Ajda berjalan laju memasuki ruang lobi hospital. Kakinya terus meluru mengejar pintu lif yang sedang terbuka. Sampai sahaja ke tingkat 7 matanya mencari wad dan katil yang dimaklumkan Julia tadi.
Melihat sahaja wajah ibunya dari jauh Ajda meluru pantas mendapatkan ibunya.
" Ibu", panggil Ajda terus memeluk tubuh itu. Ditekap perlahan jemarinya ke wajah tua ibunya.
" Ibu okey?", soal Ajda bimbang. Asiah mengangguk dan sekali lagi Ajda memeluk ibunya.
" Hey, orang ramai ni?, Asiah cuba melonggarkan pelukan anaknya.
Ajda segera bangun. Oh! Barulah dia sedar sebenarnya ada beberapa orang lelaki dan perempuan di keliling katil ibunya. Ajda termangu seketika.
" Salam Mak Cik Sofea dan Kak Nurin tu", arah Asiah perlahan. Ajda hanya menurut.
" Maaf mak cik. Ajda tak perasan tadi", ucap Ajda saat bersalaman dengan Sofea.
" Mak cik faham Ajda bimbangkan ibu", Sofea hanya tersenyum.
Ajda terus terkaku saat terpandang lelaki yang sangat dikenalinya.
Dr. Umar Faliq!
" Er.. Dr...", Ajda bagai kelu mahu terus bersuara.
" Ajda kenal ke? Anak bongsu mak cik", Sofea cuba menjelaskan.
" Kenal. Dulu Dr Umar pensyarah Ajda masa kat uni mak cik", Ajda lurus sahaja menjawab pertanyaan wanita tua yang cukup bergaya itu.
" Ex Student Faliq", jawab Umar Faliq bersahaja tanpa reaksi wajah.
" Eloklah dah kenal ye. Yelah. Dah kita pun dah puluhan tahun tak berjumpa. Masa tu pun Ajda tak lahir lagi. Ini pun kebetulan juga jumpa ni kan. Mak cik melawat mak saudara mak cik katil sebelah sana. Bila lalu nampak macam kenal. Bila soal jawab terjumpa kawan lama", Sofea ketawa. Seronok lagaknya dapat jumpa rakan lama.
Ajda juga ketawa kecil terhibur dengan Mak Cik Sofea yang sangat ramah.
Hampir 20 minit Sofea dan anak-anaknya meminta diri.
" Mak cik Asiah. Faliq nak pinjam Ajda sekejap boleh mak cik. Ada hal sikit nak bincang", selamba sahaja Umar Faliq menyoal.
" Boleh. InsyaAllah",
Usai bersalaman Sofea dan anak-anaknya berlalu. Ajda juga mengikut dari belakang. Sampai di pintu lif Umar Faliq meminta ibu dan kakaknya turun dahulu.
" Tak sangka jumpa Ajda kat sini", sapa Umar Faliq.
" Hurmmm. Tak tahu pulak ibu saya dengan mama Dr ni berkawan", Ajda bersahaja sedangkan perasaannya sangat bercampur baur ketika ini. Resah gundah gulana sedih kecewa gembira semuanya bersatu.
" Saya nak nombor telefon Ajda boleh?", Umar Faliq memandang wajah di hadapannya.
Tanpa sedar hati Umar Faliq memuji kecantikan gadis di hadapannya ini. Terlalu jauh berbeza dengan Ajda 10 tahun dahulu. Ajda 10 tahun dahulu yang berani cuba menagih cintanya.
" Maaf, tunang Ajda tentu tak suka kalau Ajda beri nombor telefon Ajda pada lelaki lain", Ajda cuma tersenyum.
" Oh okey" sedikit terusik hati Umar Faliq namum dia tetap berlagak tenang.
Usai berbual ringkas Ajda meminta diri mahu melihat keadaan ibunya. Umar Faliq juga bergerak ke lif untuk turun. Ketika Umar Faliq sudah berada di hadapan pintu lif dia memandang sahaja Ajda yang sedang berjalan meninggalkannya.
Akhirnya, aku jumpa juga dia.
***
Mata Ajda sudah mula terasa sangat mengantuk. Matanya memandang sekilas jam di dinding.8.42 malam masih lagi awal. Dia merebahkan kepalanya di meja kerja. Kertas peperiksaan anak muridnya masih banyak lagi yang belum disemak.
" Hurmmm mengantuknya. Awal lagi dah mengantuk. Ini tandanya aku sudah tua", Ajda merepek sendirian.
Bunyi telefon mengejutkan Ajda yang baru mahu terlena.
" Hello", sapa Ajda malas.
" Assalamualaikum", sapa suara dari hujung talian.
" Hurmmm", balas Ajda antara sedar tak sedar.
" Ajda", sapa suara itu perlahan.
" Hurmmm",
" Mengantuk ye", mendengar nada suara itu membuatkan Ajda terjaga. Tegak terus tubuhnya.
" Siapa ye?", kerut terentang di wajahnya cuba mengamati dan mengenalpasti suara lelaki itu.
" Saya Umar Faliq",
Terbuntang mata Ajda sambil melihat screen telefon.
" Mana Dr dapat nombor saya?",
" Tak susah pun nak dapat nombor Ajda",
" Ibu ke?", teka Ajda kurang senang.
" Ya. Saya call ibu minta nombor Ajda", Umar Faliq tidak mahu berselindung.
Mahu sahaja Umar Faliq menyoal Ajda ketika ini kenapa Ajda berbohong tentang tunangnya. Namun Umar Faliq tidak boleh terburu-buru.
" Dr saya mengantuk sangat. Kalau ada perkara penting kita bincang kemudian boleh. Saya mengantuk sangat", sungguh Ajda tidak berbohong.
Jadual kelasnya hari ini agak padat. Kemudian ditambah pula dengan jadual waktu relief. Jam 2.30 tadi bersambung dengan mesyuarat sehingga jam 5. Kemudian jam 5.00 petang pula tugasnya melatih murid untuk latihan kawad kaki. Jam 6.30 barulah dia pulang ke rumah.
" Penatnya", rengek Ajda tanpa sedar.
Umar Faliq di talian mengulum senyum mendengar rengekan Ajda.
" Rehatlah", ujar Umar Faliq perlahan.
Usai menamatkan panggilan Umar yang berdiri di balkoni tadi masuk ke ruang tamu. Tubuhnya direbahkan ke sofa. Matanya merenung syiling.
" Saya ikhlas sayangkan Dr", pengakuan Ajda sepuluh tahun lalu benar-benar mengejutkannya Berani benar gadis ini meluahkan rasa padanya.
" Ajda. Saya tak pernah ada perasaan pada awak. Saya tak salahkan awak. Saya faham gadis seusia awak tentu mempunyai perasaan terhadap lelaki. Itu normal. Tapi saya minta maaf. Saya bukan lelaki tu. Saya harap awak faham ye", sangat berhemah Umar Faliq menolak pengakuan hati gadis di hadapannya.
" Dr tak nak cuba beri peluang dulu pada saya?", Ajda masih mencuba. Hilang malunya.
" Maaf Ajda",
Ajda mengangguk perlahan. Dia tidak terus berlalu tetapi terus berdiri kaku di situ.
" Maafkan saya Dr", Ajda menunduk sedikit dan terus berlalu.
Umar Faliq menggelengkan kepalanya. Kenapalah berani benar gadis itu bertindak. Tapi tidak salah jika perigi mencari timba. Jika hati sudah sayang apa salahnya memcuba. Haih Ajda.
Umar Faliq tersenyum.
Happy reading..
Share this novel