Izzah berjalan mendekati Ajda yang sedang berjalan menuju ke kantin sekolah. Dia pula sudah selesai menjamu selera dan menunggu masa untuk kelas seterusnya dalam 30 minit lagi.
" Kau pergi jumpa dia ke Da?", soal Izzah sedikit kuat suaranya.
" Ya. Dah dia ajak jumpa", bersahaja Ajda menjawab dan langkah mereka menuju ke pondok ilmu di tepi blok bangunan sekolah.
" Bila meminang seeloknya biarlah wakil mak ayah yang beri jawapan. Ini tidak kau selamba pergi jumpa dia beritahu kau tolak dia. Tak berhalus langsunglah kau ni", Izzah seakan membebel pula.
" Dah dia ajak bincang tak salah pun kan", Ajda membela diri. Salah ke apa dia buat. Lagipun perbincangan antara dia dan Umar Faliq tu penting. Antara hidup dan mati kisahnya!
" Ibu kau tahu tak?"
" Mestilah tahu. Mama dia pun tahu. Lagipun si Umar tu call ibu nak jumpa aku ajak bincang",
Ajda duduk di kerusi panjang yang disediakan.
" Ohhhh okeylah ibu tahu", Izzah tersengih pula.
" Tapi salah ke apa aku buat?",soal Ajda sambil berfikir baik buruk tindakannya.
" Tak salah. Cumanya tak berhalus je. Macam aku cakap tadi seeloknya wakil pihak kau jumpa la wakil pihak Dr Umar. Lagipun Dr Umar kan datang secara elok",
" Elok apanya. Datang diam-diam tak beritahu aku langsung. Lain lah kalau kami memang tak pernah kenal", Ajda tak puas hati.
Bukanlah dia marahkan Umar Faliq namun setelah usianya mencapai 35 tahun ini dia rasa seperti malas mahu berfikir fasal jodoh. Tiba-tiba ada pula yang datang menyunting dan lelaki itu Umar Faliq lelaki yang pernah menjadi lelaki idamannya. Namun kali ini jiwanya kosong langsung tidak teruja atau gembira.
Cerita tentang rasa hatinya pada Umar Faliq sepuluh tahun lalu tidak pernah dia kongsi dengan sesiapa. Semuanya disimpan sendiri.
Menunggu Rizlan, Rizlan terlalu bercita-cita tinggi. Mahu kembangkan perniagaan dahulu. Mahu berjaya dahulu. Menunggu Zakuan pula terlalu perlahan pula. Langsung tidak berusaha.
Tiba- tiba datang Umar Faliq yang sudah 10 tahun tidak berhubung. Walaupun langsung tidak berhubung namun Ajda tahu juga cerita berkenaan lelaki itu yang sudah bergelar profesor melalui rakan sekelasnya dulu. Dia tahu juga yang lelaki itu masih belum berumah tangga.
Gosip rakan-rakannya Dr Umar tunggu puteri bunian tak pun tunggu kau kot? Kau jual mahal!
" Kenapa kau tak cuba Da. Nampak tak effort Dr nak kau. Jumpa terus ajak tunang. Bukan niat dia nak main-main tu. Tak padan dah usia dia nak main-main. Dia serius tu. Lagipun Dr tu rekod dia baik juga. Walaupun hot masa zaman muda dulu tak ada kan gosip liar dia mainkan hati perempuan. Nak test market ke. Budak terkejar kan dia ada la", hujung ayat Izzah membuatkan Ajda tersentak.
Haishhh. Kalaulah Izzah tahu. Kalaulah orang tahu cerita 10 tahun lalu. Malunya. Dalam diam dia berterima kasih kepada lelaki itu.
" Aku tak ada hati la Izzah. Malas. Langsung tak teruja langsung tak minat ", rungut Ajda.
Izzah menjeling.
" Kau dah istikharah?", soal Izzah serius menentang mata Ajda.
" Tak. Malas", Ajda tersengih. Mudah sahaja jawapannya.
" Tak", nyaring suara Izzah. Mujur juga hanya mereka berdua berada di situ. " Sombong namanya tu. Buat keputusan penting dalam hidup tapi tak minta pertolongan dari Allah. Kenapa tak istikharah? Kau dari awal lagi cakap tak nak. Tak cuba berdoa minta petunjuk dari Allah. Jangan sombong dengan Allah Ajda. Nak aku ceramahkan kau panjang lagi ke?", Izzah menjeling tajam seperti sedang marah. Marah marah manja.
" Bukanlah macam tu. Tak permah pun aku fikir untuk jadi manusia sombong macam tu. Cuma hati aku Izzah. Hati aku. Hati aku macam dah tertutup. Dah malas. Bukan juga putus asa tapi entahlah. Masalah hormon kot", sempat juga Ajda bergurau dan ketawa. Langsung tidak ambil serius.
" Kau jangan. Lelaki ni masa dia nak memang dia nak. Nanti sampai masa dia tak nak dia cari je lain. Tak ingat si Nazrul engineer yang Kak Nora kenalkan tu. Kau tolak mentah-mentah. Tengok tak sampai 3 bulan dah ada pengganti", Izzah sengaja membuat provokasi.
" Dah tak ada jodoh", Ajda bosan dibebeli Izzah. Kawan dia ni boleh tahan juga mulutnya bila bercakap.
" Memanglah tak ada jodoh. Tapi jodoh pun kena usaha juga. Usaha untuk buka pintu hati usaha untuk berkenalan..",
" Haaa dahlah Puan Izzah. Masa free saya nak habis dah ni. Kejap lagi aku kelas 5 masa penuh tahu. Kelas 3E dengan 2F tu dahlah bertenaga budaknya. Aku perlukan tenaga ni. Pn Izzah jangan bimbang saya ikut segala nasihat dan saranan Pn Izzah. InsyaAllah", sebenarnya bukan Ajda tidak mahu melakukkannya kali ini tetapi dia tidak bersedia andai Allah membuka jalannya bersama Umar Faliq kerana kenyataannya dia tidak dapat menerima lelaki itu sekarang.
***
Ajda berdiri mengadap ke luar rumah melalui tingkap bilik. Matanya tertunak pada bulan purnama yang besar dan cerah. Cantik. Sangat cantik.
Ajda tersenyum sendiri melihat keindahan alam semula jadi ciptaan Allah yang sangat mendamaikan. Memang menjadi kesukaannya melihat dan menikmati malam saat bulan purnama. Bahagia. Itu perasaan yang dirasakannya.
Seketika dia mengeluh kasar. Ya Allah bantulah aku ya Allah. Selama ini aku leka dari mengingatiMu ampunkan aku. Permudahkanlah segala urusan hidup dan matiku.
Aku tak boleh bertangguh lagi. Semakin aku tangguhkan perkara ini tidak akan selesai.
Ajda mencapai telefon di atas meja. Dia terus menghubungi seseorang.
Terukir senyuman di bibir Umar Faliq melihat nombor yang tertera di skrin I phonenya.
Salam Umar Faliq disambut Ajda dengan tenang.
" Dr",
" Ya",
Ajda terdiam. Tiba- tiba dia jadi kelu untuk bertanya.
" Ajda ada apa-apa yang tanya atau nak beritahu saya ke?, perlahan suara Umar Faliq.
" Betul Dr nak memperisterikan saya? ", gugup namun tenang. Bagai tak terkeluar suaranya.
" Ya. Saya ikhlas",
" Boleh saya tahu kenapa saya?",
Umar Faliq tersenyum lagi.
" Allah buka hati saya untuk Ajda",
yakin sahaja jawapan Umar Faliq.
Ajda diam lagi .
" Atau saya pilihan terakhir Dr? Bila dah tiada sesiapa lagi yang Dr boleh pilih? ", entah kenapa kepalanya berfikir-fikir yang apabila Umar Faliq sudah tiada pilihan lain dan hanya Ajda yang ada di depannya.
Ah! sedihnya kalau itu kenyataannya.
" Soal pilihan pertama kedua atau terakhir usahlah dikhuatirkan. Yang penting hati saya pilih Ajda. Bukan orang lain. Tapi Ajda", rendah nada suara Umar Faliq.
Haishhhh. Bergetar juga hati Ajda mendengar suara romantis Umar Faliq malam malam begini.
Matanya melirik ke arah jam di dinding. Ya Allah! Dah 12 lebih!
" Alamak. Dr maaf dah jam 12 lah", dia bersuara serba salah. Kenapalah suka benar dia menunjukkan kelakuan selambanya.
Umar Faliq menyembunyikan tawanya. Sudah tentu Ajda tidak boleh tidur dan masih berfikirkan tentang mereka berdua sehingga masa yang berlalu pun wanita itu tidak sedar.
" Ajda tak boleh tidur fikir fasal kita? Ajda tentu penat kan fikirkan pinangan ni. Lewat dah ni rehatlah. Dahlah pergilah tidur", nada suara Umar Faliq yang bagai memujuk meruntun hati Ajda.
Ah! Hati.
" Kalau saya setuju macam mana?", soal Ajda. Sebenarnya bermacam ayat yang berhalus dan berhemah dikarang di kepala tadi tetapi lain pula yang keluar. Nampak gelojohnya.
Umar Faliq tersenyum.
" Alhamdulillah. Terima kasih", balas Umar Faliq tenang sedangkan hatinya sudah gembira benar.
" Saya bukan perempuan hebat seperti perempuan yang mungkin pernah singgah di hati Dr. Saya tak ada apa-apa. Saya tak nak suatu masa Dr akan menyesal menikahi saya", itulah yang Ajda rasa.
Insan yang tak punya apa-apa, hanya seorang guru biasa hanya seorang anak petani dan adiknya beradik cuma buruh biasa mana mungkin sesuai digandingkan dengan lelaki hebat seperti Umar Faliq.
Apatahlagi sejarah keluarganya yang datang dari kalangan orang ternama. Adik beradiknya yang dikenali dengan kehebatan bidang masing-masing. Ajda jadi hilang keyakinan diri. Mampukah dia hidup bersama dengan keluarga itu.
" Semua manusia tak sempurna Ajda. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri. InsyaAllah saya akan menyempurnakan kekurangan Ajda dan Ajda akan menyempurnakan kekurangan saya", Umar Faliq menjawab perlahan.
Ah! Skema pulak ayat lelaki ni.
" Saya akan beritahu ibu keputusan saya. Nanti ibu akan call mama awak", Ajda masih mahu bermain tarik tali dan memutuskan talian usai salam.
Umar Faliq sudah tersenyum. Melalui intonasi Ajda mungkin akan ada berita gembira untuknya.
InsyaAllah. Kau lembutkanlah hati wanita ini Ya Allah kerana sessungguhnya engkaulah yang memegang hatinya. Tanamkanlah rasa kasih sayang cinta dalam hatinya untukku. Satukanlah kami dalam rahmat kasih sayangMu. Aaminn.
Happy reading..
Share this novel