Rate

Epilog

Romance Completed 6001

AKU dapat mendengar dia mengatur langkah membuntuti langkahku.

"Aku tak pernah tahu pun kau sayang aku sampai macam tu sekali."dia bersuara apabila dia sudah berjaya menyaingi langkahku.

"Aku tumbuk kau nanti."balasku sambil menjeling ke arahnya tanpa menghentikan langkahku.

"Aku akan cuba."dia bersuara.

"Huh?"aku menghentikan langkahku dan memandang ke arahnya dengan dahi yang berkerut. Dia sudah keluar dari topik. Aku tak dapat menangkap maksud dari kata-katanya.

"I'll try to love you."balasnya membuatkan aku menarik nafas. Entah mengapa ayat itu membuatkan aku bengang tiba-tiba.

"Tak payah!"balasku kasar sambil meneruskan semula langkahku.

"Tapi aku.."lelaki itu cuba bersuara. Mungkin tidak menjangkakan reaksiku begitu namun langkahku yang tiba-tiba terhenti dan aku kembali memandangnya membuatkan ayatnya terjeda.

"Kau cuma perlu terus jadi kaya and aku takkan tinggalkan kau."balasku sebelum melangkah meninggalkannya membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Cuba untuk jatuh cinta? Ia sama saja seperti paksa diri untuk jatuh cinta. Dan bagi aku hati adalah organ yang paling kuat memberontak. Semakin kau cuba lupakan seseorang, semakin kukuh kedudukannya di minda kau. Dan jika kau memaksanya mencintai seseorang, semakin jauh hati ingin membuangnya dari kehidupan kau. Jika dia akan jatuh cinta denganku, biarkan saja perasaan itu datang sendiri tanpa perlu dipaksa atau dicuba-cuba. Jika tidak, lebih baik tak payah.

Tawa lelaki itu membuatku menghentikan langkah dan memandangnya atas dan bawah.

"Plot twist."katanya sambil berjalan ke sisiku. Tanganku dibawa ke dalam genggamannya. "Aku akan cuba."lelaki itu mengulangi ayatnya memang cari pasal.

"Untuk tak jatuh miskin."dia menyambung ayatnya dengan bisikan di telingaku.

Aku cuba menyembunyikan senyuman yang ingin terukir dibibirku dan aku sekadar menganggukkan kepala.

"Kau pun tetap tunggu aku kat garisan penamat tu, okey?"dia mengulangi ayat yang aku ucapkan kepada belut gedik itu.

"I'll try."balasku. Cuba untuk mengekalkan sikap cool ku yang masih tinggal.

"And always love me again and again and keep doing it on repeat."dia berbisik lagi ke telingaku mengutip lagi ayatku tadi.

"Kau.."aku cuba menarik kembali tanganku tanda protes namun genggamannya dieratkan bersama senyuman.

"Jom balik. Tapi kalau kau nak sambung show kita kat sini, aku tak kisah."dia bersuara dengan nada biasa kembali sambil menggerakkan wajahnya menunjukkan ke arah tetamu yang menjadi penonton untuk siaran lanjutan untuk adegan tadi.

Aku mula membuka langkah seribu bersama dia masih di sisiku. Aku memandang jemari kami yang masih bertaut umpama puzzle yang terjumpa serpihannya.

Mungkin sebab sebenar aku menerimanya tiba-tiba setelah hatiku tertutup untuk mana-mana lelaki adalah kerana hatiku telah mengecamnya tanpa aku mengenalinya. Orang yang dilahirkan dan ditakdirkan untukku.

MY PERFECT PARTNER.

Mungkin sebab sebenar aku menerimanya tiba-tiba setelah hatiku tertutup untuk mana-mana lelaki adalah kerana hatiku telah mengecamnya tanpa aku mengenalinya. Orang yang dilahirkan dan ditakdirkan untukku. MY PERFECT PARTNER.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience