Rate

BAB 3

Romance Completed 584

“Tolong aku, Dayang,” rayu Arora . Dayang mengurut dagu.

“Kita dah laporkan kegiatan dia pada polis kan? Apa yang dia tak puas
hati tu?”

“Sebab kita dah buat laporan la dia marah sangat tu! Lagipun, kau
dianggap musuhnya sebab kau dianggap menghasut kekasih dia,”

“Eeeeee tolonglah! Berhenti guna perkataan ‘kekasih’ tu depan aku boleh
tak? Kau dengan Azman tu sama je jantina tu! Azman konon! Cakap je nama
Rokiah!” bentak Dayang marah.

Arora mengeluh. Kesal dengan apa yang berlaku. Tiga tahun lalu, ya
mereka memang pasangan kekasih. Arora sendiri pun tidak tahu bagaimana
dia boleh terjermus dengan cinta songsang dengan Azman si pengkid itu.
Namun apabila diketahui yang Azman bukan sahaja ‘pusher’ yang dikehendaki
polis, malah juga ketua gangster, dia bertindak nekad meninggalkan Azman .

Tapi, tak semudah itu meninggalkan Azman . Langkahnya sentiasa dihidu di
mana-mana. Sehinggalah dia bertemu Dayang, yang bertindak nekad
melaporkan semua kegiatannya pada polis.

“Azman dan budak-budaknya cari kau,” ujar Arora .

“Peduli apa aku. Bukannya dia malaikat maut pun,” Dayang bersuarau
serius. Arora pula yang naik takut.

“Arora jangan risau. Dia cari kita kan? Dia akan dapat kita. Tapi,
sebelum dia bunuh kita, dia yang kena lauk dulu,”

“Macam mana kau boleh yakin sangat, Dayang?”

“Sebab….!” Belum sempat Dayang menghabiskan kata-katanya, pintu bilik
ditendang kuat. Dayang terkejut. Arora apa lagi.

Azman di muka pintu.

“Kat sini rupanya kau sorokkan buah hati aku ye perempuan!”

Dayang mendepangkan tangannya. Melindungi Arora .

“Kau nak ke ‘bekas’ aku ni?” Azman ketawa mengejek.

“Kau tu, tak nak ke kembali ke pangkal jalan?” sengaja Dayang elakukan
provokasi.

“Lepas aku bunuh kau!” Azman mengeluarkan sebilah pisau Rambo. Dia meluru
untuk membunuh Dayang.

“Dayang!”

“Ergh!”

Darah tersembur di mana-mana.

*****

“Siapa yang kena tikam, Hazim ?”

“Arora ,” lambat-lambat Hazim menjawab. Kalesh terkejut besar.

“Ma… macam mana….!”

“Arora tolak Dayang ke tepi. Dia terkena tikaman tu. Azman pun terkejut
dengan tikamannya. Dia cuba lari tapi masa tu, polis dah kepung rumah
tu,” cerita Hazim lagi.

“Habis, Arora ?”

“Seperti yang kau lihat sekarang. Alhamdulilah, tikaman itu tidak
mengenai organ dalamannya. Dan dia sihat sehingga hari ini,” Hazim
menamatkan ceritanya.

“Aku pelik. Kalau betul kata kau yang Azman dah ditangkap, macam mana pula
dia boleh muncul kembali?”

Hazim terdiam. Ada benarnya kata-kata Kalesh itu.

*****

“Assalamualaikum Warahmatullah…..,” salam kedua diucapkan. Arora tunduk
smbil berzikir mengingati Yang Maha Esa. Sebentar tadi, Dayang sudah
pulang. Sebelum itu, dia sempat berpesan agar sentiasa berserah pada-Nya.

Tok! Tok!

Ketukan di pintu mematikan lafaz zikirnya. Dia diam seketika. Mengamati
bunyi itu. Manalah tahu, ia hanya khayalan semata-mata. Mungkin ketukan
pintu di bilik sebelah.

Tok! Tok!

Ketuka di pintu berbunyi lagi. Kali ini pasti. Dia bangun lalu menuju ke
pintu. Tapi, debaran di hati tiba-tiba menggila. Dia tidak tahu kenapa.

Tombol pintu dipulas dan…..

“Hai, sayang,”

Langkah Arora terundur. Azman !

“Apa kau buat kat sini?”

“Aku rindukan kau, sayang,”

“Pergi dari sini!”

“Kau ingat begitu mudah kau nak larikan diri daripada aku?” Azman sudah
melangkah masuk ke bilik Arora .

“Keluar dari sini!”

“Aku minta maaf sayang sebab tikam kau hari tu,”

“Aku cuma mahu kau pergi dari sini. Pergi!!!!”

Azman tidak berganjak. Menambah resah di hati Arora .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience