Bab 12

Fanfiction Series 3289

Gadis tersebut berlari ke arah pondok bas itu.Membuatkan jantung Jun berdegup laju.

Kelihatan gadis itu melibas-libas bajunya yang basah.Kemudian dia mengeluarkan sehelai sapu tangan lalu mengelap wajahnya yang mulus.

Jun berdeham seketika.Dia sudah bersedia.

"Err...Awak...gadis semalam kan?Yang duduk kat sini waktu hujan semalam?" soal Jun,teragak-agak.

Gadis itu memandangnya.Mukanya berkerut.

"Ohh...Awak lelaki semalam ya...Haha...Betullah tu.Semalam tu saya lah" jawab gadis itu dengan senyuman.

Jun tersenyum lebar."Kebetulan kan?" sambung Jun.

Gadis itu mengangguk kecil."Atau mungkin juga takdir" balas gadis itu selamba.

Jun terpaku.Dia merenung wajah yang sedang tersenyum ke arahnya itu.

"By the way,saya Eunji.Jung Eunji" kata gadis yang bernama Eunji itu.

"Saya Wen Jun Hui" jawab Jun pula.Dia cuba mengabaikan kata-kata Eunji sebentar tadi.Mungkin dia hanya bergurau.

"Wen Jun Hui?Awak chinese ke?" soal Eunji ingin tahu.

"Ya.Tapi saya dah duduk Korea dari umur 8 tahun.Sebernanya saya baru berpindah dari Seoul" terang Jun.

Eunji mengangguk kecil.

"So,saya kena panggil awak apa?Mr.Handsome?" seloroh Eunji.

Jun ketawa."Mane ada.Panggil Jun je" kata Jun dengan sisa tawanya.

Mereka berbual-bual tentang pelbagai benda sehinggalah hujan reda.

Jun berasa berat hati untuk berpisah dengan Eunji.Namun dia yakin yang dia akan bertemu Eunji sekali lagi.

Hujan berhenti tidak bermakna pertemuan mereka terhenti juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience