

“Arora ,” Arora yang baru hendak melipat sejadah, menoleh dan melihat
Dayang mendatanginya dengan riak wajah yang serius.

“Ni apa ni?” Dayang menunjukkan sepapan Panadol di tangannya. Dahi
Arora berkerut. Ini bukan ke….

“Kalesh bagi ni tadi. Dia kata Arora yang bagi. Explain please!” Dayang
mendesak.

Arora telan liur.

“Nak explain apa?”

“Explain yang kau dengan Kalesh tak ada apa-apa,” Dayang tersenyum. Dia
bergurau rupanya! Arora menghela nafas lega, lantas bahu sahabatnya itu
ditepuk perlahan.

“Kau ni, buat suspen je la. Anyway, Kalesh tu siapa?”

“Kau tak kenal Kalesh tu?”

Arora menggeleng.

“Kau bagi Panadol ni tadi kat siapa?”

“Kat……,” Arora mati kata. Dia tidak tahu nama lelaki tadi!

“Arora , Arora ….. itulah Kalesh . Lelaki paling comel dalam dewan ni.
Pujaan Malaya tu,”

“Siapa pujaan Malaya?”

Dayang menoleh. “Eh, abang!” disalam tangan Hazim yang muncul tiba-tiba.

“Siapa pujaan Malaya?” Hazim mengulang soalan tadi.

“Kalesh tu,”

“Oh…..,” suara Hazim berbaur cemburu. “Kalau Kalesh tu pujaan Malaya,
abang ni?”

“Abang pujaan hati saya,” Dayang menjawab dengan senyuman manis. Cair
Hazim apabila melihat senyuman isterinya itu.

“Kenapa dengan Kalesh , sayang?”

“Dia tanyakan Arora ,”

“Hah?” Arora terkejut mendengar kata-kata Dayang. “Kau biar betul?”

“Iya, dia tanyakan kau tadi. Dia minta nombor telefon kau. Aku hanya
mampu bagi nama kau dalam Fac je,”

“Kau ni kan, buatnya dia dah ada kekasih, tak ke malu aku nanti?”

“Kawan je kan? Lagipun, setahu aku dia tak ada kekasih,”

Arora terdiam.

“Buka pintu hati kau, Arora . Mana tahu ini jodoh kau,” kata Hazim ,
lembut. Dayang mengangguk. Arora terdiam.

“Biar masa yang tentukan,” akhirnya Arora bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience