Rate

BAB 3

Humor Completed 355

(Eh, betulkah ni? Baju pun ada ganti rugi?) “Eh, tak payahlah. Sikit
saja koyaknya,” jawab Thaamid sambil membetul-betulkan bajunya.

“Tak apa, saya sanggup gantikan kerana ini kesalahan saya,” katanya lagi.

(Beriya-iya benar nak ganti). “Jangan susah-susah, lupakan saja. Koyak
begini senang saja untuk dijahit.” (Hai, baik hati sungguh).

“Basikal encik tak rosak apa-apa?”

“Tidak, tak rosak.” (Tapi kalau nak gantikan dengan basikal baru
bolehlah juga. Basikal ni pun dah buruk, datuk saya guna semasa dia anak
teruna dulu).“Awak ni orang kampung sinikah? Tak biasa nampak pun.”

“Tidak, saya baru sampai semalam,” jawab perempuan itu.

“Oh begitu…” (Dah kahwin belum?)

“Saya datang ke rumah pak long saya di sini.”

“Siapa nama pak long?” tanya Thaamid .

“Orang kampung panggil dia Pak Maaruf .”

“Oo, Pak Maaruf . Tak jauhlah dari rumah saya. Ayah saya kenal betul
dengan Pak Maaruf .” (Saya pun kenal betul dengan Pak Maaruf , ada canlah
macam ni). “Nama saya Thaamid , nama awak?”

“Semeot…,”terkeluar nada suara yang perlahan dari mulut perempuan itu
sambil dia memandang ke satu arah seolah teringatkan sesuatu.

“Hah?” Thaamid agak terkejut. (Alamak, apa pasal sedap sangat nama? Dah
tak ada nama lainkah?). “Pandai sungguh mak awak pilih nama.”

“Tidak….nama saya Salimah. Saya cuma teringat pak long suruh saya berada
di rumah sebab kawan dia Encik Semeot nak datang nanti.”

“Oh, begitu” (Mengapa? Dia nak masuk meminangkah?).

“Saya minta diri dulu, ya. Nak ke kedai basikal sekejap, nak gantikan
brek yang putus ini. Sekali lagi saya minta maaf atas kejadian tadi.
Baru sehari saya tiba dah menyusahkan Thaamid ,” katanya dengan nada yang
kesal.

“Tak apa, lupakan saja.” (Bukankah jodoh pertemuan dan perlanggaran itu
di tangan tuhan). Salimah menolak basikalnya. Thaamid sekadar
memerhatikannya. (Jalan baik-baik ya, jangan terlanggar tiang lampu pula).

Lewat petang itu, Thaamid pergi ke rumah Pak Maaruf . Rumah bapa saudara
Salimah itu terletak tidak jauh dari rumahnya. Dia membawa pesanan dari
ayahnya yang hendak ke pekan bersama Pak Maaruf . Thaamid menganggapnya satu
peluang untuk berjumpa dengan Salimah lagi. Dia tersenyum sendirian
teringat Salimah dengan basikal yang putus breknya itu. Apabila sampai
di halaman rumah Pak Maaruf , Salimah berada di muka pintu.

(Bertemu lagi kita. Macam dok ternanti-nanti aja di depan pintu tu.
Perasan pula aku). Thaamid terus memberi salam. Salimah menjawab salamnya
dengan senyuman. (Hai, bertambah menawan kalau tersenyum begitu).

“Kita bertemu tadi dalam keadaan yang kurang menyenangkan. Mungkin kita
boleh buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Maklumlah saya ni baru
datang ke kampung ini,” Salimah membuka bicara.

“Perkara kecil saja, tak usah difikirkan tentangnya lagi. Minta maaf pun
sudah cukup.” (Kalau ditambah dengan senyuman dah lebih daripada cukup)

“Tapi saya nak juga beri sedikit saguhati mungkin untuk membaiki basikal
Thaamid . Ini ikhlas daripada saya. Saya harap Thaamid akan menerimanya,”
kata Salimah sambil menghulurkan sampul surat yang berisi. (Hai, surat
cinta apa pula ni?).

“Eh, tak payah. Bukankah saya dah katakan tadi…,” Thaamid menolak sampul
surat berduit itu. Salimah mendesak suruh ambil. Thaamid menolak lagi.
Salimah mendesak juga. Akhirnya Thaamid pun mengambilnya. (Rezeki jangan
ditolak banyak-banyak kali. Berat sungguh nak ambil. Alahai, baiknya
hati dia. Tapi baguslah juga poket tengah kering ni).

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience