BAB 10

Mystery & Detective Completed 7679

Pembunuh itu masih tidak dijumpai lagi,Denny mencari Linda di belakang rumah Rafiqah dengan bersenjatakan kuali leper sahaja

“Linda kau dekat mana?" jerit Denny memanggil Linda namun Denny terperasan satu bilik yang tertutup dan ada darah yang mengalir

“Ouh,tolonglah harap bukan dia" kata Denny kepada dirinya sendiri kerana risau apa-apa terjadi dengan Linda.Tanpa berlengah lagi Denny pantas membuka pintu tersebut mujurlah darah itu bukan darah Linda tapi darah daripada orang lain yang dibunuh secara tiba-tiba Denny ditarik ke belakang

“Arrgh!" jerit Denny ketakutan.

Kara mencari Nana di tingkat atas semua bilik telah digelodah oleh Kara namun tak dapat menemui Nana

“Mana kau Nana!" jerit Kara sambil melihat sekeliling.Tiba-tiba Kara ternampak almari yang bergegar sedikit membuakkan rasa risau dalam hati Kara namun secara perlahan dia menghampiri almari tersebut dan terus membuka pintunya dan Kara dapati Nana yang berada di dalam almari itu

“Kara!" jerit Nana dengan lega

“Aku ingat aku akan mati dekat sini" jelas Nana yang ketakutan.

“Denny ni akulah Linda!" marah Linda sebab Denny menjerit dengan kuat

“Kau rupanya" kata Denny dengan lega sebab Linda selamat lalu mereka masuk dan tunggu di ruang tamu begitu juga dengan Rafiqah sudah dibawa ke ruang tamu dengan bantuan Luqman.Kara membawa Nana turun dan menunggu Wafiy dan Fara datang.Tak lama itu,Wafiy datang bersama dengan Aisyah dan Fara pula datang bersama Zulaikha

“Syukurlah lorang semua selamat" kata Kara dengan lega.

Namun,telefon rumah Rafiqah berdering dan Kara segera menjawabnya.

Kara:Hello?

Aku ada ibu kau

Datang sendirian atau ibu kau mati!

Lalu panggilan itu ditamatkan,Kara memandang kawan-kawannya yang berbual sofa lalu Kara keluar tanpa memberitahu mereka namun mujurlah Linda nampak Kara keluar.Kara terus ke alamat yang diberi iaitu di Ulu Yam tepat di satu jambatan.

Di situ,Kara dapati ibunya duduk di atas kerusi serta diikat

“Kara pergi sayang!" jerit ibunya tidak mahu Kara terluka

“Ibu" kata Kara lalu cuba menghampiri ibunya namun pembunuh itu keluar dan berdiri di hadapan ibunya."Apa yang kau nak ha?!" jerit Kara yang sakit hati

“Ok,sekarang ni kau dan aku tapi tolong tak ada lagi topeng" kata Kara yang menyembunyikan sebilah pisau yang tajam di belakangnya.

Lalu pembunuh itu membuka topengnya membuatkan Kara tersentak apabila dia dapati pembunuh itu selama ini adalah

“Ma-Malia?" kata Kara yang agak kebingungan dengan situasi sekarang

“Hey,K

Lalu pembunuh itu membuka topengnya membuatkan Kara tersentak apabila dia dapati pembunuh itu selama ini adalah

“Ma-Malia?" kata Kara yang agak kebingungan dengan situasi sekarang

“Hey,K.A.R.A!" kata Malia sambil tersenyum dan mehulurkan pisau ke arah Kara

“T-tapi kenapa?" tanya Kara kekeliruan."Kau nak tahu kenapa! Mak kau lebih tahu tentang tu!" tengking Malia

“Aku benci kau..Aku nak bunuh kau Kara!" tengking Malia lagi

“Tapi kenapa kawan-kawan aku pun jadi mangsa?" tanya Kara sambil menggenggam batang pisau yang disembunyikan di belakangnya

“Sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ni..sendirian dibenci semua orang dan hidup dalam keadaan yatim!" jerit Malia bagai sakit luahan hatinya itu.

“Kau nak tahu siapa mak kau Kara" tanya Malia sambil mengusap rambut puan Kaira lalu Malia tersenyum sinis

“Dia ni perempuan tak guna!" jerit Malia sambil menarik rambut puan Kaira

“Jangan!" jerit Kara lalu berlari namun terhenti apabila Malia menghalakan pisau ke arahnya

“Dialah perempuan yang terselamat pada 25 tahun yang lalu dan kini dia hidup bahagia dan dikurniakan anak yang sempurna dan kehidupan yang sempurna" kata Malia

“Tapi aku?" tanya Malia sendiri

“Apa kena mengena kau dengan 25 tahun yang lalu?" tanya Kara pula

“Mak kau diselamatkan oleh seorang anggota polis yang mati pada 25 tahun lalu kalau ikutkan sepatutnya mak kau yang mati tapi ayah aku mati sebab selamatkan mak kau!" jelas Malia sambil menangis.

Linda memberitahu mereka tentang Kara lalu mereka semua bergegas pergi ke Ulu Yam juga untuk menyelamatkan Kara dan mereka juga telah menghubungi polis.

Malia mula tersenyum dan ketawa bagai orang gila

“Tapi aku tak sebodoh kau Kara yang menyembunyikan sebilah pisau di belakangnya..klasik" kata Malia sambil merenung Kara dengan tajam apabila Kara tunjukkan pisau yang disembunyikannya itu Malia segera menikam bahu puan Kaira

“Jangan!" jerit Kara lalu berlari ke arah Malia.

Namun Kara tidak dapat berbuat apa-apa kerena Malia sempat menikamnya lalu Kara under sedikit dan menenangkan dirinya

“Ouh,kesian anjing ni kesakitan" hina Malia sambil menghampiri Kara dan menendangnya terbaring

“Ini baru saja sedikit sayang" k...

Namun Kara tidak dapat berbuat apa-apa kerena Malia sempat menikamnya lalu Kara under sedikit dan menenangkan dirinya

“Ouh,kesian anjing ni kesakitan" hina Malia sambil menghampiri Kara dan menendangnya terbaring

“Ini baru saja sedikit sayang" kata Malia sambil duduk di atas Kara

“Kini tamatlah riwayat hidup kau Kara!" kata Malia sambil menghalakan pisau itu untuk menikam.

Syukurlah polis tiba tepat pada masanya lalu melepaskan satu tembakan menyebabkan Malia jatuh ke dalam air.Kara lega kerana dia selamat

“Korang semua" kata Kara lalu dipeluk oleh Rafiqah dan Aisyah

“Syukurlah kita semua selamat" kata Kara dengan rasa bersyukur kerana dia dan kawan-kawannya masih hidup.Namun dari belakang Malia keluar dari air untuk menyerang hendap nasib baik detektif Fana ada dan terus menembak di kepala Malia dan maut di situ.

Selepas kejadian berdarah itu, sudah tiada lagi kes pembunuhan berlaku dan mereka menjalani hidup seperti normal… Ya, sekurang-kurangnya, buat sementara waktu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience