Rate

BAB 1

Humor Completed 355

Al-kisah ceritera pada satu petang di Bulan September Tahun 1986

Badan mereka tidak berasa begitu panas kerana suasana agak redup pada
petang itu. Angin pula sekali-sekala menyerbu ke tubuh mereka. Thaamid dan
Tamrin mengayuh basikal mereka yang masing-masing mengeluarkan bunyi
dalam satu irama yang anih. Mereka membelok ke arah jalan sempit yang
menuju ke kampung mereka.

“Nampaknya kita akan dapat pegawai baru,” Tamrin bersuara sambil
mengayuh basikalnya beriringan dengan Thaamid .

“Heh bukan pegawailah, penolong pegawai!” kata Thaamid .

“Pegawailah juga tu,” balas Tamrin. “Tak banyak bezanya. Yang bezanya,
kita dengan dia.”

“Siapa kata kalau dia pegawai dia mesti berbeza? Dia pun pekerja juga,”
tingkah Thaamid . Dia bertubuh tinggi dan kurus, berumur awal tiga puluhan.

“Takkanlah pegawai serupa dengan pekerja biasa macam kita, gaji dia
beza, tugas dia beza, suasana tempat dia bekerja pun berbeza,” jawab Tamrin.

“Tapi dia makan gaji juga!’ kata Thaamid . (Tak faham betul si Tamrin ni!)

“Tapi macam manapun dia akan jadi penolong pegawai perjawatan di kilang
kita itu. Kalau ada apa-apa hal kita kena berjawab dengan dia.”

“Hal apa sangat, cuma bila kita sakit demam, buat pinjaman, ambil cuti,
datang lewat dan satu dua perkara lagi…ah, tak kesahlah tu!”

“Bila agaknya dia akan lapor diri?” tanya Tamrin.

“Entah, aku pun tak tau, aku bukan pengurus besar nak ambil tahu hal
macam tu,” jawab Thaamid . (Tak datang pun tak apa. Apa yang nak dikesahkan?).

“Dari mana agaknya pegawai itu?” Tamrin bertanya lagi.

“Entahlah, kalau dari zoo pun, apa aku peduli,” Thaamid sudah tidak mahu
melayan soalan kawannya itu. (Hai, banyak soal sangat).

“Eh, kau marah nampaknya! Takkanlah kerana Zainuddin tak dapat jawatan
itu kau dah nak naik panas,” Tamrin berkata sambil tersengih.

“Aku bukan marah, Rin, cuma geram sikit. Dalam perkara ini majikan tak
berlaku adil. Aku begitu yakin Zainuddin akan menyandang jawatan itu.
Tak patut sungguh mereka buat dia begitu,” Thaamid menyuarakan rasa hatinya.

“Mungkin mereka fikir dia tak layak memegang jawatan itu. Sebab itu
diambilnya orang luar.”

“Tak layak apa lagi. Dia ada kelulusan dan pengalaman. Dia sudah lama
bekerja di situ. Orangnya rajin dan bertanggungjawab, ada kepimpinan.
Apa lagi yang mereka nak?” kata Thaamid dengan nada yang sedikit marah.
(Entah apa yang tak kena).

“Mungkin kerana dulu dia pernah berselisih faham dengan majikan,” Tamrin
mengingatkan isu yang lama.

“Itu kerana dia nak menyebelahi pekerja yang dianggapnya tidak dilayan
dengan adil oleh majikan.”

“Tapi aku tak kesah sangat, siapapun boleh. Bukannya kita nak bertemu
muka dengannya setiap hari. Dia dengan kerja dia, kita dengan kerja
kita,” kata Tamrin.

“Yalah, aku tahulah itu semua. Itu tadi aku dah katakan, bukannya aku
marah. Cuma aku memikirkan bagaimana perasaan Zainuddin dalam perkara ini.”

“Lupakan saja, Mid. Itu sudah rezeki masing-masing. Kita boleh merancang
tetapi Allah yang menentukan. Apa nak difikir tentang itu, kita pun ada
masalah kita sendiri.” Thaamid cuma mengangguk perlahan tanpa memandang
wajah kawannya itu. (Betul juga kata Tamrin. Boleh pakai juga cakap dia
kadangkala tu).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience