Bab 9

Fanfiction Series 3289

Jun mengelap tubuhnya yang basah dengan menggunakan tuala.Terasa segar selepas mandi.

Dia mencapai telefon bimbitnya lalu duduk di birai katil.

Tiba-tiba fikirannya terkenangkan gadis yang bersamanya di pondok bas tadi.

Entah mengapa,hatinya memberontak ingin tahu tentang gadis itu.Terasa menyesal pula kerana tidak beramah mesra dengannya.

Apa yang dia pasti,ada satu perasaan aneh yang tidak dapat digambarkan.

Jun cuba mengimbas semula wajah gadis tadi.

Rambutnya panjang separas bahu.Matanya bundar.Bibir mungilnya semerah delima.

Dipendekkan cerita,gadis itu sangat cantik!Wajahnya sempurna tanpa cacat cela.

Jun tersenyum sendiri.Dia nekad ingin berkenalan dengan gadis itu.Dan dia juga yakin dia pasti akan bertemu gadis itu lagi.

Pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience