Ajda tidak senang duduk. Panggilan ibunya sebentar tadi benar-benar mengejutkan. Kepalanya disandarkan ke kerusi. Air mineral di atas meja kerjanya dicapai dan diteguk rakus.
Rombongan meminang dari keluarga Umar Faliq!
Alahai ibu ni pun tak sempat aku balik sekolah nak beritahu perihal.
" Kau ni kenapa Da?", soal Izzah yang baru habis kelas dan duduk di hadapannya.
" Ibu call ada orang masuk meminang. Gila betul!", gerutu Ajda.
" Ya Allah. Alhamdulillah. Tahniah beb", Izzah semakin mendekat dan memeluk sahabatnya itu.
" Siapa? Rizlan ke? Ke Zakuan?", tebak Izzah ingin tahu kerana seingatnya dua lelaki ini pernah Ajda ceritakan padanya.
" Bukan.", jawab Ajda lemah.
" Habis tu?",
" Umar Faliq. Lecterur aku masa degree dulu",
" Hah? Gila ah! Ni memang gila! Dr Umar hot stuff tu?",
" Tak ada hotnya lah. Dah tua pun", selamba sahaja mengutuk lelaki itu.
" Dia bujang kan? Bukan suami orang kan?", Izzah ragu ragu pula.
" Hurmmm. Okeylah. Aku nak pergi makan. Tetiba rasa lapar pulak", Ajda bangun.
" Tak sabar nak gosip dengan Kak Mai", Izzah sudah ketawa nakal.
" Dont you dare", Ajda memberi amaran sambil tangannya membuat isyarat mahu mengelar leher sahabatnya. Jangan berani berani! Tangannya memberi isyarat mahu mencucuk mata pula.
Izzah ketawa lepas.
***
Selesai sesi persekolahan Ajda terus meluru ke keretanya. Masuk sahaja ke dalam kereta terus Ajda menghubungi Umar Faliq.
" Kenapa Dr pandai pandai datang masuk meminang", serang Ajda tanpa salam.
" Saya nak memperisterikan Ajda. Kalau Ajda setuju alhamdulillah. Tapi kalau Ajda tak setuju saya akan usaha lagi", Umar Faliq tekad. Wanita ini tidak akan dilepaskan.
" Dr dah lupa 10 tahun dulu Dr tolak saya. Kenapa sekarang Dr nak saya pula. Dr ingat saya tak kahwin sekarang saya tunggu Dr ke", Ajda sudah mula merapu.
Umar Faliq hanya mengulum senyum. Ayat Ajda tadi bagai memberi harapan kepadanya.
Panas sungguh Ajda apabila menerima panggilan daripada ibunya tadi. Berita Umar Faliq masuk meminang benar-benar mengejutkan dan mengundang kemarahannya.
" Ajda saya tak pernah fikir macam tu. Sabtu ni saya balik Kuantan. Nanti on the way saya singgah Temerloh ye. Kita jumpa. Kita bincang", pujuk Umar Faliq.
" Sepatutnya sebelum Dr masuk meminang Dr bincang dengan saya. Tapi ini..", Ajda tidak mahu meneruskan kata - katanya kerana mungkin dia akan bercakap yang bukan-bukan pula nanti.
" Okey, saya tahu Ajda tengah marah sekarang kan. Kita bincang sabtu nanti ye", tenang suara Umar Faliq.
Ajda melempar telefonnya ke seat di sebelahnya. Melantun telefon itu hingga jatuh ke lantai kereta dan berderai.
Tiada hati Ajda mahu mengutip telefonnya yang sudah tercabut.
Ajda mengeluh kasar. Tubuhnya disandar. Ajda mengeluh lagi. Fikirannya menerawang lagi. Ah kenapa mesti diingat lagi perkara perit 10 tahun lalu.
***
" I dah lama sabar dengan you Rina. You buat hal I tolong cover pada papa. Tapi kali ni I takkan diam diri. I tak pernah sentuh you selama ni. You nak I jadi pak sanggup. No way! ", Umar Faliq mengawal nada suaranya.
Umar Faliq terus mematikan talian.
" Perempuan sekarang senang senang je serah tubuh pada lelaki. Lepas lelaki tak nak bertanggungjawab cari pak sanggup. What the hell! ", bentak Umar Faliq.
Saat berpaling dia terpandangkan gadis di sebelahnya.
Ajda! Apa dia buat di sini
" Awak buat apa di sini. Curi dengar perbualan orang", tuduh Umar Faliq kasar.
" Tak. Tak Dr. Lif rosak jadi saya guna tangga ni", Ajda memberikan penjelasan.
" Kalau dah salah tu mengaku je lah", tuduh Umar Faliq lagi.
" Saya tak buat salah kenapa saya nak mengaku salah. Lagipun Dr tu. Dah tahu hal rahsia yang pergi berborak kat tangga laluan orang ramai ni kenapa", balas Ajda dengan berani.
Ajda segera berlalu tidak mahu terus bergaduh dengan lelaki itu.
Umar Faliq yang bengang dengan jawapan Ajda pantas memaut kasar lengan Ajda.
" Apa ni Dr. Lepaslah", Ajda mula cuak. Umar Faliq segera melepaskan pegangan tangannya.
" Awak marah saya tolak awak Ajda?" Umar Faliq mengangkat kening dengan senyum sinis.
" Awak bernasib baik tahu. Saya tak ceritakan pada orang lain awak meluahkan perasaan pada saya. Bayangkan kalau satu fakulti ni tahu. Awak rasa awak boleh sambung belajar kat sini lagi ke Ajda. Hurm? ", Umar Faliq sengaja mahu mengusik melihat tahap keberanian gadis berkulit hitam manis itu.
" Saya tahu hal tu saya yang salah. Saya bodoh saya tak tahu malu. Saya minta maaf. Saya minta maaf", Ajda sudah mahu menangis.
Ya betul kata lelaki itu. Hal itu antara Ajda dan Umar Faliq sahaja yang tahu. Tiada sesiapa melainkan hanya mereka berdua.
" Terima kasih Dr simpan rahsia tu. Terima kasih simpan aib saya Saya berterima kasih sangat", Ajda segera berlalu.
Mujur juga hanya tinggal satu semester pengajiannya. Seminggu lagi sahaja lagi. Selepas ini dia akan menjalani latihan mengajar dan tak perlu lagi bertemu lelaki itu lagi.
Happy reading.
Share this novel