Umar Faliq berjalan perlahan apabila terasa kakinya mula terasa sakit. Kecederaan yang dialami semasa mengikuti acara larian di Kuala Lumpur minggu lepas masih lagi terasa. Walaupun sudah semakin pulih sengalnya masih terasa.
" Uncle Umar, tunggu Tiara", tiba-tiba suara lantang anak kecil memanggil namanya dari belakang.
Umar Faliq menghentikan langkahnya dan berpaling. Terukir senyuman di bibirnya melihat dua kanak-kanak perempuan berlari laju mendapatkannya.
" Ah penat",Tiara sudah termengah-mengah.
Umar Faliq hanya ketawa.
" Uncle tak suruh pun Tiara dengan Diana lari laju-laju", Umar Faliq mengusap kepala kembar berusia 7 tahun itu.
" Slow je hari ni", tegur Khalid yang menghampiri kerana dia dapat melihat rentak larian Umar Faliq seketika tadi.
" Injured",
" Dah tahu injured nak lari lagi",
Umar Faliq hanya ketawa. Sudah seminggu Khalid bertugas di luar kawasan jadi sudah seminggu juga dia tidak bertemu Umar Faliq.
" Uncle, kalau cedera kena rehat", Tiara bersuara cuba menasihati.
" Kalau uncle tak rehat nanti kaki uncle patah macam mana? Terus tak boleh jalan. Lari lagi tak boleh", Diana seakan membebel pula.
Umar Faliq ketawa.
" Haa.. doktor tulang junior dah bersuara", Khalid hanya tersenyum mendengar celoteh anak perempuannya.
" Yalah. Lepas ni uncle rehat. Saya akan ikut nasiha Doktor Tiara dan Doktor Diana", ujar Umar Faliq.
Tiara dan Diana mengangkat tangan tanda bagus. Walaupun baru berusia 7 tahun kanak - kanak itu matang dan bijak berbanding usia mereka. Berkat mengadap buku kata Khalid kerana ketika isterinya mengandungkan Tiara dan Diana Khalid sedang mengikuti Ijazah Kedoktoran.
" Papa, nak main buaian ye", Tiara sudah menunjuk kawasan taman pemainan.
" Okey, hati-hati", balas Khalid dan cepat sahaja dua kembar itu berlari ke taman permainan.
" Jadi jumpa Ajda hari ni?", soal Khalid kerana Khalid juga mengenali Ajda yang pernah menjadi pelajarnya 2 semester pengajian. Lagipun, Umar Faliq ada menghubunginya untuk mendapatkan pandangan ketika mahu menghantar rombongan meminang.
Khalid kenal benar dengan Ajda kerana wanita itu pernah menjadi pelajarnya semasa menyiapkan tesis dan latihan mengajar sepuluh tahun lalu.
" InsyaAllah. Sebagai orang berpengalaman kau rasa apa Ajda akan cakap pada aku?", soal Umar Faliq.
" Kau sendiri cakap dia serang kau lepas dapat tahu kau masuk meminang. Kau pun satu, gelojoh. Aku dah cakap aku boleh jadi orang tengah", ujar Khalid.
" Bukan gelojoh. Aku dah 45. Tak ada masa nak main-main. Lagipun lepas aku jumpa dia hari tu aku asyik ingatkan dia. Lain macam betul penangan pertemuan hari tu ", itulah yang dirasakan Umar Faliq. Dengan Khalid memang dia tak malu bercerita soal hati.
Tergelak besar Khalid mendengar ujaran lelaki di hadapannya itu.
" Dia tak cakap dia tolak. Tapi aku tak puas hati aku nak jumpa dia aku nak pujuk dia",
" Dah angau memang macam tu lah. Syabas. Aku ingat kau dah tak minat perempuan", Khalid menepuk perlahan bahu Umar Faliq dengan ketawa besar.
" Yang hairan macam manalah kau boleh sangkut dengan budak Ajda tu. Aku ingat taste kau lemah gemalai macam perempuan melayu terakhir",
" Dia lain dah bro. Lagipun mama aku restu mestilah aku tak nak lepas",
" Yalah. Mak kau tu dah lama nak tengo kkau kahwin",
Perbualan mereka berlarutan sehinggalah Tiara dan Diana mengajak pulang kerana sudah lapar.
Umar Faliq memandang sahaja langkah Khalid dan anak anaknya yang menjauh.
Ya Allah, rezekikanlah aku zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Aaminn.
Umar Faliq melangkah perlahan meninggalkan kawasan Tasik Embayu.
***
Dari jauh Ajda lihat Umar Faliq berjalan ke arahnya. Namun cepat dia berpaling apabila melihat Umar Faliq memandang ke arahnya.
Ada resah dalam hatinya apabila hampir 6 bulan juga mereka tidak berjumpa sejak pertemuan di hospital dulu cuma beberapa hari lepas dia ada menghubungi lelaki itu.
" Maaf saya lewat?", Umar Faliq bersuara sambil duduk.
" Kaki Dr kenapa? ", laju sahaja Ajda menyoal tanpa sedar apabila melihat Umar Faliq terhencut sedikit tadi.
" Sayang juga Ajda pada saya eh", tersenyum Umar Faliq dengan keprihatinan wanita itu.
Ajda termangu. Oh! tak sengaja. Kenapalah kau tunjuk prihatin Ajda.
" Jangan nak perasan sangat", Ajda tidak suka jawapan Umar Faliq.
" Dah tua macam ni la. Tulang pun dah reput?", seloroh Umar Faliq.
" Tahu pun dah tua,", entah mengapa perlian Ajda mengundang tawa Umar Faliq.
" Tua pun masih panas", gurauan Umar Faliq membuatkan Ajda meluat. Tolonglah! Perasan!
Usai sahaja membuat tempahan minuman secara atas talian Umar Faliq memandang Ajda di hadapannya.
" Sekolah okey?", soal Umar Faliq.
Sebenarnya dia gugup juga namun berlagak seperti tenang. Lelaki pun ada gementarnya juga. Bercakap di hadapan beratus orang setiap kali prosiding tidaklah gementar begini. Mahu mengadap hanya satu orang gementarnya lain macam.
" Okey",ringkas jawapan Ajda.
" Mak cik kantin?", kali ini sengaja dia menyoal begitu.
" Tak okey. Penat masak", jawab Ajda bosan. Umar Faliq ketawa perlahan.
Bosan! Ajda mengutuk dalam hati.
" Kita fokus pada perbincangan kita Dr", serius nada suara Ajda.
Umar memandang tepat ke wajah Ajda.
" Ajda belum ada jawapan lagi?", soal Umar Faliq tiada basa basi lagi kerana dia tahu Ajda tak mahu berlama lama. Jika diikutkan Ajda tadi minum pun tak perlu. Masakan masuk ke kafe hanya duduk dan berbual.
Isnin lepas keluarga Umar Faliq datang membawa rombongan pinangan. Sehingga ke hari ini hari ke lima pihak Ajda belum lagi memberi keputusan kerana pihak perempuan minta diberi masa.
" Dr pun tentu dah tahu apa jawab saya kan", Ajda sudah berbincang dengan ibunya dia tidak mahukan pertunangan ini namun ibunya tetap meminta dia berfikir lagi.
" Tak. Saya tak tahu. Mama tak beritahu apa-apa pada saya", jawab Umar Faliq jujur. Sungguh awal pagi tadi dia telah menghubungi ibunya menuntut jawapan dari ibunya. Namun Sofea hanya menjawab masih belum ada jawapan.
Redup wajah Umar Faliq Ajda tatap seketika.
" Saya tak boleh terima", perlahan sahaja jawapan Ajda. Mujur juga meja yang mereka duduk ini terselindung dan meja berhampiran tiada pelanggan.
Umar Faliq diam dan memandang terus wajah wanita di hadapannya." Sebab saya tolak Ajda dulu?", soalnya.
Pantas Ajda menggeleng.
" Atau Ajda orang lain?", Umar Faliq masih tenang.
Ajda menggeleng lagi walaupun tidak selesa dengan soalan Umar Faliq yang sangat peribadi.
" Ajda masih marahkan saya?", soal Umar Faliq merenung wanita di hadapannya.
" Tak ada sebab saya nak marahkan Dr. Lagipun Dr tak pernah tolak saya dengan cara kasar dan saya pun tak pernah simpan dendam pada Dr. Saya anggap antara kita memang tak ditakdirkan. Jadi Dr jangan salah faham. Saya tak boleh terima pinangan Dr tak ada kaitan pun dengan hal dulu", Ajda menjawab faham dengan maksud soalan Umar Faliq tadi.
" Kita cuba", pujuk Umar Faliq.
" Cuba?", soal Ajda tidak faham.
Perbualan mereka terhenti apabila datang pelayan menghantar tempahan.
" Minum dulu", pelawa Umar Faliq sambil mengangkat cawan.
Ajda menyisip caffe latte yang di hadapannya.
Umar Faliq memandang wajah Ajda sehingga Ajda pula yang cemas.
Sebenarnya berhadapan dengan Umar Faliq dalam keadaan santai begini adalah kali pertama. Bohong dia tidak gementar namun dia pandai menyorok rasa hatinya.
Berbicara soal hidup mati dengan lelaki yang pernah bertakhta di hatinya suatu masa dulu agak jangkal. Apabila melihat Umar Faliq yang bersahaja Ajda mengikut rentak lelaki itu.
" Kita nikah. Saya ikhlas nak ambil Ajda sebagai isteri saya", tenang suara Umar Faliq.
Berkerut dahi Ajda mendengar kenyataan lelaki itu.
Pinangan yang aku mahu tolak. Hal nikah pula dibangkitkan.
" Saya beri masa untuk Ajda fikir dulu. Bincang dengan ibu",
" Dr. Saya datang untuk maklumkan keputusan saya. Saya bukan datang untuk dengar...", belum sempat Ajda menghabiskan ayatnya Umar Faliq bersuara.
" Kita bagi peluang untuk diri kita boleh Ajda. Saya akui mungkin Ajda fikir dengan usia saya sekarang saya nampak terdesak. Tak. Bukan terdesak. Tapi saya rasa dah sampai masanya dan saya dah jumpa orangnya. Tak boleh ke Ajda buka semula hati Ajda untuk saya", kali ini Umar Faliq tak boleh menangguh dan bermain tarik tali lagi. Dia mesti menunjukkan kesungguhannya.
Ajda jadi kelu mendengar ujaran lelaki di hadapannya.
Wahai hati janganlah kau berbolak balik. Aku mesti tetap dengan keputusan aku.
Happy reading..
Share this novel