Rate

BLACK ROSE (broken inside) 5

Drama Completed 921571

Peluh membasahi baju t-shirt berwarna hitam yang dipakai Mawar. Dia duduk di satu sudut dan meneguk air mineral yang dibawanya tadi. Tudung hitamnya turut basah dengan peluh. Dadanya berombak perlahan. Mata terarah ke beberapa susuk tubuh ahli di dalam Kick Boxing Art itu. Mereka masing-masing gigih berlatih. Tubuh disandarkan ke dinding. Kaki kanan dilunjurkan. Manakala, kaki kiri di lipat separa. Siku kiri pula ditongkat ke lutut kaki kiri.

Dia melihat ke arah satu sudut dinding ruangan latihan itu. Terdapat beberapa gambar ahli kickboxer yang terkenal di tampal ke dinding. Antaranya Rico Verhoeven yang berasal dari Netherlands. Diberi gelaran The King of Kickboxing. Pencapaian semasa yang dipegang oleh R.Verhoeven ketika ini ialah heavyweight champion. R. Verhoeven aktif dalam martial art, sewaktu beliau mencecah usia 5 tahun. Bapanya juga mempunyai tali pinggang hitam dalam sukan karate. Bapa R.Verhoeven yang telah menariknya ke dalam sukan kickboxing sehingga beliau berjaya mencapai ke peringkat seperti sekarang.

Mawar tersenyum sendiri apabila dia berjaya masuk ke dalam sukan kickboxing ini tanpa bantuan sesiapa. Dia sendiri yang mendorong diri untuk belajar dan berlatih dalam martial art. Dia cuma mahu menyibukkan dirinya agar dia tidak lagi tertumpu pada aktiviti lamanya dahulu. Dan iye, setahun sudah dia berjaya melepasi saat sukar dalam hidupnya. Dia juga disahkan bebas dari sebarang aktiviti tidak sihat itu. Dia nekad mahu keluar dari segala perkara yang akan memusnahkan dirinya.

Banyak skills yang telah dia pelajari dari coach yang mengajarnya. Walaupun masih ada yang perlu dia perbaiki dan belajar, namun Mawar tetap berpuas hati dengan pencapaiannya sekarang.

MAWAR
"Tak boleh jadi Rico jadi Mawar Kirana pun okay," Mawar bermonolog sendiri sambil tersenyum merenung ke arah gambar R.Verhoeven.

ZACK
"Yo, Mawar! Dah settle berlatih ke?" soal Zack pemilik Kickboxing Art. Dia menghampiri Mawar yang sedang duduk berehat di lantai. Mawar memandang ke arah Zack sambil mengangkat kening sebelah kirinya.

"Nah," Zack menyerahkan sehelai flyers berkenan pertandingan kick boxing yang akan diadakan pada bulan depan. Flyers bertukar tangan. Mawar membaca satu persatu isi kandungan flyers tersebut. Dia tersenyum segaris. Flyers di serahkan semula kepada Zack. Dahi Zack berkerut. Lelaki itu melabuhkan punggungnya di hadapan Mawar.

"Tak berminat?" soal Zack sambil bersila di hadapan Mawar. Mawar menarik kaki yang dilunjurkan tadi. Dia turut bersila di situ. Wajah dingin Mawar sudah menjadi kebiasaan buat Zack. Namun, dia tahu wanita itu tidaklah sombong seperti yang disangka.

MAWAR
"Aku tak boleh. Sekarang aku dah jadi permanent krew dekat restoran tu," tutur Mawar perlahan. Handwrap yang melilit tapak tangannya dibuka perlahan. Gym bag miliknya ditarik. Zip dibuka. Handwrap digulung semula dan disumbat ke dalam bag. Sparring glove berwarna hitam yang agak lusuh itu diambil dan disumbat ke dalam begnya. Kasut boxing jenama Outshock berwarna kelabu yang juga kelihatan lusuh itu dibuka. Di letak ke tepi sebelum disumbat semuanya ke dalam beg tersebut.

ZACK
"Kau minta lah cuti. Dapat masuk grand final, minta lagi cuti," Zack memberi cadangan sambil ketawa. Mawar tersenyum sinis. Mudah sangat cadangan mamat rambut karat depan mata ni.

MAWAR
"Tak boleh. Kalau muka aku bengkak-begkak lepas game, siapa nak tanggung??" Mawar menolak. Dia tidak mahu sebarang masalah timbul. Dia baru sahaja menandatangani kontrak pekerja tetap di restoran Syakir. Jika berlaku sesuatu, pasti lelaki itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya.

ZACK
"Alahh.. Come on, Mawar. Kau je perempuan yang aku nampak potensi jadi fighters tegar tau. Kalau kau kena buang kerja, kau kerja sini je. Kerja dengan aku," balas Zack dengan tawa yang masih bersisa. Dia tahu Mawar tetap akan menolak pelawaannya. Tetapi, dia masih mahu mencuba.

"Kau tak nak ke jadi Rico? Tu.. gambar yang kau tenung dari tadi tu. Tak nak jadi macam dia?" soal Zack lagi. Sengaja bakar line. Mawar ketawa besar. Zack terpaku seketika melihat wajah manis Mawar. Sungguh susah benar melihat senyuman wanita itu. Tetapi, sekali dia senyum, boleh luruh jantung dibuatnya.

MAWAR
"Tak nak aku jadi Rico! Aku nak jadi Mawar je," balas Mawar dengan tawa yang masih bersisa. Wajah Zack dipandang. Dahinya berkerut. Jari jemari diketip berkali-kali di depan wajah lelaki itu.

"Hello, bro. Kau tengok apa?" soal Mawar bersahaja. Zack terpinga-pinga seketika. Dia terus ketawa apabila kantoi merenung Mawar. Mawar tersenyum sinis.

"Dahlah boss, aku nak balik. Esok kerja," Mawar menyumbat kasut boxing yang dianginkan sebentar tadi ke dalam bag. Zip ditarik. Dia bangun sambil menapak menuju ke lokar.

ZACK
"Mandi dulu oiii!!" jerit Zack. Dia turut bangun dari situ. Flyer ditangan direnung. Dia tersenyum. Kalau dahulunya Mawar lah paling teruja dengan pertandingan seperti itu. Namun, disebabkan ketika itu, dia masih baru dalam dunia kickboxing, hasrat untuk menyertai pertandingan sebegitu di lupakan. Tetapi kini, Mawar sendiri tidak mahu turut serta. Mawar Kirana yang susah untuk dijangka.

××××××××××

Bibir yang membengkak di belek ke dalam cermin. Ais di ambil dan tuam ke bibir. Dia mula bersiap untuk pergi ke restoran selepas mendapat panggilan dari Adam. Mahu tidak mahu, dia terpaksa masuk kerja pada hari ini. Badan yang letih terpaksa diabaikan.

MAWAR
"Kalau tahu kena masuk kerja kejap lagi, takdelah aku pergi sparring dengan si Haikal tu. Kan dah mendapat" bebel Mawar sendiri. Ais dituam berkali-kali sehingga mencair ais tersebut menitis-nitis ke lantai.

Haikal, coach yang mengajar Mawar di Kickboxing Art. Pangkat sifu pada Mawar. Sengaja lelaki itu mahu menguji kecekapan Mawar di tahap mana. Akhirnya Mawar tersilap langkah. Point Haikal dikumpul melalui pukulan Jab ke muka Mawar. Terlentang Mawar jatuh ke lantai. Berdesing seketika kepalanya ketika itu. Hanya kedengaran tawa dari Haikal. Langsung tidak ditolong Mawar bangun. Dia tahu Mawar bukan gadis lembik dan lemah. Dia yakin gadis itu pasti mampu bangun semula setelah terjatuh. Bukan Mawar tak biasa dengan semua itu. Sparring yang sentiasa dinantikan oleh wanita bernama Mawar Kirana.

Tudung sarung di capai. Jika tidak disebabkan agreement permanent krew sudah di tanda tangani, pasti dia akan membantah Adam. Tetapi, dia juga sudah berjanji dengan Syakir bahawa dia akan berikan sepenuh komitmennya pada kerja di restoran.

Mawar menghidupkan enjin motor Ex5 nya. Motor buruk itulah yang menjadi peneman sepanjang dia bekerja di The Boys Restoran. Dengan gaji pertama dia membayar duit muka motor second hand tersebut. Dan setiap hujung bulan dia membayar secara ansuran yang masih berbaki sehingga sekarang. Di sebabkan Syakir sudah berjanji untuk membayar gaji Mawar dua kali ganda dari sebelumnya, dia terus bersetuju. Mawar nekad untuk menghabiskan bayaran motor tersebut agar motor itu terus menjadi miliknya. Mawar tersenyum sendiri. Kepala motor diusap.

MAWAR
"You will be mine soon, baby," ucap Mawar sendiri dengan senyuman tanpa hala tuju. Bibirnya terasa sedikit berdenyut. Ditekan perlahan dengan jari telunjuk. Kemudian, kelajuan motor ditingkatkan agar dia cepat sampai ke restoran.

Beberapa minit kemudian, dia sampai di simpang masuk ke restoran. Saat dia mahu membelok masuk ke dalam parkir restoran, sebuah kereta Audi R8 berwarna merah turut masuk ke parkir restoran itu. Mawar meletakkan motornya ke parkir motor yang berada di sebelah kiri restoran. Helmet di buka. Sekali lagi Mawar menepuk-nepuk motor kesayangannya sambil tersenyum seorang diri. Tanpa dia sedar Aydean yang baru sahaja meletak kereta ke parkir khas, memerhatikan gelagat Mawar dari dalam keretanya.

AYDEAN
"Gila ke senyum sorang-sorang!" gumam Aydean seorang diri. Namun, dia masih menunggu Mawar masuk ke dalam restoran terlebih dahulu. Malas mahu berselisih bahu dengan wanita itu.

Malam tadi, Syakir ada memaklumkan bahawa Mawar telah pun menjadi sebahagian krew tetap di restoran mereka. Aydean hanya setuju sahaja dengan segala keputusan yang Syakir buat untuk restoran itu. Kerana pada Aydean, Syakir lebih tahu kelebihan krew-krew yang berada di bawah seliaannya berbanding Aydean sendiri yang jarang mengendalikan restoran tersebut.

Sewaktu melihat susuk tubuh Mawar berjalan masuk ke dalam restoran, jantung Aydean berdegup kencang. Susuk tubuh Mawar terimbas dengan seseorang yang amat dikenalinya sebelum ini. Lama Aydean melihat susuk tubuh itu sehingga Mawar hilang dari pandangannya.

AYDEAN
"Kie," nama itu meluncur laju dari mulut Aydean. Aydean meraup wajahnya perlahan. Laju kepala digelengkan.

"Iisshh... Tak kan perempuan gila tu Kie!" gumam Aydean lagi. Dia mematikan enjin kereta dan keluar dari keretanya. Rambut dirapikan sedikit. Rahang digosok perlahan. Kereta dikunci. Dengan penuh gaya, Aydean melangkah masuk ke dalam restoran.

Sebaik sahaja melangkah ke dalam restoran, pelanggan yang berada di situ terus memandang ke arah Aydean. Ada yang bangun menghampiri Aydean untuk bergambar. Ada juga yang mengambil gambar Aydean dari jauh. Aydean memberi peluang kepada pelanggan-pelanggannya untuk mengambil gambar dan bersalaman dengannya. Senyuman manis diberikan setiap kali kamera dari telefon bimbit di halakan ke arahnya.

Mawar yang sedang melangkah ke arah lokar, serta merta menoleh ke belakang apabila terdengar ruih rendah para pelanggan di ruang restoran. Matanya tertancap pada susuk tubuh pelakon popular itu.

Owh, boss gila ni!

Terus Mawar meneruskan langkah yang terhenti tadi. Dia menuju ke lokar. Helmet di simpan ke dalam lokar besi. Baju ditukar. Kemudian, dia keluar dari bilik ruangan itu dan berjalan pantas ke arah ruangan dapur.

ZARA
"Eh, bukan off day ke hari ni?" soal Zara. Mereka bertembung di pintu masuk dapur. Mawar tersenyum segaris. Mata Zara tertancap pada bibir Mawar yang kelihatan bengkak itu.

"Eh, Mawar okay tak ni? Bibir bengkak kenapa?"soal Zara dengan riak wajah yang cemas. Matanya membulat melihat ke arah bibir Mawar. Mawar ketawa kecil.

MAWAR
"Takde apa. Sikit je ni," balas Mawar bersahaja. Bibirnya masih mengukir senyum. Walaupun agak perit dirasakan saat bibir mengoyak senyum tika itu. Dia tidak mahu Zara bimbang akan dirinya.

"Encik Syakir ada dekat opis ke kak? Adam call suruh saya jumpa boss," Mawar mengubah topik perbualan. Seperti biasa. Dia tidak mahu halnya diperbesarkan.

ZARA
"Ada dalam opis dia. Ni mesti nak discuss pasal event Aydean ni. Busylah kita Mawar oiii," keluh Zara sambil melipat kedua-dua lengan bajunya. Mawar terdiam mendengar kata-kata Zara. Otaknya ligat berfikir.

Busy sangat ke nanti??

"Okaylah, Mawar. Akak nak solat ni. Dah lewat," Zara menepuk bahu Mawar dan dia beredar menuju ke surau. Mawar melepaskan keluhan kecil.

MAWAR
"Kalau setakat nak bincang, esok pun boleh," rungut Mawar perlahan. Dia masih berdiri di pintu masuk dapur tersebut.

AYDEAN
"Hello, cik kelawar. Sampai bila you nak jadi tiang bendera dekat sini? Tepi, sikit!" Aydean menolak tubuh Mawar ke kiri. Bahu kanan Mawar dirempuh selamba. Mawar menarik nafas dalam. Matanya mengecil merenung Aydean yang sudah melangkah masuk ke dapur.

Kelawar dia panggil aku!! Dah lah tolak aku, lepas tu rempuh pula aku!! Kuang asamm!!!

Mawar mengetap bibir menahan geram. Dia menarik nafas dalam dan dihela perlahan. Cuba memujuk diri untuk bertenang.

Fuh! Fuh! Fuh! Nasib aku dah sparring dengan coach Haikal tadi. Kalau tak, kau jadi partner aku hari ni!! Dasar poyo!!

Mawar mengatur langkah masuk ke dalam ruangan dapur. Aydean yang duduk di meja dapur di pandang sekilas. Terus Mawar ke work station miliknya. Malas mahu duduk semeja dengan Aydean.

AYDEAN
"Hey, girl. Buat I air teh ais. Less sweet," arah Aydean selamba. Matanya tertumpu pada skrin telefon bimbit, membalas setiap ucapan tahniah dari peminat-peminat di dalam laman sosial miliknya. Mawar langsung tidak menoleh ke arah Aydean kerana sangkanya Aydean sedang mengarahkan orang lain. Bukan dirinya.

Aydean memandang Mawar yang masih tidak berganjak dari situ. Lama matanya merenung susuk tubuh Mawar yang membelakanginya. Nafas di tarik dalam.

AYDEAN
"Hello, cik kelawar. I'm talking to you!" suara Aydean mula naik satu nada. Telefon bimbit di letak ke atas meja. Matanya tajam memandang Mawar yang sudah memusingkan badan menghadapnya. Wajah terpinga gadis itu menyebalkan hati Aydean. Aydean mendengus perlahan.

MAWAR
"Nama saya Mawar. Bukan kelawar. One more thing, when you ask for help from someone, ask politely," wajah dingin Mawar sengaja dipertontonkan pada Aydean. Agar Aydean tahu dia tidak peduli dengan arahan dari lelaki itu. Aydean mendengus lagi. Geram dengan jawapan Mawar.

AYDEAN
"I'm your boss. Syakir tak pesan pada you apa-apa ke, cik whatever your name i don't care," Aydean mula bangun dari duduknya. Langkah di atur menghampiri Mawar. Mawar yang masih tidak berganjak dari situ kelihatan tenang.

MAWAR
"Kesian. Depan peminat kemain mesra. Belakang peminat, perangai macam setan," perlahan Mawar menutur kata. Tetapi, cukup untuk di dengari oleh Aydean. Sengaja Mawar mencabar Aydean dengan kata-katanya. Dia tidak takut dengan lelaki itu. Aydean pula terkedu saat mendengar kata-kata dari Mawar itu. Bagaikan kilat memanah ke telinganya apabila gelaran syaitan itu menyapa telinga Aydean. Wajahnya mula membahang.

AYDEAN
"Aku tak pernah jumpa krew biadap macam kau," keras suara Aydean tika itu. Jari telunjuk di hala ke muka Mawar. Dia sakit hati kerana Mawar seolah tidak menghormatinya sebagai majikan.

MAWAR
"Saya biadap sebab awak biadap!" tegas Mawar. Dia sudah tidak peduli. Tangan Aydean ditepis kasar. Mata tajam mereka saling bertentang hebat. Masing-masing tidak mahu mengalah.

AYDEAN
"Aku akan make sure kau berhenti dari sini," balas Aydean seakan berbisik. Bibir Mawar yang sedikit bengkak itu direnung. Kemudian, matanya beralih ke arah mata Mawar.

ZAP!! Kie!

Tiba-tiba suara hati Aydean menjerit nama Kie. Mata Mawar mengingatkan Aydean pada Kie. Jantungnya berdegup kencang. Wajah yang bengis tadi mula mengendur tiba-tiba. Dahi yang berkerut kerana marah itu tadi bertukar dengan kerutan kekeliruan.

Takkan lah!

MAWAR
"Silakan. Kalau dengan cara itu, boleh buat manusia macam awak ni puas!" balas Mawar keras. Walaupun dia sedikit goyah dengan ugutan itu. Namun, dia yakinkan dirinya bahawa dia boleh bekerja di tempat lain jika benar-benar dia diberhentikan.

Kau ni dari dulu sampai sekarang asyik cari pasal dengan aku Dean!! Damn!!

SYAKIR
"Excuse me, kau buat apa ni, Dean?" sergah Syakir yang baru masuk ke ruang dapur itu. Tersentak Aydean. Terus dia menoleh ke arah Syakir. Syakir buat muka curiga. Adam yang berada di belakang Syakir turut tersenyum sinis.

AYDEAN
"Cepat discuss. Aku ada photoshoot lepas ni," terus Aydean menjauhi Mawar. Mawar pula kelihatan tenang dengan riak wajah yang biasa ditunjukkan.

SYAKIR
"Alright," balas Syakir malas mahu memanjangkan isu. Mereka mula duduk di kerusi ruangan dapur itu. Mawar turut menghampiri meja tersebut dan dia berdiri di sebelah Adam.

"Thanks Mawar for coming. Sorry, Aydean free hari ni je. That's why I terpaksa minta you datang sekarang," jelas Syakir dengan sopan. Dia tahu pasti Mawar marah dengan permintaannya.

MAWAR
"Takpe," balas Mawar ringkas. Wajahnya merenung tepat ke arah Aydean yang tiba-tiba membisu itu. Aydean mengeluarkan telefon bimbit. Mata ditumpukan ke skrin telefon miliknya.

SYAKIR
"Are you okay Mawar? Bibir you tu kenapa?" soal Syakir tatkala matanya terpandang bibir Mawar yang membengkak dan merah itu. Mawar menggelengkan kepala perlahan. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Syakir.

AYDEAN
"Bergaduhlah tu. Gangster sangat," gumam Aydean perlahan. Namun, halwa telinga Mawar dapat menangkap kata-kata Aydean itu. Nafas di tarik dalam. Syakir pula menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arah Aydean.

SYAKIR
"Dean, stop it," Syakir memberi amaran kepada Aydean. Adam menahan senyum apabila Syakir menegur Aydean. Pertama kali Syakir menyebelahi krew mereka. Selalunya Syakir akan diam tanpa masuk campur hal antara Aydean dan krew. Kali ini agak berbeza.

AYDEAN
"Since when kau tegur aku depan krew, Shark?" Aydean mengangkat wajah memandang Syakir. Syakir tersenyum sinis.

Alah, sentap pula mamat ni!

SYAKIR
"Kau rush kan?" soal Syakir. Malas mahu berbalah dengan aktor sorang ini. Aydean buat muka masam. Sekilas dia memandang Mawar dan terus matanya kembali melekat ke telefon skrin telefon bimbit.

"Okay, let's start," Syakir memulakan perbincangan. Kertas yang dipegang di letak ke atas meja.

"You all berdua ni duduklah. Tak kan nak berbincang sambil berdiri," arah Syakir tanpa memandang ke arah Adam dan Mawar. Pantas Adam melabuhkan punggungnya di hadapan Syakir. Mawar pula berjalan malas ke kerusi hadapan Aydean. Punggung dilabuhkan. Wajah masam Aydean dipandang sekilas.

Poyo!! Tanpa sedar jelingan Mawar di sedari Syakir. Terus Syakir ketawa kecil sambil menggeleng kepala melihat gelagat Mawar. Kemudian, perbincangan di mulakan.

bersambung...

maaf korang..black rose ni memang kita slowwwwww update...jangan marah ye.. so, happy reading..... lep yu all.. kalau nak layan video2 teaser black rose.. boleh follow ig ai ah_clans atau facebook Ah Clans. jangan lupa follow ai di novelplus untuk dapat notifikasi setiap update... okay korang.. daaaa.... jangan noti-noti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience