Rate

BAB 4

Humor Completed 355

“Saya ke mari ni nak jumpa Pak Maaruf . Nak sampaikan pesanan ayah saya.
Pak Maaruf ada di rumah?” (Macamlah ayah dan pak Maaruf tak ada telefon
untuk pesan-memesan itu. Memang ada maknalah aku datang ke rumah pak
Maaruf ni he..he).

“Ada, tapi dia sedang mandi,” jawabnya.

(Apa lagi, buatlah kopi, bolehlah kita minum bersama). “Salimah datang
sini, bercuti ataupun memang nak tinggal di sini?”

“Saya nak tinggal di sini kerana saya nak kerja di sini.”

“Oo nak kerja, baguslah. Kilang tempat saya kerja tu nak ambil
pekerja-pekerja di bahagian pengeluaran. Kalau Salimah nak, bolehlah
memohon tapi gaji mulanya taklah berapa tinggi, kena tengok kelulusan
dan pengalaman juga….”

“Oh, kau Mid, baru sampai?” tiba-tiba muncil Pak Maaruf di muka pintu.
Percakapan Thaamid tadi terputus dan Salimah pun mengundurkan diri ke
dalam rumah.

( I say man..kacau daunlah Pak Maaruf ni). “Aku dengar tadi si Limah
terlanggar dengan kau?” Pak Maaruf duduk bertentangan dengan Thaamid .

“Perlanggaran kecil, tak ada apa-apa, Pak Maaruf .” (No problem, Pak
Maaruf . Cuma mungkin hati ni dah tersangkut kat orang yang melanggar).

“Limah ni baru semalam sampai. Dia nak tinggal di sini. Kalau nak
ulang-alik dari rumahnya ke tempat kerja tu, teruklah juga, jauh sangat.
Sebab itu aku suruh dia tinggal di sini sahaja.”

“Oh, jadi Salimah dah ada kerjalah. Saya ingat tadi dia baru nak cari
kerja. Jadi saya suruhlah dia buat permohonan ke kilang tempat saya
bekerja itu, jadi pekerja bahagian pengeluaran,” kata Thaamid . (Ada juga
peluang saya nak jumpa dia selalu. Tamrin mesti jealous punya).

“Eh, Limah tak beritahukah?”

“Beritahu apa, Pak Maaruf ?” (Pandai juga Pak Maaruf buat suspens).

“Dia tu akan bekerja di kilang kau jugalah. Kawan aku Encik Semeot
adalah sahabat pengurus kilang itu. Dia yang rekomenkan si Limah.
Lagipun Limah ada kelulusan yang dikehendaki dan sedikit pengalaman.”

“Eh, baguslah tu, Pak Maaruf . Tak sangka saya dia dapat kerja di tempat
yang sama.” (Jangan bimbang, Pak Maaruf . Saya akan tengokkan dia dan
tunjuk ajar apa yang dia tak tahu). “Bahagian mana dia bertugas?”

“Dia bertugas sebagai Penolong Pegawai Perjawatan,” jawapan Pak Maaruf
hampir membuat Thaamid jatuh daripada kerusinya.

“Haaa...penolong pegawai perjawatan?” Thaamid terkejut. (Alamak! Apa dah
jadi?)

“Mengapa dengan kau, Mid? Mengapa kau terperanjat?”

(Bukan saja terperanjat, dah heart attack ni!). “Tak ada apa-apa, Pak
Maaruf . Saya…saya fikir, baik saya balik dulu, ya.”(Tak sangka sungguh,
ni kes leceh ni!).

“Eh, mengapa dengan tiba-tiba kau nak balik? Minum pun belum lagi.”

“Terima kasih, Pak Maaruf , lain kali sajalah. Lagipun dah nak Maghrib.”

“Tapi apa hajat kau ke mari tadi?” tanya Pak Maaruf .

“Entahlah, Pak Maaruf . Saya pun dah lupa. Saya balik dulu, ya.” Thaamid pun
tergesa-gesa melangkah anak tangga anjung rumah itu.

“Eh, apa kena dengan kau ni, Mid? Tunggulah sekejap, suami Limah tu dah
nak pulang, berkenalanlah dengan dia dulu,” kata-kata Pak Maaruf kali ini
membuat Thaamid hampir tersungkur dari tangga anjung itu.

(Suami? Ya rabbi, aku betul-betul dah silap hari bulan). “Lain…lain hari
sajalah, Pak Maaruf . Entah pasal apa badan saya rasa tak sihat. Saya
balik dulu, Pak Maaruf .” Thaamid melangkah laju tanpa menoleh ke belakang
lagi. Pak Maaruf terpinga-pinga memandangnya pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience