Rate

Tiga

Romance Completed 6001

"SO mana lelaki baru yang boleh bahagiakan you tu?"soalku dengan nada sinis. Wajah wanita itu berubah. Pastinya lelaki itu juga sudah meninggalkannya. Jika tidak mengapa dia boleh berada di sini bersendirian dengan tangan seperti belut gedik meraba suamiku.

Dia terdiam tanpa kata kali ini.

"Kau dilahirkan princess tapi aku dilahirkan sebagai knight. Kau tunggu prince charming yang boleh jaga kau. Tapi aku nak seseorang yang boleh rely on aku juga. Kau cakap kau satu-satunya yang boleh tahan kerenah dia? Kalau apa yang kau cakap tu betul, kenapa kau pergi and kenapa aku yang masih kat sini? Betul cakap kau, dia selalu lupa uruskan diri sendiri. Tapi aku ada, kan. Aku akan selalu ingatkan dia setiap kali dia terlupa. Yup, dia memang selalu busy kerja. Memang selalu takde masa untuk aku. Tu betul. Tapi kan, dia boleh busykan diri dia sebanyak manapun. Dia boleh buat larian seratus meter atau dia boleh berlari sampai ke hujung dunia pun. Dia boleh ke mana saja and tak perlu risau apa-apa sebab kat hujung garis penamat tu akan selalu ada aku yang akan tunggu dia. Dia boleh hancurkan diri dia sebab ada aku yang akan selalu fix dia. Stay with him forever. Dia tak perlu risau tentang penat sebab ada aku sebagai tempat untuk dia berehat. And kau pun tak perlu risau tentang dia lagi sebab aku ada. I'll love him again and again and keep doing it on repeat and leave nothing else for you. I'll leave no place for you in his heart. And kau cakap dia takkan pegang tangan kau sebab haram, kan?" aku memeluk lelaki itu dan mencium pipinya tanpa menghiraukan reaksi terkejut lelaki itu dengan perbuatanku. Aku kembali memandang tepat ke dalam mata wanita itu. "So keep it in your mind that I'm his wife and he's my perfect partner. So, suck it and GO TO HELL!"

Wanita itu menggerakkan bibirnya seperti ingin berkata sesuatu namun dia akhirnya memilih untuk menghentakkan kakinya dan berlalu.

"Woah! You got the fierce one there."komen dari suara lelaki yang tidak ku kenali itu membuatkan ku menyedari keadaan sekelilingku itu. Entah bagaimana aku boleh tidak menyedari bahawa adegan tadi sudah banyak penontonnya. Aku dapat merasakan darah naik ke mukaku. Tanganku yang dalam genggamannya ku tarik dan menepuk dahiku.

Bodoh! Malu siot. Aku bergerak meninggalkannya. Cuba melarikan diri dari mata-mata yang memandangku. Kali ini memang aku takkan tinggalkan rumah untuk beberapa bulan. Aku hanya berharap adegan ini tidak menjadi viral di mana-mana.

"Yeah, she is!"balas Zikri Adam. Biarpun aku tidak memandangnya, aku tahu ada senyuman yang terukir di bibirnya.

Dia boleh buat larian seratus meter atau dia boleh berlari sampai ke hujung dunia pun. Dia boleh ke mana saja and tak perlu risau apa-apa sebab kat hujung garis penamat tu akan selalu ada aku yang akan tunggu dia. Dia boleh hancurkan diri dia sebab ada aku yang akan selalu fix dia. Stay with him forever. Dia tak perlu risau tentang penat sebab ada aku sebagai tempat untuk dia berehat. -PERFECT PARTNER

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience