Rate

BAB 2

Romance Completed 584

Selang beberapa bulan

“Arora , laporan yang saya minta tu dah siap?” tanya Puan Zana apabila
melewati meja Arora . Dilihat Arora begitu tekun membuat kerjanya.
Sedikit sebanyak dia berasa bertuah kerana memiliki pekerja yang
berdedikasi seperti Arora .

“Ada sikit lagi yang saya perlu buat, puan. Insya Allah, saya akan
serahkan pada puan petang nanti,” balas Arora yakin. Dia bukan cakap
kosong. Laporan yang diminta Puan Zana memang sedang disiapkannya
sekarang ini.

“Awak tak nak makan? Dah pukul 1 dah ni,” Puan Zana mengerling jam di
pergelangan tangannya.

“Tak apa, puan. Saya puasa hari ini. Hari ini kan hari Isnin,”

“Oh, okey. Saya pergi dulu. Nanti bila awak nak ke surau, tunggu saya.
Saya tak bawa kunci,”

Arora menganggukkan kepala. Dia menghantar langkah kaki majikannya itu
dengan pandangan mata. Sebentar kemudian dia kembali memandang komputer.
Ikon Internet dicari. Sebentar kemudian dia sudah berada di alam maya.
Dia menyemak mesej dalam Fac.

Ada satu! Arora tersenyum. Tahu sangat dia daripada siapa.

‘Awak, dah 5 bulan kita kenal dalam FB ni. Awak tak nak jumpa saya
secara realiti ke? Rasanya cuma sekali kita berjumpa haritu kan – Kalesh ’

Arora mengeluh perlahan. Masuk ini, sudah lapan kali Kalesh mengajaknya
keluar. Namun sebelum ini, ajakannya ditolak dengan baik.

Untuk kali ini…….

‘Awak lapang hari ini? Boleh kita buka puasa sama-sama. Ini nombor
telefon saya – Arora ’

Hantar! Arora tersenyum.

Apa salahnya bagi peluang kan?

*****

“Saya tak sangka awak sudi keluar dengan saya,” tutur Kalesh sambil
tersenyum.

“Segan la saya asyik tolak je ajakan awak. Lagipun dah lama tak jumpa kan?”

“Saya harapkan pertemuan ni bukan yang terakhir,”

Arora mengerutkan dahi. “Kenapa awak cakap macam tu?”

“Saya harap kita akan keluar macam ni selalu,” Kalesh tersengih.

“Awak, kita tak boleh keluar macam ni selalu. Saya ni anak dara tau. Tak
manis kalau asyik keluar dengan lelaki bukan muhrim,”

“Tak boleh ek?”

“Tak boleh,” apa kena dengan Kalesh ni…….

“Kalau macam tu, saya masuk meminang je la terus. Boleh?”

“Hah?” terkejut beruk Arora mendengarnya. Namun hatinya berbunga suka.

*****

“Habis kau cakap apa?” tanya Dayang teruja.

Arora tidak menjawb. Dia angkat bahu. Buat muka pelik. Dayang geram.
Dia cubit Arora sekuat hati sehingga gadis itu menjerit kesakitan.

“Sakitlah!”

“Buat la muka macam tu lagi. Memang lebam lengan tu aku kerjakan,”
Dayang bersuara geram.

“Ye la, ye la. Aku tak buat lagi. Esok lusa Insya Allah,” terkekek
Arora mentertawakan Dayang. Muncung ditarik panjang.

“Eleh, nak merajuk pula dengan aku. Suami kau tak ada kat sini, pergi
tengok bola kat kedai mamak. Kalau tak, boleh juga aku suruh dia pujuk kau,”

“Aku bukan merajuk dengan dia. Aku merajuk dengan kau,”

“Jadi aku la yang kena pujuk?”

“Ye la! Kau ingat siapa lagi?”

“Pulak….,” Arora menepuk dahi. Dayang sudah tersenyum. Namun
disembunyikan senyuman itu apabila Arora memandang wajahnya. Wajah
masam kembali dipamerkan.

“Kalau kau tak jawab soalan aku, sampai minggu depan aku merajuk!”

“Ala…..,”

“Jawab cepat!”

“Ye la, ye la,”

“Kau jawab apa dengan Kalesh ?”

Arora diam. Kemudian dia menggeleng perlahan.

“Kau tolak dia?” tanya Dayang tidak percaya.

“Bukan la. Aku tak bagi jawapan dengan dia lagi,”

“Kenapa pulak?”

Arora mengeluh. “Kau fikir, dia nak ke dengan aku kalau dia tahu siapa
aku yang sebenarnya dulu?”

Dayang terdiam. Ada benarnya kata-kata Arora itu.

“Aku takut,” luah Arora . “Aku takut nanti bila dapat tahu kisah silam
aku, jangankan pandang, dengar suara pun dia tak mahu nanti,”

“Arora ,” Dayang paut erat bahu gadis itu. “Bukan semua orang akan
pandang kisah silam kita. Aku sendiri pun, dulu liar jugak. Bergaul
dengan mat rempit sampai nyaris kena kenduri,” Dayang diam seketika. Dia
teringatkan kenangan dia bersama Iskandar dulu.

“Tapi Arora , semalam adalah kenangan. Hari ini adalah kenyataan. Esok
adalah harapan. Kita jangan sentiasa berada di hari semalam untuk
mengejar hari esok. Kau nak berubah kan?”

Arora mengangguk.

“Kalesh bukan jenis macam tu. Aku kenal dia. Hazim pun kenal dia,”

Arora pandang wajah Dayang.

“Percaya cakap aku, Arora ,” ujar Dayang yakin. Arora tersenyum.

*****

‘Awak tunggu saya sekejap ye, saya nak letak kereta dulu – Kalesh ’

Arora tersenyum. Dia kembali melihat barang-barang yang dipamerkan di
pusat membeli belah itu. Leka dia membelek, dia tidak sedar ada yang
memerhatikannya dari belakang.

“Hai, sayang,”

Arora tersentak. Suara itu seakan dikenalinya. Pantas dia menoleh.

“Azman !”

“Aku rindukan kau, sayang,” pantas Azman memaut pinggang Arora .

“Lepaslah! Apa ni, Azman ? Ramai orang tengok ni!”

“Biarkan mereka tengok. Biar mereka tahu yang aku sangat merindui kau,”

“Eeeeee!” Arora menolak Azman sekuat hati. Pelukan mereka terlerai.

“Sudahlah Azman ! Aku dah tak nak terbabit dengan cinta songsang kau lagi!
Pergi la kau dari sini! Jangan kacau aku lagi!”

“Aku rindukan kau, Arora . Dan aku tahu, kau juga rindukan aku,” Azman
mendekati Arora .

“Pergi!”

“Takkan kau tak rindukan aku walau sekali pun?”

“Aku kata pergi!”

“Aku takkan lepaskan kau kali ni,”

Buk!

Spontan Azman meraba pipinya. Mukanya merah menahan marah. Siapa yang
tumbuk aku ni?

Kalesh mara ke hadapan, mendepangkan tangan melindungi Arora yang pantas
berlindung di belakangnya.

“Kau usik dia sekali lagi, lebih dari ini yang kau akan dapat. Ingat!”
Kalesh segera berlalu dari situ. Arora segera mengikutnya.

“Kau nak lagi ke ‘bekas’ aku tu?” Azman bersuara sinis. Langkah Kalesh
terhenti. Arora terkejut dengan kata-kata Azman .

“Kau nak lagi ke ‘bekas’ aku tu, hah? Ambillah, aku tak hairan pun.
Sebab semuanya aku dah rasa, hahahaaaa…..,” Azman ketawa mengejek lalu
pergi dari situ. Air mata Arora mengalir. Kalesh masih kaku di tempatnya.

“Awak….,”

“Saya tak sihat. Saya balik dulu,” ujar Kalesh tanpa melihat wajah Arora
walau sedikit pun.

“Awak!” panggil Arora . Namun Kalesh tidak peduli.

*****

“Semuanya salah aku!” luah Arora lagi. Dia mengesat air matanya dengan
tisu. “Tisu habis!”

Dayang menghulurkan kotak tisu yang ketiga. “Kau ada telefon Kalesh ?”

“Aku takut nak telefon dia. Aku takut aku tak kuat hadapi sumpah seranah
dia,”

“Eh, apa pulak dia nak sumpah seranah kau pulak? Dia bukan macam tu la,”
bela Dayang. Dia tahu, Kalesh bukan lelaki seperti itu.

“Tapi aku tetap takut, Dayang….,”

Dayang memeluknya erat. Saat ini, dia merasakan perlunya Kak Yaya di sisi.

“Kita panggil Kak Yaya ye,”

“Tak payah la, Kak Yaya kan sarat mengandung” tegah Arora . Namun Dayang
sudah mencapai telfon bimbit untuk menghubungi kakak angkatnya itu.
Setelah beberapa jeda, Dayang menghulurkan telefon bimbitnya pada Arora .

“Kak Yaya nak cakap dengan kau,” kata Dayang. Tanpa suara, Arora
menyambut huluran itu.

“Assalamualaikum sayang,” suara Kak Yaya buat air mata Arora tumpah
lagi. Teresak-esak dia menangis sambil bercerita dengan Kak Yaya.

“Adik kakak jangan risau ye, Allah sentiasa bersama kita. Kenangan
semalam jadikan panduan dan teladan supaya kita tidak kembali tersasar.
Tetapkan iman adik. Solat jangan tinggal. Tahajjud ye sayang. Baca Quran
supaya bila kita ingat DIA, kita akan jadi lebih tenang. Pasal Kalesh ,
adik jangan risau. Dia seorang yang bersikap rasional. Dia takkan buat
sesuatu yang di luar fikiran kita,” nasihat Kak Yaya panjang lebar.

“Saya takut dia pandang rendah pada saya, kak,”

“Kalau dia nak tinggalkan awak, biarkan aje. Kalau dia pandang rendah
pada awak, tak apa. Kita cari redha Ilahi, bukan redha manusia,” nasihat
Kak Yaya lagi.

Air mata Arora mulai reda. Dia mula mencerna kata-kata Kak Yaya itu.

“Terima kasih, kak,”

“Sama-sama. Nanti kalau ada masa, kita jumpa yea. Rindu dia,”

“Rindu akak juga. Okey la. Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam,”

Klik! Talian dimatikan.

“Dah lega?” tanya Dayang. Arora bangun.

“Kau nak pergi mana tu?”

“Aku nak ambil wuduk,” jawab Arora . Dayang tersenyum.

*****

“Jadi kau bencikan Arora ?”

Kalesh menggeleng. “Aku tak bencikan dia. Aku cuma terkejut bila lelaki
tu cakap macam tu,”

Hazim ketawa kecil. “Kau pasti ke si Azman tu lelaki?”

Kalesh terkejut. “Mana kau tahu nama dia Azman ? Dan, mana kau tahu dia tu
lelaki ke perempuan?”

“Sebenarnya…..,” Hazim menarik nafas, dan giliran dia pula bercerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience