Wan berjumpa dengan Kara di Cool Blog untuk berbincang tentang misteri kematian Syafikah dan Balqis
“Kau ada dapat sesuatukan apa dia" kata dan tanya Wan yang agak berminat
“Aku jumpa gambar Syafikah di rumahnya dan aku jumpa gambar Balqis di rumahnya juga" kata Kara sambil menghulurkan gambar-gambar tersebut
“Kau tak rasa pelik ke?" tanya Kara yang kehairanan
“Memang pelik macam memang dah dirancang untuk bunuh diorang" balas Wan yang berkerut dahinya melihat gambar itu
“Apa pun motifnya aku rasa kita semua dalam bahaya" jelas Kara dengan serius
“Tapi kenapa dia nak bunuh kita?" tanya Wan namun tidak ada jawapan daripada Kara malah Kara hanya terdiam buntu.
Rafiqah dan Ain pergi ke balai polis untuk mendapatkan sedikit maklumat
“Inspektor,macam mana dengan kes bunuh kawan saya tu?" tanya Rafiqah
“Buat masa ni tak ada maklumat lagi dan sebaiknya kamu berdua jangan kerap keluar bersendirian ia agak bahaya" balas Inspektor Razlan
“Adakah ini pembunuh yang sama Inspektor?" tanya Ain pula
“Kami masih siasat dan kami akan cuba sepantas yang boleh" balas Inspektor Razlan lagi.
Esoknya,mereka semua berkumpul selepas sekolah
“Betul ke kita sasaran juga?" tanya Akid yang kurang percaya dengan andaian Kara dan Wan
“Korang berdua ni terlalu serius sangat" balas Denny pula menyokong Akid
“Macam mana kalau betul kita ni sasaran?" tanya Kara kepada mereka berdua namun Kara tidak mendapat jawapan kembali.Nabila mulai takut dengan hal tersebut
“Ma-macam mana kalau aku sasaran seterusnya!" jerit Nabila yang agak panik
“Jangan risau apa-apa telefon polis atau kita semua" balas Aisha menenangkan Nabila manakala Linda dan Syamira menganggap ini semua hanya perkara biasa.
Kara pulang ke rumah pada lewat petang dan tertidur di atas sofa rumahnya tak lama itu Kara terbangun dari tidurnya kerana terganggu dengan bunyi deringan telefonnya itu.Lalu Kara pun segera menjawab panggilan tersebut.
Kara:Hello
Hello Kara
Suara awak lembut macam ibu awak
Kara:Si-siapa ni?(serius)
Seseorang
Kara:Huh..Kau ingat ni gurauan kelakar ke?
Ianya kelakar
Lalu Kara bangun dari sofa tersebut dan terus ke pintu rumahnya secara perlahan pintu dibuka dan Kara keluar sedikit sambil melihat sekeliling rumahnya.
Kara:Aku tak takutlah!(tersenyum)
Bagus
Aku dibelakang!
Kara tersentak dan terus menoleh kebelakang dan dapati ada kelibat hitam yang memegang sebilah pisau melulu ke arahnya namun Kara dapat mengelak tetapi kakinya ditarik menyebabkan Kara terjatuh kini pembunuh itu berada di atas badannya lalu mengh...
Kara tersentak dan terus menoleh kebelakang dan dapati ada kelibat hitam yang memegang sebilah pisau melulu ke arahnya namun Kara dapat mengelak tetapi kakinya ditarik menyebabkan Kara terjatuh kini pembunuh itu berada di atas badannya lalu menghentak kepala Kara ke lantai membuat Kara pening pada masa sama pembunuh itu menunpukan hujung pisau itu untuk menikan dada Kara.Mujurlah Kara tersedar dan menampar kepala pembunuh itu hingga tergolek tanpa berlengah Kara terus berlari ke biliknya dan mengunci pintu.Kara mulai panik dan terus menghubungi Polis sementara menungu polis tiba Kara bersembunyi di dalam Almari biliknya.Tak lama itu seseorang mengetuk pintu Kara terus berlari dan membuka pintu rumahnya.
Apabila Kara membuka pintu
“Arrggh!" Kara menjerit apabila melihat topeng pembunuh tersebut di hadapannya rupa-rupanya hanya topeng yang dipegang oleh Inspektor Razlan
Apabila Kara membuka pintu
“Arrggh!" Kara menjerit apabila melihat topeng pembunuh tersebut di hadapannya rupa-rupanya hanya topeng yang dipegang oleh Inspektor Razlan."Inspektor!" marah Kara dengan kelakuan Inspektor Razlan tadi
“Maaf..Tapi saya dah ada suspek" jelas Inspektor Razlan sambil menarik tangan seseorang
“W-Wafiy?!" lidah Kara terkelu dan terbisu seketika apabila dia dapati lelaki yang diminatinya selama ini adalah suspek yang mungkin pembunuh kawan-kawannya.
Tiba di balai Kara masih lagi membisu dan termenung jauh hatinya bagai retak seribu hancur luluh dan bagai tidak percaya semua itu.Tak lama itu,Rafiqah datang memujuk dan menenangkan Kara yang menangis apabila Rafiqah tiba
“Sabar Kara semua ni ujian" kata Rafiqah yang cuba menenangkan Kara
“Malam ni kau tidur rumah aku ok?" kata Rafiqah yang ingin menolong.
'Sejauh mana siri pembunuhan ini akan berlarutan tiada siapa yang tahu dan ia kekal menjadi misteri'.
Share this novel