"Haa...Dah sampai" ucap Irene sebaik sahaja mereka tiba di hadapan pejabat sekolah.
"Kamsahamida Irene.Saya sangat terhutang budi" kata Jun lalu menunduk sedikit pada Irene."Gwenchanayo.Tak de apa-apa lah.Nanti kita jumpa lagi ya" balas Irene dan terus berlalu pergi.
Jun memandang kelibat Irene sehingga hilang dari pandangannya.Seketika,dia mengerling jam di tangan.10 minit lagi loceng akan berbunyi dan perhimpunan rasmi akan dimulakan.
"Kamu tengah cari siapa ni?" sapa seseorang.Jun menoleh ke arah lelaki yang memakai kemeja itu.Gayanya seperti guru di sekolah itu.
"Saya tengah cari Encik Kim" balas Jun,sopan.
"Kamu pelajar baru ya?" soal lelaki itu lagi."Nae" jawab Jun.
"Sayalah Encik Kim.Mari masuk ke dalam untuk uruskan pendaftaran kamu" arah Encik Kim.Jun akur.Dia mengekor langkah Encik Kim Dan masuk ke dalam pejabat tersebut.
Share this novel