Rate

BR 1 : The Boys Restaurant

Drama Completed 925917

MAWAR membaca surat khabar di hadapannya itu. Satu per satu berita dibaca. Dari sekecil-kecil berita sehinggalah ke berita utama. 

ANUGERAH SKRIN LAYAR

'PEMENANG ANUGERAH SKRIN LAYAR (ASL) 2020'
 
Pelakon Aydean Asyraff berusia 33 tahun berjaya memenangi keseluruhan ASL 2020.. bla..bla..bla..

Mawar merenung gambar pelakon tersebut. Lama. Kacak dan...... Poyo! Surat khabar di letak ke tepi. Jam di dinding ditenung. Lagi sejam nak masuk kerja. Jarak antara rumah dan tempat kerjanya hanya 20 minit. Jadi, dia tidak perlu tergesa-gesa ke sana.

Mawar mencapai tuala. Mandi. Selesai sahaja, dia keluar. Baju t-shirt lengan panjang berwarna merah kosong disarung ke badan. Seluar hitam bercorak petak kecil-kecil berwarna hitam putih disarung pula ke kakinya. Baju putih yang tergantung dicapai, dilipat dan disumbat ke dalam beg sandangnya. Tudung berwarna hitam disarung ke kepala. Di betulkan sedikit. Siap!

Mawar gadis berusia 27 tahun. Bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoren yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tahun ini  adalah tahun pertama dia bekerja di situ. 

The Boys Restaurant nama diberi. Di kendalikan oleh seorang pemuda berusia 33 tahun bernama Amir Syakir dan Sepupunya Aydean Asyraff. Ya, Aydean pelakon yang namanya sedang melonjak naik di persada seni tanah air. 

The Boys Restaurant yang bercirikan santai mempunyai beberapa ruang makan di dalamnya. Ruang pertama yang berkonsepkan bar agak tertutup dan mempunyai penghawa dingin. Suasana di dalamnya agak elegant dengan penyusunan kerusi dan bar yang memenuhi citarasa Syakir. Penggunaan lampu pantulan memaparkan mood yang selesa untuk pelanggan. Konsep bar ini menjadi pilihan Syakir kerana dia sukakan sesuatu suasana yang santai, namun masih nampak mewah.

Ruang kedua pula lebih kepada suasana terbuka tanpa penghawa dingin. Hanya kipas dan pengudaraan semulajadi sahaja. Namun, ia masih selesa untuk pelanggan yang datang bersama keluarga. Ruangan itu juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahu membuat majlis keraian di situ. Dan Aydean sering menjadikan ruangan itu sebagai tempat untuk dia beramah mesra dengan peminat dan tempat mesyuarat ajk kelab peminatnya.

Sesampainya Mawar di restoren, dia berjalan dengan santai menuju ke dapur. Di pintu dapur kelihatan Adam sedang tersenyum ke arahnya. 

Adam, 31 tahun. Sudah berkhidmat di TBR hampir empat tahun. Rakan baik kepada Aydean. Pernah menjadi pelakon extra. Rambut sedikit panjang mencecah ke bahu. Berkulit sawo matang. Bermata bulat. Adam merupakan ketua chef di dalam dapur masakan melayu. Jadi, Mawar berada di bawah pengawasan Adam.
"Kau mawarkuuu... juwita kalbuuu… gadis yang kuuuu… rinduuuu..." nyanyian Adam membuat Mawar ketawa kecil. Adam memang suka mengusiknya sejak hari pertama dia berkerja di situ.

Adam tersenyum apabila melihat riak mesra Mawar. Wanita yang susah untuk mengukir senyuman. Tapi, kalau sekali dia senyum cair semua otot-oto yang ada.

"Assalamualaikum," sapa Mawar sambil tersenyum memandang Adam yang merenungnya sejak dari tadi.

"Waa'laikummussalamm..." Adam membalas salam dengan mendayu-dayu. "Cik Mawar, malam nanti kita ada event untuk pelakon tersohor kita Aydean Asyraff. Yelah, semalam dia menang keseluruhan anugerah ASL 2020. So, dia nak sambut kemenangan dia dengan AJK fan club dia di sini," Adam menjelaskan secara ringkas apa yang akan berlaku pada hari itu. Jadi, Mawar dan krew yang lain seperti Zara dan Siti yang berkerja di bawah Adam harus bersiap sedia untuk event malam nanti.

"Ai… Ai chef!" jawab Mawar dengan wajah yang kembali dingin. Adam tersenyum nipis tatkala mendengar jawapan Mawar. Lalu, dia beredar dari situ.

Mawar pula terus berjalan ke lokar pekerja yang terletak di sebelah kanan restoren. Tangan diseluk ke dalam beg sandang dan baju yang dibawa tadi dicapai.

Selesai sahaja Mawar menukar baju, dia keluar dari situ dan menuju ke stor bahan untuk membuat persediaan. Saat dia keluar dari stor tersebut dia berselisih dengan Zara.

Zara, 28 tahun. Sudah berkhidmat sebagai krew di TBR selama tiga tahun. Berkulit putih bermata bulat. Bekerja di bawah Adam sama seperti Mawar. "Hai, Mawar. Baru sampai ke?" soal Zara sambil menanti giliran untuk masuk ke stor bahan. 

Stor bahan yang agak sempit dan dipenuhi dengan barang yang diletakkan dirak-rak yang agak tinggi itu, tidak boleh dimasuki lebih dari  seorang. Laluan keluar dan masuknya hanya boleh memuatkan seorang sahaja. Jadi, mereka harus menunggu giliran untuk masuk dan mengambil barang.

"A'ah. Baru lima minit. Malam ni ada event pelakon kesayangan akak tu kan?" usik Mawar. Zara menjeling tajam sambil mencebik bibir. "Tu actor kesayangan si Siti. Bukan akak lah. Iisshh, tak kuasa nak jadi peminat actor poyo tu!" Kutuk Zara. Muka menyampah ditayang bersama. Terhambur tawa daripada mulut Mawar tatkala mendengar kata-kata Zara. Dia menggeleng sambil berlalu pergi dari situ dengan membawa barang-barang yang diambil dari stor tadi.

Bahan kering tadi diletak ke atas meja yang berada di tengah-tengah dapur masakan melayu itu. Meja yang biasa digunakan sebagai tempat makan dan melepak mereka itu dijadikan tempat Mawar membuat kerja.

"Kakkk... Malam ni ada event Abang Dean tau!! Tak sabar nak jumpa Abang Dean. Tak sia-sia saya jadi AJK, lobi orang suruh undi dia. Saya pun undi dia banyak-banyak. Akhirnya dia menang keseluruhan ASL 2020!!" jerit Siti dengan penuh rasa teruja. Bebelannya boleh dikategorinya seperti bertih jagung. Meletup-letup tanpa ada noktah.

Siti, 21tahun. Telah berkhidmat di TBR hampir  dua tahun. AJK kelab peminat Aydean Asyraff - DEANSQUARDARMY. Berkulit kuning langsat dan bermata sedikit sepet dan bertudung. Berkerja dibawah Adam di dapur masakan melayu. Berpewatakan ceria dan menceriakan suasana. Seorang yang selalu excited apabila melibatkan actor kesayangannya itu, Dean!

"Haa… Kalau macam tu, masak sedap-sedap sikit malam ni. Aku pun nak makan sekali," celah Adam lalu menghampiri Mawar yang mula tekun melakukan kerjanya. Dia duduk di hadapan Mawar sambil memegang sekeping kertas ditangannya. 

Mawar mendongakkan sedikit wajahnya melihat ke arah Adam. Adam tersenyum mesra. Mawar mengangkat keningnya memberi isyarat soalan kepada Adam. Wajah dingin Mawar mematikan hasrat Adam untuk bergurau. Adam terus serius memandang kertas yang dipegangnya itu.

"Ni menu untuk malam nanti. So, Cik Mawar diskus dengan Zara dan Siti. Cuma main dish ni, diorang request Cik Mawar yang masak. The rest tak kisah," Adam menyerahkan kertas yang dipegang kepada Mawar. Mawar hanya mengangguk sambil mengambil kertas itu dan membacanya.

"Seriusnya muka…" Adam terus bangun dari situ dan melangkah ke tempatnya untuk menyambung semula kerja yang tertangguh sebentar tadi.

Mawar sekadar memandang dingin pada susuk tubuh Adam yang berlalu pergi itu. Tak peduli akan usikan Adam, dia terus menyambung kembali kerjanya.

Tiba-tiba…

"Adam!" panggil Khai separa menjerit. Mawar memandang sekilas ke arah Khai yang berada di pintu masuk dapur itu.

Khai, 30 tahun. Telah berkhidmat di TBR hampir tiga tahun. Berkulit hitam manis, berkening lebat dan berhidung agak mancung. Supervisor di dapur masakan western yang terletak di ruangan sebelah dapur melayu. Dibawah pengawasannya ada tiga orang krew wanita bernama  Liza, Su dan Anum.

"Woii, Adam!!!" Pekik Khai sekali lagi apabila Adam masih tidak menyahut panggilannya. Mawar yang tekun membuat kerja itu dipandang lama. 

Sombong! Kutuk Khai di dalam hati.

"Kau nak apa?" soal Adam dengan malas. Malas melayan karenah geng dapur sebelah. 

"Menu kitorang mana? Malam ni ada event Dean kan???" soal Khai masih tertonggok di pintu dapur tanpa masuk ke dalam.

"Dean request menu kampung. Menu western tarak!" balas Adam selamba. Dia meneruskan kerjanya tanpa keluar menemui Khai.

"Biar betul. Habis kitorang tak terlibat dengan event malam ni lah??" soal Khai agak kecewa. Dia terus masuk ke dalam dapur dan mendekati Adam.

"Dah Dean request macam tu. Mana aku tahu. Kau tanya Siti. Dia AJK fan club si Dean tu," Adam cuba melepaskan diri dari menjawab soalan-soalan Khai lagi.

Tanpa menunggu lebih lama, Khai mencari Siti sambil memekik di dalam dapur tersebut. Mawar menguatkan volume earphone. Lagu Muse - New Born bermain di corong telinganya. 

"Siti!!!" pekikan Khai tidak berjaya menembusi corong telinga Mawar yang disumbat earphone itu. 

"Apa abang Khai ni? Terjerit-jerit. Panggillah elok-elok sikit," bebel Siti sambil mendekati Khai. "Ada apa?" soal Siti dengan loghat Kedahnya.Wajah Khai dipandang dengan rasa menyampah.

"Apasal menu event Dean takda western food?" soal Khai sambil matanya sekali lagi melirik pada Mawar yang berada di sebelah kirinya. Sengaja dia mahu menarik perhatian wanita itu. Namun, Mawar seolah tidak mempedulikan kehadirannya disitu.

"AJK fan club yang request. Diorang nak Kak Mawar masak," balas Siti sambil meletakkan barang yang diambil dari stor ke atas meja di depan Mawar.

"Sikit-sikit Mawar… Sikit-sikit Mawar…" Khai mendengus kasar. Dia terus meninggalkan ruangan dapur itu dan kembali ke dapur sebelah. 

"Apahal lah abang Khai ni dengki sangat dengan Kak Mawar," bebel Siti sambil memandang Mawar yang masih tekun melakukan kerja tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. "Kak Mawar oii!!!" Siti menghentakkan tapak tangannya ke meja.

Mawar sedikit terkejut lalu dia mengangkat wajahnya melihat ke arah Siti. Dia memperlahankan semula volume dari earphone nya. 

"Dah agak!" jerit Siti. Hujung tudung Mawar ditarik dengan muka geram. Pantas Mawar memukul tangan Siti sambil mereka ketawa bersama.

"Nak apaaaa?" soal Mawar dengan malas. Dia membetulkan semula tudungnya.

"Eiii… Telinga tu tak lama lagi pekak sebab asyik sumbat dengan earphone," bebel Siti sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Mawar.

"Biarlah pekak dari dengar orang dekat sini bercakap terjerit-jerit dalam dapur ni," balas Mawar tanpa nada. Mawar mencabut earphone nya dan disimpan ke dalam poket seluar.

"Alaaa… janganlah marah. Siti cakap je punnn…" ujar Siti sambil memulakan kerjanya. Sekali sekala Siti melihat telefon bimbitnya. 

"Malam ni memang untuk AJK je ke, Siti?" Mawar memandang wajah Siti yang tersenyum-senyum melihat telefonnya.

"A'ah. AJK dulu. Lepas tu baru peminat. Next event besar sikit, kitorang cadang nak buat dekat dewan. Dan kita still provides makanan untuk next event nanti," terang Siti panjang lebar. Mawar hanya mengangguk tanda faham.

"Kenapa tak buat dekat hotel je?" celah Zara. Punggung dihenyak ke sebelah Mawar.

"Abang Dean tak nak. Dia nak kita masak juga," balas Siti ringkas sambil meng'update' sesuatu di media sosialnya.

"Elehh… Nak jimatlah tuuu," Zara buat muka menyampah. Mawar ketawa kecil melihat aksi Zara itu.

"Taklah, kak. Abang Dean kata buat apa dia ada restoren? Tapi, tak promote makanan-makanan dekat restoren ni,"

"Yelah tuuuu,"

"Eeeiii… Dengki sangat dengan abang Dean kenapa? Dia baik tauu," Siti menjeling ke arah Zara yang sudah pun beredar dari situ. Mawar hanya tersenyum nipis melihat gelagat Siti dan Zara.

Diorang ni sehari tak bergaduh, tak sah!

Tidak lama selepas itu, Amir Syakir masuk ke dapur dan duduk di sebelah Siti. Dia membuka kaca mata hitamnya dan diletakkan ke celahan leher kemeja yang dipakai. Rambutnya dirapi sedikit dengan hujung jari. Dia mengambil kertas yang ada dibawah besen bawang kepunyaan Mawar itu. 

"Good morning, boss," ucap Siti. Selamba. Dia turut memanjangkan leher melihat ke arah kertas yang dipegang Syakir.

"Morning," balas Syakir dengan muka serius. Bergerak bola matanya membaca perkara yang tercatit di dalam kertas itu. "Adam dah explain pada you kan, Mawar?" soal Syakir. Mata ditalakan pada gadis itu. Mawar sekadar mengangguk dengan muka tenang.

"Kejap lagi Dean datang, you discuss dengan dia apa lagi dia nak. Dia tu fussy sikit," tambah Syakir lagi. Sekali lagi Mawar menganggukkan tanda faham.

"You ni asyik angguk je. Suara mana suara?" usik Syakir. Senyuman manis terukir dibibirnya. Mawar terkedu saat ditegur sebegitu.

"Kak Mawar ni Encik Syakir, mulut ada emas!" celah Siti. Sengaja nak mengusik Mawar. Syakir hanya tersenyum. Kertas tadai diselit kembali ke bawah bekas bawang.
"You pula mulut macam popcorn. Meletup tak henti-henti," balas Syakir mengusik Siti pula. Mawar kulum senyum tatkala mendengar kata-kata Syakir.

"Alahhhh... Encik Syakir ni! Kalau takda saya sunyi dapur ni tauu…" rengek Siti marah diusik sebegitu. Pecah tawa Syakir apabila mendengar kata-kata Siti. 

"Takda nya sunyi. Membebel macam dah takda hari esok dah kau ni," Adam pula mencelah. Lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Mawar.

Siti mengoleng matanya pada Adam. Sibuk je!! Bentakhati kecilnya. Geram diusik sebegitu.

"Menu ni AJK fan club yang bagi kan?" soal Syakir. Muka Adam dipandang.

"A'ah,"

"Kena tanya Dean balik ni. Takut dia nak add on lagi menu lain,"

"Rasanya takda dah kot Abang Dean nak tambah. Dia tak cerewetlah," celah Siti dengan yakin.

Adam buat muka menyampah. Yelah tu tak cerewet! Kutuknya di dalam hati.

"You ni, nama je AJK fan club. Masih tak kenal betul-betul lagi perangai actor kesayangan you tu. Sangat fussy tau!" Syakir dengan selamba mengutuk sepupunya sendiri. Adam hanya ketawa mendengar kata-kata Syakir. Memang tak dinafikan Aydean agak cerewet bab makan. 

"Takda lah. Kadang-kadang je Abang Dean cerewet," masih lagi dengan mode deny. Maklumlah actor kesayangankan!

"You don't know him well," balas Syakir sambil bangun dari situ. Dia terus berjalan masuk ke pejabatnya yang berada di sebelah dapur masakan melayu itu.

Syakir mendail nombor Aydean sambil menyilangkan kaki di kerusi pejabatnya. Jari telunjuk mengetuk perlahan lengan kerusi. Dia sabar menanti panggilannya dijawab oleh Aydean.

"Yes, cousin," jawab Aydean dengan suara yang keletihan. 

"Darling, you nak datang restoren bila?" soal Syakir.

Syakir dan Aydean memang biasa menggunakan panggilan yang menggelikan seperti darling, honey, baby dan sebagainya ketika mereka bercakap. Tetapi, jangan salah faham. Itu cara mereka bergurau senda.

"Kenapa baby? You miss me??" soal Aydean semula. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Sejak malam tadi dia masih tidak tidur kerana memenuhi beberapa wawancara selepas anugerah berprestij itu berlangsung. 

Dah macam kambing gurun dah aku ni. Dengan tak mandinya, tak tidurnya!

"Aku nak tanya pasal event kau malam ni. Menu dah ada, kalau kau nak add on apa-apa, datang sini bincang dengan krew," jelas Syakir mulai serius. Dia menekan butang on komputer di hadapannya itu. 

"Aku tidur pun tak lagi ni. Lepas ni, ada dua lagi interview dari station television. Tengoklah kalau aku sempat singgah sana. Kalau tak, ikut je lah menu sedia ada tu," balas Aydean sambil menguap besar. Dia sedang memandu kereta Audi R8 berwarna merah miliknya itu ke destinasi temuramah seterusnya di stesen televisyen yang banyak memberikan promosi untuk dirinya sebelum anugerah itu berlangsung.

"Alright, darling. Tapi, kalau menu malam ni tak memenuhi cita rasa tekak you, you jangan komplen ya," Syakir memberi amaran secara halus. Aydean terdiam seketika mendengar kata-kata Syakir itu. "Ya lah… After interview aku terus pergi sana," balas Aydean faham dengan amaran sepupunya itu. Ya, dia memang cerewet bab makan. Jika restoren tidak menyediakan makanan mengikut kehendak tekak Aydean, pasti Aydean akan hilang selera dan moody. 

"Alrighttt..." Syakir tersenyum. Panggilan ditamatkan. 

Tahu pun diri tu cerewet! Sempat Syakir membebel di dalam hati.

Syakir meneruskan kerjanya sambil memasang Mp3 dari komputer. Bergema lagu Muse - Unintended dari corong mini speaker yang ada di sebelah komputernya itu. Dia menyanyi kecil mengikut rentak lagu tersebut.

Syakir mengelamun. Mengimbas kembali zaman remajanya bersama geng-geng melepak Bukit Bintang suatu ketika dahulu. Tatkala dia mendengar lagu itu, semua kenangan lalu mula bermain di mindanya.

Imbas kembali.

Syakir dan Dean ketika itu melepak di sekitar jalan Bukit Bintang bersama beberapa kawan yang lain. Setiap malam minggu, itulah aktiviti mereka selain jamming di studio sehingga empat lima pagi. 

Pertama kali Syakir bertemu dengan Kie, ketika dia melihat Kie menyanyi bersama sebuah band yang agak terkenal di depan Bukit Bintang itu.
Syakir antara orang yang setia menanti band tersebut kerana dia mahu melihat Kie menyanyi. Kie yang perasan akan kehadiran Syakir, turut merasakan hal yang sama. Setiap kali dia membuat persembahan di situ, kehadiran Syakir amat di tunggu-tunggu olehnya.

"Pergilah Shark. Aku tengok dia pun dok usyar-usyar kau je tu. Kau tak nak, aku pergi nanti," usik Haikal salah seorang daripada geng melepak mereka.

Syakir bangun menghampiri Kie yang sedang berkemas setelah selesai membuat persembahan tadi. Dia tarik nafas dalam sebelum menegur gadis itu. "Hai," sapa Syakir dengan hati yang berdebar-debar. Dia berharap dirinya tidak bertepuk sebelah tangan.

"Hai," balas Kie dengan gaya manja. Dia menggigit bibir bawah menahan rasa gembira apabila Syakir memulakan salam perkenalan. Hatinya seakan mahu melompat bintang di situ.

"Shark," Syakir menghulurkan tangan untuk bersalam. Kie merenung Syakir sambil menyambut huluran tangan itu dengan senyuman yang masih tidak lekang dari bibirnya. "Kie," balas Kie ringkas. Kie ketika itu berbaju tanpa lengan dan berseluar skinny jeans berwarna hitam. Mata yang sentiasa dicalit dengan celak menampakkan matanya galak segalak senyumannya ketika ini. 

"Suara you sedap," Puji Syakir. Mereka saling merenung dan tersenyum tanpa melepaskan pegangan tangan. "Thanks," Kie tersipu malu apabila dipuji sebegitu. Dan hangat tangan Syakir membuatkan hatinya berdebar-debar.

Begitulah permulaan cinta remaja mereka ketika itu. Zaman kegemilangan yang sentiasa akan menjadi kenangan buat Syakir. Dan gadis itu yang masih Syakir cari sehingga kini.

Imbas kembali tamat.

Lamunan Syakir terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia merenung nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Maira. Gadis yang sejak dari dulu lagi setia menunggu cintanya dibalas oleh Syakir. Mahu atau tidak Syakir harus melayan baik Maira atas kehendak mamanya, Datin Suri.

"Hello, Maira," Syakir menjawab panggilan itu sambil tangannya memperlahankan volume lagu.

"You dah sampai restoran ke? I nak makan masakan Mawar la. Can I?" soal Maira dengan manja. 

"Boleh. Anytime you nak Mawar masak untuk you, you datang je. No need my permission," balas Syakir sambil tersenyum. Dapat dia membayangkan muka manja Maira. 

Suka makan, tapi takut gemuk. Woman!

"I datang sekarang ya," tutur Maira. Sebenarnya Maira lebih kepada merindui Syakir. Makan hanya alasan dia mahu bertemu dengan lelaki itu. Dia tahu, Syakir masih tidak dapat melupakan kekasih lamanya, Kie. Dia tahu kisah gadis itu dari mulut Syakir sendiri. Namun, Maira tetap setia menunggu walaupun sudah beberapa tahun lamanya kisah itu berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience