Jun melangkah bersama Irene dan Mingyu ke pagar sekolah setelah tamat sesi persekolahan mereka pada hari itu.
"Rumah kau kat mane?" soal Mingyu pada Jun sebaik sahaja mereka tiba di pagar sekolah."Kat taman perumahan sana tu" balas Jun sambil menuding jari ke bahagian kanan.
"Ohh...Sayangnya...Rumah aku kat sana" keluh Mingyu lalu menunjuk ke bahagian kiri." Saya pula pulang dengan appa saya.Rumah saya jauh la jugak" kata Irene pula.
"Takpe.Esok kita jumpa lagi" jawab Jun dengan senyuman yang manis."Okey.Pergilah cepat.Hari dah gelap ni.Nanti hujan,basah pulak" ujar Mingyu sambil mendongak melihat langit yang semakin gelap.
Jun turut mendongak."Arasseo.Bye!" kata Jun dan terus berlalu pergi.Namun,di pertengahan jalan,kilat sambar-menyambar membuatkan Jun cuak.Dan tanpa amaran,hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Jun pantas berlari ke arah sebuah pondok bas yang berada berdekatan.Dia mengeluh melihat bajunya yang sudah lencun.Terasa menyesal kerana terlupa membawa payung.
Tiba-tiba,kelihatan sesusuk tubuh sedang berlari ke arah pondok bas dimana Jun berada.Seorang gadis.Baju pink yang dipakai gadis itu turut lencun.
Jun berasa kasihan melihatnya.Dia merenung gadis yang sedang mengelap wajahnya dengan sehelai kain itu.
Gadis itu terasa seperti diperhatikan lalu dia berbalas pandangan dengan Jun.Jun melemparkan senyuman ikhlas.Gadis itu turut tersenyum manis ke arah Jun.
15 minit kemudian,hujan yang turun akhirnya reda.Jun meneruskan perjalanan pulang ke rumah.Gadis tadi juga sudah menghilang entah ke mana.
Share this novel