Rate

BAB 2

Humor Completed 355

Mereka terus mengayuh basikal mereka. Apabila sampai ke satu simpang,
sambil memberi salam kepada Tamrin, Thaamid pun membelok ke arah jalan ke
rumahnya.

Sudah hampir lima tahun Thaamid bekerja di kilang yang terletak lebih
kurang empat kilometer dari kampung mereka itu. Setiap perkembangan yang
berlaku di kilang itu diikutinya, baik hal ehwal pekerja ataupun
pentadbiran. Dia adalah salah seorang AJK kesatuan pekerja kilang itu.

Tindakan majikan mengambil orang luar untuk jawatan penolong pegawai
perjawatan itu memang dia tidak setuju. Ia seolah mengabaikan
pekerja-pekerja senior dalam pentadbiran yang ada di situ. Tetapi dia
tahu dia hanya pekerja biasa yang tidak berkelulusan tinggi, tiada
pangkat dan kuasa. Suaranya tidak dipeduli malah tidak didengari
langsung. Lagipun itu semua adalah urusan pentadbiran dan tiada siapa
boleh masuk campur. (Hai, lantaklah ikut suka mereka, janji aku boleh
kerja di situ). (Hai, letih sungguh hari ni. Balik nanti apa lagi, buat
tahi matalah).

Tiba-tiba pandangan Thaamid tertangkap sesuatu. Dia mengerling ke kiri.
Sebuah basikal sedang meluru ke arahnya. Tidak sempat dia hendak
mengelak. Basikal itu menghentamnya dari tepi. Dia terbabas. (Ya,
Allah!). Bajunya tersangkut di hujung brek basikalnya lalu terkoyak dan
dia tersungkur dan tertiarap ke tanah. (Jahanam aku!). Basikal yang
melanggarnya tadi pun tertiarap bersama penunggangnya.

(Aduh, sakitnya kaki aku!) Thaamid bangun dengan perlahan. Dia tidak luka
cuma lututnya rasa sengal. (Naik basikal macam bapa dia punya kampung.
Mujur tak tercabut kepala lutut aku). Sambil mengurut-urut kakinya dia
menoleh memandang orang yang melanggarnya tadi. (Perempuan? Datang dari
mana dia ni? Tunggang basikal macam dikejar setan!).

Seorang perempuan berumur awal tiga puluhan, berbadan langsing,
bertudung hitam dan berbaju kurung biru tua sedang bangun sambil menguis
debu dan pasir dari pakaiannya. Thaamid mengangkat basikalnya. (Nasib baik
tak jahanam basikal tua aku ni). Dia pun mendekati perempuan itu yang
sedang mengangkat basikalnya yang tergelimpang.

“Awak nak bunuh saya agaknya? Tunggang basikal begitu laju, mujur
basikal, kalau motosikal, arwah dah saya tadi,” kata Thaamid tetapi entah
mengapa nada suaranya tidak terkeluar seperti orang yang benar-benar
marah. (Hai, nak marah pun tak sampai hati, dia pun tertiarap juga!).

“Maafkan saya! Dah lama saya tak tunggang basikal, dah itu brek pula
terputus, tak dapat nak berhenti. Maafkan saya!” Perempuan itu segera
berkata dengan suara yang kesal. Thaamid memandang wajahnya kemudian ke
basikal. Memang breknya putus. (Dah kayuh laju-laju, brek kuat-kuat,
macam mana tak putus!)

“Mengapa tunggang laju-laju sangat? Nasib baik tak ada apa-apa,” kata
Thaamid lagi. (Kalau lori sedang lalu tadi, sikit punya teruk
dicanaikannya kita).

“Bukan saya tunggang laju, tanah di situ tinggi, saya terlajak turun di
curam tadi, tak dapat nak kawal,” jelas perempuan itu. Dia mengusap-usap
sikunya.

(Mengapa menunggang di tanah tinggi? Dengan stuntman mana agaknya dia
belajar naik basikal ni?)

“Awak cedera?” tanya Thaamid . (Hai, kesian juga saudari kita ini).

“Tidak, saya tak cedera, encik bagaimana?”

“Tak, saya pun tak cedera,” jawab Thaamid . (Tak cedera? Macam nak tercabut
kepala lutut).

“Memang saya yang bersalah, saya minta maaf,” katanya lagi.

(Eh, berapa kali nak minta maaf). “Tak apa, alhamdulillah tak ada siapa
yang cedera.” (Suara lembut, rupa lawa, hati aku dah pun sejuk).

“Baju encik koyak?” tanya perempuan itu, sambil memandang bajunya.
(Yalah, tentulah koyak, takkanlah fesyen baru pula?).

“Kalau encik mahu, saya boleh gantikan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience