Kara semakin murung selepas kejadian itu mujurlah Rafiqah segera datang untuk menceriakan Kara semula
“Happy la kita kena teruskan hidup" kata Rafiqah tersenyum dan memeluk Kara.Rafiqah pergi ke Mall untuk membeli barangan sempena pesta di rumahnya nanti Kara juga menemaninya
“Kita perlu banyak barang untukpesta terhebat tu nanti!" kata Rafiqah dengan sangat teruja membuat Kara tersenyum.
Linda melawat Malia di hospital
“Ok ke?" kata Linda walaupun tak ikhlas dari hatinya
“Dah ok kejap lagi dah boleh check out dah" balas Malia yang terbaring di atas katil
“Awak tak datang seorang kan?" tanya Malia yang tahu Linda tak suka padanya
“Yup!" sampuk Aisyah dari belakang Linda lalu meletakkan buah tangan di atas meja
“Dengar ni saya minta maaf sebab tak dapat lindungi Akid" kata Malia serba salah
“Cis!" balas Linda lalu keluar dari wad tersebut meninggalkan Aisyah dengan Malia
“Tak mengapalah" balas Aisyah sambil memegang bahu Malia.
“Kau dekat mana ni?" tanya Zulaikha yang menunggu di luar hospital sambil menghubungi Denny
“Sabar dah nak sampai ni" balas Denny lalu tiba di hospital semasa mereka berdua berjalan masuk mereka terserempak dengan Linda
“Hey" tegur Linda terkejut nampak mereka
“Korang nak lawat Malia ke?" tanya Linda
“Ya siapa lagi" balas Denny sambil tersenyum
“Pergilah dia ada dekat wad dia" balas Linda lalu keluar ke parking kereta.Di parking kereta Linda ternampak detektif Fana berdekatan
“Hey!" Linda menjerit memanggil Fana namun Fana tidak dengar suaranya dan pergi menaiki teksi.
Keletihan membeli-belah Kara pergi ke tandas manakala Rafiqah menunggu di kedai makan berhampiran sambil melihat sekeliling untuk memastikan mereka tidak diekori oleh sesiapa.
Keletihan membeli-belah Kara pergi ke tandas manakala Rafiqah menunggu di kedai makan berhampiran sambil melihat sekeliling untuk memastikan mereka tidak diekori oleh sesiapa
Kara masih lagi trauma dengan kejadian yang menimpa Akid tempoh hari kadang-kadang membuat Kara sering mimpi ngeri dan ternampak bayangan Akid di mana-mana saja.Kara mencuci mukanya di tandas dia cuba untuk menenangkan dirinya namun apabila dia memandang cermin dia ternampak bayangan Akid di belakangnya,Kara tersentak
“Pergi ke kilang itu" kata Akid lalu bayangan itu hilang sekelip mata.Kara cuba menenangkan dirinya dan keluar menuju ke arah Rafiqah
“Kau ok?" tanya Rafiqah kehairanan melihat kelakuan Kara namun Kara hanya mengangguk saja.
Selesai membeli-belah mereka pulang ke rumah Rafiqah di mana Aisha dan Denny ada di situ menolong siapkan apa yang patut
“Kitaorang dah siapkan perhiasan"kata Aisyah sambil tersenyum
“Terima kasih" balas Rafiqah gembira melihat semua perhiasan tersebut.
Fara berbual dengan kakaknya detektif Fana
“Kakak masih mencari misteri kes ni ke?" tanya Fara sambil melihat beberapa dokumen yang ada di situ
“Selepas kematian Akid..Sudah tentu ya" balas Fana sambil melihat semua dokumen yang ada
“Saya nak pergi rumah Rafiqah" kata Fara sambil mengambil beg tangannya
“Ok,pergilah" balas Fana sambil melihat dokumen tersebut.Semasa Fara dalam perjalanan ke rumah Rafiqah,Kara dan yang lain menyediakan keperluan yang ada.
Malam itu,pesta pun bermula dengan meriah namun Rafiqah tidak gembira kerana dia rasa kosong akibat ramai kawannya yang telah meninggal kini dia rasa kosong
“Mana kawan-kawan aku yang lain ni" bisik Rafiqah kebosanan berdiri melihat jemputannya yang lain bergembira
“Macam mana tuan rumah boleh muram sedangkan jemputan dia tengah berseronok" bebel Rafiqah kepada dirinya sendiri. Namun tak lama itu Rafiqah ternampak linda dan segera pergi ke arahnya
“Hey" tegur Rafiqah namun Linda berdiam diri memandang ke tanah
“Boleh duduk?" tanya Rafiqah
“Duduklah" balas Linda muram
“Urrgh
Namun tak lama itu Rafiqah ternampak linda dan segera pergi ke arahnya
“Hey" tegur Rafiqah namun Linda berdiam diri memandang ke tanah
“Boleh duduk?" tanya Rafiqah
“Duduklah" balas Linda muram
“Urrgh..Pesta yang teruk!" rungut Rafiqah
“Tapi ni pesta kau" balas Linda kehairanan
“Ya tapi mereka semua bergembira dan abaikan aku di sini" jelas Rafiqah sambil memandang mereka semua
“Aku faham rasa ditinggalkan sendirian" balas Linda sambil membetulkan posisi duduknya
“Rasa teruk bila sendirian" balas Rafiqah sambil memandang Linda
“Betul tu" balas Linda lalu mereka berdua ketawa bersama.
“Yo,Raf tolong ambilkan air gas boleh" tanya Luqman
“Ah,Luqman aku tak ingat pun aku jemput kau" balas Rafiqah dengan rasa menyampah manakala Linda memandang Luqman dengan muram
“Lelaki semuanya tak guna" bisik Rafiqah kepada Linda secara perlahan lalu bangun dan masuk ke rumahnya untuk mengambil air gas.Tetapi apabila Rafiqah keluar dia dapati semua orang sudah tiada lagi dan keadaan menjadi sunyi sepi
“Luqman...Luqman!...Linda!" jerit Rafiqah namun tiada sesiapa yang menyahut panggilannya.
Keadaan itu menyebabkan Rafiqah takut lalu dia masuk dan mengunci pintu rumahnya sejurus itu berlaku secara tiba-tiba lampu luar rumahnya terpadam dan keadaan luar menjadi gelap-gelita.Rafiqah melihat sekeliling namun semuanya gelap
“Kara!" jerit Rafiqah
“Mana semua orang ni?" tanya Rafiqah kepada dirinya sendiri.'drukk!' bunyi barang yang dialihkan bunyi itu datang dari luar menarik perhatian Rafiqah lalu dia melihat sekeliling yang gelap itu dan secara tiba-tiba lampu hidup semula menyebabkan Rafiqah tersentak melihat kelibat hitam itu berada di depan pintu rumahnya,pembunuh itu menggegarkan tombol pintu namun berkunci lalu Rafiqah berlari ke dapur namun pembunuh itu berjaya memecahkan pintu tersebut.
Rafiqah berlari masuk ke garajnya pula,fikiran Rafiqah mulai buntu dia tak tahu apa nak buat lalu dia hubungi Fara
“Fara tolong aku pembunuh tu nak bunuh aku!" kata Rafiqah mengejutkan Fara
“Sabar aku dalam perjalanan kau sembunyi je dulu" arah Fara sambil melajukan keretanya
“Aku dekat garaj" balas Rafiqah namun talian terputus apabila Rafiqah menoleh tombol pintu garajnya sedang digegarkan.Akibat terlalu takut Rafiqah nekad bersembunyi di dalam peti sejuk yang mati dan disimpan di garajnya itu tak lama itu pembunuh itu berjaya masuk ke garaj dan mencari Rafiqah.
Pada awalnya Rafiqah fikir dia akan selamat di dalam itu namun sangkaan Rafiqah silap pembunuh itu tahu Rafiqah bersembunyi di dalam peti sejuk itu lalu mengunci pintu peti sejuk tersebut supaya Rafiqah tidak boleh keluar.
Pada awalnya Rafiqah fikir dia akan selamat di dalam itu namun sangkaan Rafiqah silap pembunuh itu tahu Rafiqah bersembunyi di dalam peti sejuk itu lalu mengunci pintu peti sejuk tersebut supaya Rafiqah tidak boleh keluar
Lalu peti sejuk itu diterbalikkan membuat Rafiqah bergegar di dalam tak lama itu pembunuh itu menikam-nikam peti sejuk tersebut hingga pisaunya tembus ke dalam
“Arrgh!" jerit Rafiqah yang luka di tangan.kaki dan peha
“Tolong berhenti" rayu Rafiqah menangis dan lemah namun pembunuh itu berhenti dan memasang peti sejuk tersebut
“Tidak tolong!" jerit Rafiqah yang mulai rasa kesejukkan peti sejuk itu.
Kara dan Denny tiba di rumah Rfiqah setelah mereka keluar sekejap tadi namun mereka juga terkejut melihat suasana yang sunyi itu
“Mana Rafiqah?" tanya Kara kepada Denny
“Manalah aku tahu" balas Denny pula.Tiba-tiba mereka terkejut
“Arrgh!" jerit mereka apabila terperanjat melihat kelibat Wafiy yang tiba-tiba muncul
“Wafiy apa awak buat dekat sini?" tanya Kara terkejut
“Saya pun dijemput" jelas Wafiy pada masa yang sama Fara pun tiba
“Garaj!..Rafiqah dekat garaj dia dalam bahaya!" jerit Fara sambil berlari lalu mereka pun segera ke garaj.
“Tolong keluarkan aku!" jerit Rafiqah yang mulai perlahan dan lemah kesejukkan itu hampir membuat Rafiqah tertidur tak lama itu mereka pun sampai
“Dalam ni" kata Kara cuba membukanya tapi tak boleh
“Ke tepi!" jerit Luqman membawa penukul lalu mengetuk mangga kunci tersebut dan membuka pintu itu lalu mengangkat Rafiqah keluar
“Denny panggil polis!" arah Kara sambil menenangkan Rafiqah
“Kita kena cari pembunuh tu mesti dia ada dekat sini lagi" kata Wafiy mengajak Kara bersama
“Tak apa Kara pergilah" kata Rafiqah dengan lemah
“Jaga dia" arah Kara kepada Luqman.Denny,Fara,Kara dan Wafiy berpecah untuk mencari Linda,Aisyah,Nana dan Zulaikha.
Share this novel