BAB 6

Mystery & Detective Completed 7679

Aisha berjumpa dengan semua kawannya selepas sekolah untuk menceritakaninfo yang baru dijumpainya kepada mereka."Dulu terdapat satu kes pembunuhan remaja yang ngeri dan hebohkan satu dunia" kata Aisha sambil menunjukkan website tersebut

“Tapi apa kena mengena sejarah ni dengan kita semua?" tanya Nana yang keliru dengan penyataan Aisha."Syafina mati akibat tikaman di dada,Batrisya mati akibat terjerut dengan tali gantung,Wani mati dikelar di hadapan rumahnya" kata Aisha yang cuba menjelaskan kepada mereka semua

“cara dorang di bunuh sama dengan cara Syafikah,Balqis dan Wan mati" kata Aisyah

“Korang tak nampak ke semuanya macam berkait dengan sejarah dulu" kata Aisyah dengan yakin

“Maksud kau ada seseorang yang cuba ulang balik sejarah lama ni?" tanya Kara pula

“Ya,tepat sekali!" jerit Aisha yang lega kerana mereka semua faham apa yang ingin di sampaikannya.

Akid makin resah dan cuba meyelidik lagi sejarah yang di katakan oleh Aisyah tadi.Apa yang Akid jumpa pula memang mengejutkan.Esoknya pula,Akid pula yang memanggil mereka semua di kedai makan kecuali Aisyah kerana Aisyah tidak dapat hadir pada masa itu

“Apa yang ko nak cakap ni Akid?" tanya Denny yang ingin tahu

“Tentang sejarah pembunuhan tu" balas Akid

“Tapi bukan ke Aisyah dah bagitahu semalam?" soal Nana pula

“Pembunuh tu cuba ulang semula sejarah tu" kata Ain pula

“Ya!" jerit Akid membuat mereka semua terdiam

“Tapi pembunuh ni tak ubah sikit pun sejarah tu" kata Akid

“Maksud kau apa?" tanya Kara yang keliru

“Giliran yang akan mati" kata Akid

“Semua yang mati telah di bunuh mengikut giliran yang sama dengan sejarah pembunuhan tu" jelas Akid dengan serius

“Nanti siapa seterusnya!" tanya Kara mulai risau

“Berdasarkan sejarah dulu yang mati itu bernama Aisyikin sebab mati akibat pendarahan tanpa henti" balas Akid.

Perbincangan mereka tamat pada pukul 8:00 malam.

Malam itu,Aisyah baru pulang dari kelas tambahannya namun semasa menunggu ayahnya datang untuk menjemputnya Aisyah mendapat satu panggilan dari Denny lalu segera menjawab panggilan tersebut.

Aisha:Denny?

Ya

Aisha:Macam mana dengan perbincangan tu?

Aisha:Akid cakap apa tadi?

Nampak kereta merah depan kau tu?

Aisha:Nampak

Pergi dekat situ nanti kau nampak aku

Tanpa berfikir panjang Aisha terus bangun dan menghampiri kereta tersebut namun tiada sesiapa di dalam kereta itu dan tiada siapa di kawasan itu tiba-tiba telefon Aisyah berdering lagi dengan segera Aisyah menjawab panggilan itu

Tanpa berfikir panjang Aisha terus bangun dan menghampiri kereta tersebut namun tiada sesiapa di dalam kereta itu dan tiada siapa di kawasan itu tiba-tiba telefon Aisyah berdering lagi dengan segera Aisyah menjawab panggilan itu.

Aisyah:Denny mana kau tak nampak pun?

Di sini

Aisyah tersentak apabila melihat satu kelibat hitam melalui pantulan bayang dari tingkap kereta tersebut.Dengan segera Aisyah menoleh kebelakang dan terdapat kelibat hitam di hadapannya namun belum sempat berbuat apa-apa pembunuh itu telah menampar Aisyah hingga terjatuh ke tanah akibat hentakkan yang kuat Aisyah pengsan di situ tanpa berlengah pembunuh itu mengeluarkan sebilah pisau yang tajam dan berkilat.

Mujurlah detektif Fana berhampiran dengan kawasan itu dan ternampak Aisyah yang hendak di bunuh tanpa berlengah detektif Fana menghampiri

“Hoi!" jerit Fana sambil mengacukan pistolnya dan melepaskan satu tembakkan menyebabkan pembunuh itu melarikan diri.Apapun Aisyah dapat diselamatkan dari maut akibat di bunuh syukurlah detektif Fana ada di situ

Kini Aisyah berada di hospital mujur kerana Aisyah hanya luka di dahinya saja akibat jatuh dan terhentak ke tanah."Syukur kau selamat" kata Kara dengan lega tak lama itu Denny sampai di situ

“Kau apa yang kau buat semalam!?" jerit dan tanya Aisyah ketakutan

“Denny dengan kami semalam sampai pukul 10:09 malam kan?" kata Ain dengan yakin

“Betul tu,kenapa?" tanya Denny kehairanan

“Aku rasa pembunuh tu tengah bermain-main dengan kita semua" kata Aisyah yang mulai risau.

“Nampaknya pembunuh ni cuba buat kita semua yang bersalah" kata Ain kepada Kara dan Denny

“Dia nak kita tuduh-menuduh" balas Kara dengan muka muram.Apapun mereka semua mengambil langkah berhati-hati dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience