Rate

Dua

Romance Completed 6001

"BEKAS!"Zikri Adam bersuara keras. Nada yang tidak pernah digunakan ketika denganku. Mungkin juga kerana aku jarang bersamanya. Tapi aku tidak pasti punca amarahnya dari mana. Mungkin dari cinta terhadap wanita itu yang belum pernah padam membuatkannya bertukar menjadi amarah.

"You siapa?" soal gadis itu tanpa menghiraukan kata-kata lelaki itu tadi.

"She's my wife."kata lelaki itu sambil membawa tanganku ke dalam genggamannya.

Digunakan! Aku bencikannya. Aku bukan objek yang boleh digunakan hanya untuk membangkitkan cemburu wanita lain. Dia suamiku atau tidak, Auni Adiella bukan seorang wanita yang boleh digunakan sesuka hati saja. Aku cuba meragut tanganku dari genggamannya namun semakin erat genggamannya sehingga menyakitkan tanganku. Aku menjeling ke arahnya menunjukkan amarahku namun matanya jelas tertumpu ke arah bekas teman wanitanya. Memang minta penumbuk betul.

"Oh, sorrylah. I tak tahu yang dia dah kawin. Dia tak jemput I pun. Mungkin dia tak nak I tahu tentang you, kot."dia bersuara dengan nada gediknya. Sengaja ingin mengipas hatiku yang sememangnya tengah membara.

"Or dia memang dah tak nak tengok muka kau."balasku kasar. Wajah wanita itu sedikit berubah mendengar kata-kataku namun masih berjaya dikawalnya. Aku dapat merasakan genggaman di tanganku dilonggarkan dan tidak menyakitkan tanganku seperti tadi namun masih tidak cukup longgar untukku melepaskan diri. Aku memandang ke arah lelaki itu yang sedang berpaling ke arah lain, cuba menahan ketawa. Entah apa yang lucu baginya pun aku tidak tahu namun reaksi lelaki itu membuatkan bara hatiku yang semakin berapi tadi terpadam tiba-tiba.

"Tentu susahkan hidup dengan dia."suara wanita itu membuatku kembali memandang ke arahnya. Api yang tadinya sudah ditenangkan kembali membara tiba-tiba. Tak berambus lagi perempuan ni.

"Ye lah, Zack dah la tak romantik. Tak pandai ambil hati perempuan macam kita ni. Asyik dengan kerja jer, selalu takde masa. Nak dating pun tak sempat. Mesej selamat malam pun susah. Nak pegang tangan pun banyak jer alasan. Haram lah. Apa lah. Kadang-kadang diri sendiri pun sampai tak terurus. Tentu lonely tinggal dengan dia. I bukan jeles tau. Just kesian jer dekat you. Yerlah, ada suami pun macam takde jer. Baik cari orang lain jer. I rasa orang macam I jer kot yang sanggup layan kerenah dia dulu. Itupun I dah tak tahan. At last I cari orang lain, lagi bahagia." tembakan wanita gedik itu mengena.

Aku dapat merasakan genggamannya semakin longgar di tanganku kueratkan semula tanpa memandang wajahnya. Mataku tepat memandang ke dalam mata gadis itu. Satu senyuman yang kali ini ikhlas aku lemparkan ke arahnya. Akhirnya aku mengerti mengapa aku masih berada di sisi lelaki itu.

Aku dapat merasakan genggamannya semakin longgar di tanganku kueratkan semula tanpa memandang wajahnya. Mataku tepat memandang ke dalam mata gadis itu. Satu senyuman yang kali ini ikhlas aku lemparkan ke arahnya. Akhirnya aku mengerti mengapa aku masih berada di sisi lelaki itu. -PERFECT PARTNER

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience