Rate

BAB 4

Romance Completed 584

“Apa yang boleh aku buat agar kau pergi dari sini, Azman ?” Arora bersuara
lirih.

Azman mengeluarkan pisau. Debaran di hati Arora semakin kuat. Seakan
mengerti, butir bicara Azman yang seterusnya.

“Cuma satu cara untuk aku pergi dari sini. Lepas aku bunuh kau!”

“Azman ! Jangan!”

“Tiada siapa boleh tinggalkan aku, melinkan dalam bentuk mayat!”

“Jangan!”

“Arora , aku tertinggal telefon….!”

Azman terkejut. Dia tertikam Dayang.

“Tidakkkkk!!!!!!!”

Dayang tumbang berlumuran darah. Azman sudah lari entah ke mana.

*****

Hazim mundar-mandir di ruang menunggu. Resah gelisah dia apabila Arora
memberitahu tentang kemalangan yang menimpa isteri kesayangannya. Arora
tunduk. Mukanya tidak mahu diangkat langsung.

“Dah buat laporan polis?” tanya Kalesh yang duduk di sebelahnya. Arora
hanya angguk.

“Polis kata apa?”

“Polis kata, dia dah buat sekatan jalan raya untuk buru dia.
Rupa-rupanya, dia lari dari penjara,”

“Bertambah-tambahlah kesalahan dia nanti,”

“Tu la. Kesian juga dengan dia. Entah bila dia akan berubah,” Arora
bersuara perlahan.

“Masih sayang dengan dia ke?” tanya Kalesh

“Sayang sesame umat Islam. Kesian bila tengok cara hidup dia yang
begitu,” balas Arora perlahan. Kemudian tersedar sesuatu.

“Awak cemburu ya?”

Wajah Kalesh merah. “Ya, saya cemburu. Sebab saya suka awak,”

Wajah Arora pula yang merah.

“Setiap dari kita ada kisah silam masing-masing. Yang penting, kita dah
sedar dari kesilapan lalu. Jadikan ia sebagai panduan supaya kita tak
kembali tersasar,”

Arora tunduk kembali.

“Doktor!” Hazim meluru ke arah doktor yang baru keluar dari wad
kecemasan. Kalesh dan Arora segera mengikut.

“Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?”

“Dia selamat….,”

“Alhamdulilah,” Hazim meraup wajahnya. Mengucap syukur.

“Tapi…. Kandungannya tidak dapat diselamatkan,”

“Allahu Akbar,” Arora tidak dapat menahan sebak. Kalesh tunduk seketika.

“Alhamdulilah, belum rezeki kami agaknya. Terima kasih doktor,” ucap
Hazim dan bersalam dengan doktor itu. Kemudian dia melangkah pergi.

“Hazim …!”

“Biarkan dia. Dia perlukan masa bersendirian,” kata Kalesh . Arora tidak
jadi mengejar Hazim .

*****

“Seorang pengedar dadah yang lebih dikenali sebagai Azman ditembak mati
dalam satu kejadian tembak-menembak antara dia dengan pasukan polis.
Ketika mayatnya ditemui, terdapat sejumlah dadah yang ada bersamanya,
wang tunai dan senjata api. Dia dikehendaki polis atas pelbagai
kesalahan antaranya pengedaran dadah, cubaan membunuh dan melarikan diri
dari penjara.”

Arora menutup televisyen yang dipasangnya. Dia termenung. Memikirkan
Azman yang akhirnya mati dalam keadaan sia-sia. Milo di tangan dihirup
perlahan.

“Kalesh nak pinang Arora jadi isteri Kalesh yang sah,” kata-kata Kalesh
beberapa hari lalu terngiang-ngiang di telinganya.

“Tapi kan, awak dah tahu siapa saya yang dulu. Awak tak menyesal ke
kawan dengan saya?”

“Saya bukan nak kahwin dengan awak yang dulu, Arora . Saya nak kahwin
dengan Arora yang sekarang ni. Yang sentiasa ingat Allah. Yang sentiasa
rindu Rasulullah,” Arora seakan-akan ternampak wajah Kalesh yang
tersenyum memandangnya.

Istikharahnya selama beberapa malam ini sudah terlihat hasilnya. Namun
dia masih beum yakin. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor Dayang dicari.
Tapi kemudian dia membatalkan niatnya. Dayang masih berpantang, kerana
peristiwa ditikam hingga keguguran itu. Nombor Kak Yaya pula dicari.

‘Kak, macam mana ni?’

Selang seminit mesejnya dibalas.

‘Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Alhamdulilah, Allah
kurniakan jodoh yang baik buat adik kakak yang sorang ni. Cakap saja ya,
kalau betul kamu suka dia’ – Kak Yaya.

Arora tersenyum. Ya, aku suka dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience