MAWAR terkebil-kebil di hadapan pintu masuk itu. Seorang wanita memberinya sekeping borang untuk diisi. Di tag namanya wanita itu tertulis AJU.
"Saya bukan peminat dia. Saya pekerja di restoran dia. Datang sini nak buat kerja," tegas Mawar enggan mengisi borang kelab peminat tersebut.
"Takpa, isi je. Kita bagi macam-macam benefit untuk ahli kelab peminat ni. Contohnya dapat beramah mesra dengan Dean secara dekat. Setiap bulan kita akan adakan aktiviti dengan Dean. Lepas tu...." belum sempat Aju memaksa Mawar mengisi borang keahlian, Mawar memotong kata-kata Aju.
"Saya bukan peminat dia! Saya haters dia!" tegas Mawar. "Tepilah, saya nak masuk! Saya ada kerja nak buat!" Mawar mula naik angin.
Beramah mesra secara dekat?? Aku rela beramah mesra dengan harimau dalam hutan tu, dari beramah mesra dengan lelaki poyo ni!!!
"Wahhh.. Haters ekk?" Aydean muncul. Entah sejak bila lelaki itu ada di belakangnya. Mawar sedikit terkejut. Sekilas dia menoleh ke arah Aydean.
"Tu lah, Dean. I dah suruh dia isi borang, dia tak nak," adu wanita itu.
Aydean tersenyum segaris. "Bagi sini borang tu," borang diambil dari tangan Aju. "Isi sekarang!" arah Aydean sambil menyerah borang itu ke tangan Mawar dengan kasar.
"Tak nak!!" Selamba sahaja Mawar mengoyakkan borang itu dan dilemparkan ke muka Aydean. Aju yang melihat kejadian tersebut agak terkejut.
Aydean membulatkan matanya. Lalu, dia menarik tangan Mawar ke satu sudut yang agak sunyi.
"You nak I beritahu Syakir siapa you ke?" ugut Aydean dengan senyuman jahat. Kedua belah kening di jungkit berkali-kali. Mawar telan air liur.
Berani dia ugut aku!!
Akhirnya Mawar masuk ke dalam dewan, dan di badannya tersarung baju t-shirt 'DEANSQUARDARMY' berwarna putih dengan wajah Dean yang tercetak di atas baju itu. Hatinya sebal. Mahu sahaja dia mengoyakkan baju tersebut disitu.
Dari jauh, Zara sudah mengekek ketawa melihat wajah bengang Mawar. Dia tahu Mawar dipaksa mengisi borang kelab peminat dan dipaksa memakai baju tersebut.
Mawar menghampiri Zara. Wanita itu masih sahaja mengekek ketawa. Mawar pamer wajah bengang.
"Welcome to the fanclub!"
"Apabenda aku pakai nihhhh!!!!" bebel Mawar dengan geram.
"Dengan muka si poyo ni dekat baju! Eeiii..gelilah!" Mawar melepaskan geram. Bertambah kuat tawa Zara saat mendengar kata-kata Mawar.
"Akakkkkk... Tak kelakar okayy.. Gila ke paksa orang masuk fanclub dia??" tambah Mawar lagi. Geramnya belum habis.
"Nak buat macam mana. Layan je lah. Dia dengan ajk dia sama je. Akak dulu pun kena paksa dengan ajk dia," jelas Zara setelah tawanya reda. Mawar melepaskan keluhan kasar.
Dari jauh Aydean merenung wajah Mawar yang kelihatan geram itu. Aydean tersenyum dalam hati. Mawar yang tersedar Aydean sedang melihatnya memberikan jelingan maut kepada lelaki itu. Aydean membulatkan matanya.
Amboi mata tu kalau menjeling!!
Share this novel