AYDEAN merenung menu yang diberikan padanya. Dari appetizer, main course hinggalah ke dessert satu per satu diteliti Aydean dengan muka serius. "Okay. Proceed. Cuma main course ni jangan pedas sangat. Perut I tak tahan," Aydean membuka kaca mata hitamnya dan disangkutkan ke lubang leher. Mawar hanya mengangguk tanda faham.
"Adam mana?" soal Aydean masih serius seperti tadi. Dia kelihatan letih dan tidak cukup rehat. Bau minyak wanginya kuat menusuk ke dalam hidung Mawar.
“Achum!!!” Mawar terbersin. Tidak tahan dengan bau minyak wangi Aydean yang berkali-kali menyapa hidungnya.
Mandi minyak wangi ke apa dia ni?? Gerutu hati kecil Mawar.
Aydean tersedar Mawar menggosok hidungnya beberapa kali. Mungkin gadis itu sensitif dengan bau-bauan yang kuat. Apa boleh buat, dari malam tadi Aydean sibuk dan tidak sempat mandi. Dan sekarang, dia ada di restoran untuk berbincang mengenai menu malam nanti.
"I tanya, Adam mana?" ulang Aydean sambil melepaskan keluhan kecil. Matanya meliar mencari kelibat Adam.
"Saya pergi panggil Adam. Aaa.. itu saja ke Encik Aydean? Ada apa-apa lagi untuk penambahan menu?" soal Mawar dengan nada sopan. Dia masih berdiri tegak di depan lelaki itu.
"I nak fresh orange and mee goreng. Tapi, mee tu you guna spaghetti. Got it?" soal Aydean sambil memandang muka Mawar. Mata gadis itu terkebil-kebil cuba menangkap kata-kata Aydean. "Aaaa.. Encik Aydean nak add on dalam menu ke?" soal Mawar masih keliru.
Aydean merengus perlahan. Sudahlah mengantuk, krew pula blur!
"Yang fresh orange dengan mee goreng spaghetti tu, I nak makan sekarang. About the menu, takda penambahan," Aydean cuba buat Mawar faham akan penerangannya sebentar tadi.
Jangan dia bawa mee goreng dengan spaghetti sudah! Kata hati kecil Aydean.
"Ohh.. Okay," Mawar berlalu pergi sambil otaknya ligat berfikir.
Dia nak mee ke nak spaghetti??
20 minit berlalu, Mawar membawa air minuman dan makanan Aydean.
Saat melihat makanan yang dihidangkan, Aydean membulatkan matanya. "Hello, girls. I dah agak. You ni macam mana ambil order customer kalau tak faham??" Aydean mula naik angin. "I cakap, I nak mee goreng. Tapi, gantikan mee tu dengan spaghetti! Tak faham ke??" Aydean merengus kasar. Adam di sebelah hanya mendiamkan diri. Dia tidak berani masuk campur jika Aydean mula menegur krew yang membuat silap. Mawar terkebil-kebil disitu.
"Siapa nak makan mee goreng dengan spaghetti bolognese ni?? You ingat I hantu ke makan banyak-banyak macam ni??" bebel Aydean. Suara Aydean mula naik satu oktaf. Mawar tersentap. Wajahnya berubah riak.
"Rileks, darling. I dengan Adam boleh makan dua-dua ni. Jangan marah-marah macam ni customer tengok," tegur Syakir dengan matanya masih tertarah ke skrin telefon bimbitnya. Adam pula memandang wajah Mawar dengan riak simpati.
"l'm tired, cousin. Dari malam tadi aku tak tidur, breakfast pun tak sempat. Now bila nak makan, our krew tak faham bahasa!" Aydean memandang tajam pada Mawar yang masih tercegat di situ.
"Macam mana kau boleh hire krew yang tak faham apa customer nak ni? Kau tak briefing dia ke sebelum masuk sini??" suara Aydean mula keras.
Mawar pula mula hilang sabar. Nafas digali dalam. Dia memberanikan dirinya melihat ke wajah Aydean.
"What are you looking at?" soal Aydean apabila Mawar merenungnya dengan tajam.
"Baru menang anugerah dunia, berlagak macam dah dapat syurga! Neraka kirim salam, bro. Adab kelaut!" Terus Mawar meninggalkan lelaki-lelaki itu dengan rasa geram dan sebal di dada.
Ingat aku hadap sangat kerja dekat sini? Perangai bos macam celaka! Menjijikkan! Dia melangkah masuk ke dapur sambil menyumpah seranah di dalam hati.
Sementara itu, Syakir dan Adam memandang antara satu sama lain. Pecah tawa mereka melihat muka Aydean yang merah padam akibat menahan marah di sound oleh gadis itu tadi. Pertama kali Aydean di laser seorang wanita. Syakir dan Adam masih ketawa terbahak-bahak.
Kau laserkan aku? Aku aktor kut! Gerutu hati kecil Aydean.
"Rileks, bro. Mawar tu bahagian kitchen. Dia takkan ambil order customer," Syakir cuba menenangkan Aydean yang kelihatan masih bengang. Aydean mendengus. "Memanglah. Tapi, bila kerja di sini kena flexible. Kena tahu semua benda. Kau jangan nak manjakan sangat krew kita. Nanti naik kepala macam perempuan tu. Aku boss kut!" bebel Aydean lagi. Hatinya sebal di marahi oleh gadis itu.
Akhirnya Syakir mendiamkan diri. Malas mahu berbalah dengan orang yang serba tak cukup ni. Tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup rehat. Mahu jadi perang nanti. Berdiam adalah jalan yang terbaik.
MALAM itu.
Mawar dan yang lain-lain sibuk meletakkan makanan di dalam buffet dish set. Adam pula memastikan makanan semua telah dihidangkan dengan baik dan kemas. Tag makanan di letakkan di depan setiap buffet set. Manakala krew di bahagian pelayan pula memastikan semua meja sudah di set up.
Aydean sampai lebih awal. Banner juga siap di gantung oleh Siti dan beberapa orang ajk yang lain. Aydean memantau setiap perkara yang berlaku di salam restoran sebelum majlis bermula. Sekali sekala matanya menjeling ke arah Mawar.
"Hey, girl. Ni kotor. Lap sikit!" Arah Aydean dengan suara yang kasar. Sengaja dia menumpahkan kuah masak lemak ke atas penutup buffet itu dengan niat membalas dendam dek kerana sakit hatinya siang tadi.
Dengan hati yang sebal, Mawar pergi ke arah yang dimaksudkan oleh Aydean. Dia melihat kotoran yang sengaja dibuat oleh lelaki itu sambil menyumpah di dalam hati.
Gila!! Poyo!! Childish!!! Kutuk Mawar di dalam hati.
Aydean berpusing ke belakang sambil tersenyum puas. Kemudian, dia terus berjalan meninggalkan Mawar di situ.
Menjawab lagi! Jangan main-main dengan aku! I'm Aydean okay! Bisik hati kecil Aydean.
"Mawar, nanti every half an hour you check buffet ye. Then, mana yang tak cukup, you standby," pesan Adam. Dia memantau sekali lagi kawasan buffet tersebut.
"Mawar, ni apa kuah bercampur dalam sambal ni??" soal Adam dengan dahi berkerut seribu. Cepat-cepat Mawar menghampiri Adam sambil menjenguk ke dalam buffet set itu.
Ni mesti kerja mangkuk sekor ni!
Mata Mawar meliar mencari kelibat Aydean. Sebaik sahaja matanya menangkap susuk tubuh lelaki itu, dia menghampiri Aydean dengan hati yang membara. Adam terpinga-pinga melihat Mawar meluru ke arah Aydean.
"Apa masalah awak ni, hah??" dengan rasa geram Mawar menghamburkan marahnya.
Melampau!!! Jeritnya di dalam hati. Rasa marahnya cuba dikawal sehabis baik.
"What??" Aydean buat muka selamba. Dia tahu dan faham apa yang Mawar maksudkan. Tetapi, sengaja dia buat-buat tak faham. Janji, sakit hatinya terbalas selepas Mawar me laser kan dia siang tadi.
"Awak ni buat-buat bodoh ke, memang betul-betul bodoh?? Awak campurkan sambal dengan kuah masak lemak tu kan??" Pantang betul Mawar apabila penat lelahnya di sabatoj oleh orang lain. Berjam-jam dia menyediakan barang masakan dan berjam-jam juga dia berpanas di dapur untuk memasak kesemua makanan itu, senang-senang sahaja lelaki itu mensabotaj makanannya.
"Hey, mind your words! You ni tak belajar adab? Cakap dengan boss macam ni ke???" Suara Aydean mula naik bersama egonya.
Suka hati dia cakap aku bodoh!
"Boss gila!!!" Melengking suara Mawar memarahi Aydean. Lalu, dia terus melangkah ke dapur. Malas dia nak melayan perangai lelaki itu. Bencinya makin meluap dirasakan. Mawar memaki-maki di dalam hati.
Patutlah dia jadi pelakon. Buat-buat bodoh pun, nampak bodoh sangat! Kutuk hati kecilnya.
Aydean membulat mata tatkala mendengar makian itu dilemparkan padanya. Dia meraup wajah dengan kasar. Sakit hati mendengar kata-kata Mawar itu tadi.
Tadi dia kata aku bodoh. Sekarang dia kata aku gila! Kurang asam betul! Aku sikit punya handsome dia dilabelnya aku gila!
"Apahal lagi ni?" Adam menahan Mawar. Mawar memandang Adam dengan tajam. Kecut perut Adam melihat wajah garang Mawar. Pertama kali Adam melihat Mawar sebegitu marah. Adam menelan airliur. "Rileks, I tanya je. You marah Aydean sebab apa?" soal Adam dengan nada yang sudah bertukar lembut.
"Awak tanyalah boss gila tu!" Mawar terus melangkah pergi meninggalkan Adam yang terkebil-kebil di situ.
Sebaik sahaja Mawar masuk ke ruangan dapur, mulutnya tak habis-habis membebel. Sakit hatinya masih belum surut.
"Kenapa ni, Mawar?" soal Zara sambil mengemas kawasan dapur yang bersepah itu.
"Takda apalah, kak," balas Mawar. Malas mahu memanjangkan cerita. Dia menarik nafas dalam, cuba bertenang.
"Mawar, you busy tak?" Soal Maira yang baru sahaja muncul dia situ. Setiap kali ada event yang berlangsung di restoran, pasti sahaja Maira akan turut serta.
"Sibuk sikit, Cik Maira. Kenapa?" Mawar menolah pada Maira. Wanita yang cantik di mata Mawar. Lembut, berkulit putih melepak. Macam mayat hidup pun ada. Terlebih cucuk vitamin C mungkin!
"I nak makan nasi goreng kampung. Tapi, I nak you masak," rengek Maira sambil tersenyum manja pada Mawar.
"Oh, boleh. Saya masak sekarang," Mawar terus mengambil bahan-bahan dan mula memasak untuk Maira. Maira tersenyum melihat kesanggupan Mawar memasak untuknya walaupun dia tahu Mawar agak sibuk ketika itu.
Zara yang ada di situ menggelengkan kepalanya kerana Mawar rajin sungguh melayan karenah teman wanita bossnya itu.
Dahlah selalu datang sini makan free!! Detik hati kecil Zara.
"Maira!! Where are you,dear?" jerit Merlinda. Dia cuma menjengahkan kepalanya dari luar dapur.
"Hai, Merlinda! Bila you sampai? Come here dear!" Maira mengajak Merlinda masuk ke ruangan dapur. Namun, ditolak oleh wanita itu. "No, thanks. I geli nak pijak lantai dapur ni," kata Merlinda tanpa bertapis. Mawar dan Zara berpandangan sesama sendiri. Maira hanya tersengih mendengar balasan wanita itu.
"You dah jumpa Aydean?" soal Maira mengubah topik. Dia masih setia menanti nasi gorengnya siap. Perutnya mula berbunyi tidak sabar mahu menjamah air tangan Mawar.
"Dah. I tunggu you dekat sana tau, Maira. Sini bau busuklah. I tak tahan!" balas Merlinda sambil berlalu pergi dari situ. Maira menelan air liur memandang wajah Mawar dan Zara yang kelihatan sedikit bengang dengan kata-kata Merlinda itu tadi.
"Sorry. She didn't mean it," tutur Maira sambil tersengih seperti kerang busuk. Mawar hanya tersenyum tawar.
Merlinda, teman wanita Aydean. Supermodel yang tak berapa popular. Tapi, berlagak diva. Kenalah dengan boyfriend gila dia tu! Baru pertama kali menang anugerah macam beruk dapat bunga! Dua-dua berlagak diva!Huh! Tak habis lagi kutukan itu diluahkan di dalam hati Mawar.
"Maira, you tunggu apa lagi? Come," Syakir yang baru selesai menunaikan solat keluar dari pejabatnya dan masuk ke ruangan dapur mencari kelibat wanita itu.
"Kejap. I tunggu Mawar masak nasi goreng kampung untuk I," balas Maira dengan lembut. Dia tersengih memandang Syakir.
"Makan lagi?" Syakir jungkit kening sebelah menyoal. Maira tarik muka masam sambil menjeling manja. Syakir ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Whatever, Maira. As long as you're happy. Just eat. Don't think about weight," usik Syakir lagi.
"Syakirrr!!" Rengek Maira dengan manja. Mawar dan Zara hanya tersenyum melihat gelagat pasangan kekasih itu.
"Betullah I cakapkan. Makanlah selagi you rasa benda tu meng happy kan you. I'll always support you," tambah Syakir masih lagi mode mengusik si gadis. Syakir ketawa kecil apabila melihat wajah masam mencuka Maira.
Jantung Mawar berdegup laju mendengar kata-kata Syakir itu.
.
.
If jamming makes you happy. Just do it! I'll always support you!
.
.
"Kalau I gemuk you juga yang komplen nanti," rengek Maira dengan nada yang masih manja tanpa mempedulikan Mawar dan Zara di situ.
"No lah. I tunggu you dekat sana. Jangan lama sangat. Anyway, thanks Mawar, rajin layan selera Maira," ucap Syakir sambil mengenyitkan matanya kepada Mawar. Mawar terkedu seketika. Dia memandang wajah Maira yang tidak perasan perbuatan Syakir itu.
Fuh! Nasib baik!
"Done," Mawar menyerahkan nasi goreng kampung ke tangan Maira. Maira mengambilnya sambil menghidu dengan penuh selera.
"Thanks, dear," Maira terus berlalu pergi dari ruangan itu. Wajahnya kelihatan ceria.
"Rajin sangat melayan girlfriend boss tuuu.. Kalau akak, tak kuasa," tiba-tiba Zara bersuara. Mawar hanya tersenyum tawar. "Rela lagi saya layan si Maira, daripada melayan artis poyo kesayangan akak tu. Dia dengan girlfriend dia, elok saya hantukkan kepala diorang berdua. Biar hilang gila diorang!" balas Mawar melepas geram. Zara ternganga mendengar kata-kata Mawar. Ini pertama kali Mawar menghamburkan kata-kata sebegitu. Pecah tawanya seketika.
"Apa yang marah sangat ni?" soal Zara ingin tahu. Mesti ada benda jadi tadi! Tebaknya di dalam hati.
Mawar menceritakan apa yang berlaku kepada Zara tentang kes pagi tadi hinggalah kes yang berlaku sebentar tadi. Zara turut merasa geram. Tetapi, dalam masa yang sama, Zara berpuas hati apabila Mawar menjawab dan tidak berdiam diri.
"Dulu akak minat juga Dean tu. Tapi, lepas dia sound akak pasal makanan, terus putus selera akak tengok muka dia," cerita Zara pula.
"Akak pun pernah kena?" soal Mawar agak terkejut. Selama setahun dia bekerja di situ, tidak pernah Zara menceritakan hal tersebut kepadanya. Patutlah dia pun anti dengan Aydean. Rupanya ada peristiwa pahit dengan lelaki itu. Seperti yang dia lalui hari ini.
"Masa tu Mawar tak kerja sini lagi. Akak pun mana tahu dia cerewet bab makan. Sangat cerewet tau. Bukan sikit-sikit punya cerewet!" Bersungguh-sungguh Zara bercerita tentang pengalamannya kepada Mawar.
"Dia tak suka apa-apa makanan dia letak daun sup. Sekali tu akak terlupa. Akak garnish nasi goreng ayam dia, terletaklah sikit daun sup. Then, dia suruh waiter panggil akak. On the spot dia terus marah akak dekat situ juga! Kurang asam betul!" Terkumat kamit mulut Zara bercerita. Muka menyampah ditayang bersama.
"Habis tu, akak diam je la lepas dia marah akak macam tu??" Soal Mawar dengan hati yang membara.
"Diam je lah. Terkebil-kebil akak dekat situ, Mawar. Masa tu Encik Syakir pun ada. Tapi, dia pun diam je," kata Zara lagi sambil menghabiskan kerja-kerja mengemasnya yang masih tidak beres sejak dari tadi.
Mawar tarik nafas dalam. Selepas ini dia nekad, jika Aydean masih membuli dirinya, dia akan pertahankan diri.
Dia ingat, dia popular, aku kisah sangat?? Kirim salam! Kau tak kenal siapa aku lagi, Dean!! Bentak hati kecil Mawar.
It’s okay to lose battle, just make sure you win the war! - Mawar Kirana -
Share this novel