Series
1768
Yoojung membuka matanya perlahan, sempat dia melihat suasana di luar tingkap.
'Dah malam rupanya lama betul aku tidur tadi. Siapa lelaki yang peluk aku tu? Aku pun satu macamana boleh hilang kawalan buat malu je tapi bau perfume dia buat aku tenang. Suara dia pun sedap biarpun agak garau sedikit'
Yoojung melayan perasaannya sambil memandang ke arah syiling. Hanya dia sahaja berada di dalam bilik wad itu.
'Besarnya wad ni bilik vip ker apa? Banyak betul duit keluarga angkat Yoona serba salah pulak aku. Patut ker aku tinggal dengan diaorang? Tak jadi beban ker? Mak macamana hidup lagi tak?'
Yoojung menghela nafasnya perlahan. Setelah dia sedar tadi segala wayar yang pernah berselirat di tubuhnya di cabut satu persatu yang tinggal hanyalah wayar drip.
Perlahan dia bangun untuk menuju ke bilik air. Wayar drip yang tergantung dicapai.
Namun baru sahaja kakinya memijak lantai dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu terjelepok jatuh.
Sebelah tangannya yang memegang meja yang berada di sebelah katil terlepas dan tertepis cawan yang berada di atas meja menyebabkan bunyi yang kuat di dalam bilik itu.
Yoojung mula merasakan kesakitan di kakinya mungkin sudah lama terlantar di atas katil kakinya mulai rasa kejang.
"Argghh"Yoojung mengerang tangannya cuba mencapai kakinya yang tengah sakit itu. Namun tubuhnya yang masih lemah meyukarkannya untuk berbuat demikian.
Taehyung dalam perjalanan ke bilik wad Yoojung. Hanya tinggal beberapa langkah lagi dia terdengar bunyi barang yang jatuh di dalam bilik itu.
Pantas dia masuk ke dalam bilik wad dan dia terkejut melihat Yoojung yang berada di atas lantai sambil mengerang kesakitan.
"Yoojung!"jerit Taehyung lalu pantas menuju ke arahnya. Perlahan dia mendukung Yoojung lalu diletakkan perlahan di atas katil.
"Sakit kat mana? Kaki ker?"pertanyaan Taehyung disambut dengan anggukan dari Yoojung.
Baru sekarang dia perasan betapa hensemnya wajah lelaki di hadapannya. Lelaki yang sama yang memeluknya sewaktu dia hilang kawalan.
'Ni ker lelaki yang peluk aku tu? Kenapa hensem sangat aku rasa dia yang paling hensem yang pernah aku jumpa selama ni.'
Yoojung mula rasa malu apabila lelaki itu memicit kakinya yang sakit. Perlahan rasa sakit itu mula menghilang.
Taehyung memandang wajah Yoojung apabila pandangan mata mereka bertemu jantung Taehyung mula berdegup laju daripada biasa.
'Hei jantung takkan masa ni pun kau nak mengepam laju baru tengok mata je pun tapi cantiknya mata dia'
"Awak dah okay kaki saya dah tak sakit" kata Yoojung. Taehyung menghentikan perbuatannya. Dia berdehem kecil.
"Awak nak pergi mana sebenarnya?"tanya Taehyung.
Yoojung membulatkan matanya memandang Taehyung.
'Comel'bisik Taehyung sambil tersenyum. Wajah Yoojung ketika itu memang comel.
"Erm..sa..saya nak pergi toilet"jawab Yoojung sambil bermain dengan jarinya. Cuba menghilangkan rasa kekok berdua-duaan dengan lelaki itu.
"Jom saya tolong awak pergi toilet"kata Taehyung.
Yoojung terus memandang wajah Taehyung dengan reaksi terkejut. Sebenarnya lebih kepada malu.
'Hei,biar betul lelaki ni nak tolong aku pergi toilet. Malulah aku'
Yoojung menggelengkan kepalanya. "Tak apalah saya tunggu Yoona datang"ujar Yoojung.
Taehyung ketawa perlahan membuatkan Yoojung memandangnya semula.
'Wah, ketawa pun hensem juga mamat ni datang daripada mana?'
Yoojung menggelengkan kepalanya cuba menghilangkan debar di hati.
"Yoona datang pagi esok malam ni saya yang akan temankan awak kat sini jadi saya je yang ada so sayalah yang akan tolong awak"ujar Taehyung.
"Jom saya tolong awak pergi toilet,lepas tu kita makan saya ada bawa bubur untuk awak"tambah Taehyung lagi sambil menunjukkan bungkusan makanan di atas meja.
Yoojung mengalah jua takkan dia nak tahan daripada melepaskan hajatnya sampai pagi esok nak tak nak dia mengangguk perlahan.
Taehyung tersenyum melihat reaksi Yoojung. Kalau dibandingkan dengan Yoona yang manja itu, Yoojung lebih pendiam.
Tapi dia tetap sukakan Yoojung. Dan sukanya melebihi suka kepada adik sendiri.
Dan tanpa membuang masa Taehyung terus mengangkat tubuh Yoojung membuatkan gadis itu terjerit kecil.
"A..pa awak buat ni?"tanya Yoojung yang terkejut dengan tingkah Taehyung namun dia sempat merangkul leher Taehyung.
Kedudukan wajahnya dengan wajah Taehyung sangat rapat membuatkan pipinya merona merah.
"Kata tadi nak pergi toilet saya tolonglah ni"jawab Taehyung separa berbisik sempat dia menoleh ke arah Yoojung yang berada dalam dukungannya membuatkan pipi gadis itu merona merah. Taehyung tersenyum gembira dia suka melihat perubahan wajah Yoojung dia pasti gadis itu malu dan mulai saat itu dia akan pastikan gadis itu akan berkongsi rasa yang sama sepertinya.
"Ta..Tahu tapi tak payahla dukung saya papah saya pun dah okay"jawabnya perlahan. Taehyung tersenyum mendengar jawapan Yoojung.
"Papah lambat dukung lagi cepat"kata Taehyung lalu menuju ke arah bilik air.
Bilik air di wad itu besar maklumlah bilik vip, Taehyung meletakkan Yoojung perlahan di atas mangkuk tandas.
"Awak boleh tak ni? Atau nak saya tolong?"kata Taehyung sambil tersenyum nakal.
'Amboi kau dah bagi betis nak paha,mentang-mentang aku sakit'omel Yoojung dalam hati.
"Tak apa saya boleh buat sendiri nanti dah siap saya panggil erm..nama awak apa ya?"tanya Yoojung.
Mendengarkan soalan Yoojung,Taehyung duduk mencangkung di hadapannya sambil itu tangannya menggenggam tangan Yoojung.
"You have to listen me well Kim Yoojung.
Nama saya Kim Taehyung dan saya abang angkat kedua awak dan saya nak awak tahu sesuatu. Mulai saat ni saya tak boleh nak anggap awak macam Yoona because you different from her even you are her twin."
Yoojung tahu dan boleh mengagak yang keluarga angkat Yoona tak boleh menerimanya. Dengar sahaja pengakuan Taehyung. Mungkin keputusannya untuk tinggal bersama mereka merupakan kesilapan besar.
"Maksud awak?"
"Maksud saya saya tak boleh anggap awak macam adik angkat saya macam Yoona"
Jantung Yoojung mula berdebar, lebih lagi kedudukan mereka yang rapat di dalam ruang yang kecil. Melihatkan panahan mata Taehyung membuatkan dia lagi tak keruan.
"Because being with you like this make me wants you more Kim Yoojung. No women that l ever met make me feel like this. So prepare yourself well because l will make sure you will be mine someday"kata Taehyung dengan wajah seriusnya.
Yoojung mati kata,dia tidak tahu nak cakap apa sebab dia tidak pernah mengalami situasi ini.
Taehyung tersenyum risau juga jika Yoojung tidak selesa akan pengakuannya.
Dia tak boleh bersabar berada dekat dengan Yoojung membuatkan keinginannya yang satu itu membuak-buak.
Kalau boleh dia nak memeluk Yoojung hujani dia dengan ciuman setiap hari sayangi dan lindungi Yoojung.
Cukuplah sekali dia melihat gadis itu menangis dia tidak sanggup lagi untuk melihat gadis itu menangis.
Lantas itu dia bangun. " I wait you outside nanti dah siap panggil saya"kata Taehyung lalu mengenyitkan matanya kepada Yoojung membuatkan mata gadis itu membulat memandangnya.
Taehyung ketawa gembira melihat wajah Yoojung lalu dia keluar dari bilik air.
Setelah kejadian di bilik air tadi Yoojung banyak mendiamkan dirinya. Salah satu sebabnya dia malu dengan Taehyung.
Bubur yang masih panas Taehyung letakkan dihadapan Yoojung. Dan tanpa banyak soal dia makan perlahan-lahan.
'Dia ni nak tenung aku sampai bila nak makan pun tak selesa macam ni'bentak Yoojung dalam hati.
Taehyung hanya memerhati Yoojung yang sedang makan senyuman tak lekang dari bibirnya. Bahagia sungguh hatinya macam budak sekolah yang tengah hangat bercinta.
"Awak boleh tak jangan pandang saya macam tu nak makan pun tak senang"kata Yoojung sambil menyuapkan bubur ke dalam mulutnya.
Taehyung melepaskan tawanya. Lantas tangannya mengelap tepi bibir Yoojung menyebabkan gadis itu tiba-tiba kaku tidak bergerak.
"Awak ni makan bubur pun comot"kata Taehyung lalu menghulurkan secawan air kepada Yoojung.
Yoojung berdehem kecil lalu menghabiskan buburnya dan minum air yang diberi oleh Taehyung sehingga habis.
Melihat Yoojung yang sudah habis makan Taehyung terus mengemaskan meja setelah itu dia duduk di kerusi tepi katil Yoojung.
Dan tanpa memandang Yoojung,Taehyung mengeluarkan tab lalu memeriksa email yang dihantar pembantunya.
Yoojung yang tidak berbuat apa itu berbaring namun matanya kejap-kejap memandang wajah serius Taehyung itu.
"Don't staring at me like that Yoojung"kata Taehyung tanpa memandangnya.
"Kenapa?"tanya Yoojung lantas itu Taehyung memberi sepenuh perhatiannya kepada Yoojung.
Perlahan dia mendekati Yoojung,dan kerana terkejut dengan tingkah Taehyung pantas dia memejamkan matanya.
Taehyung tersenyum melihat reaksi Yoojung. Dan selepas itu Yoojung membulatkan matanya apabila Taehyung mencium dahinya lama.
"Goodnight princess"bisik Taehyung lalu selimutkan Yoojung sehingga paras dada.
"Saya tidur kat sofa kalau nak apa-apa panggil okay"tambah Taehyung lalu menutup suis lampu.
'Apa yang lelaki ni nak sebenarnya? Kalau macam ni lah perangai dia macamana aku nak duduk sekali dengan keluarga dia nanti'bisik Yoojung lantas memejamkan matanya.
Dan Taehyung pula tersenyum-senyum sambil menyentuh bibirnya.
'Ni baru dahi tunggulah aku cium bibir kau pula Kim Yoojung'bisik Taehyung.
Share this novel