Bab 9

Fantasy Series 1768

Taehyung terus menelefon Seokjin dan Namjoon sebaik sahaja dia sampai di Moon Club.

Dia masih lagi berada di dalam kereta dia betul-betul rasa ingin masuk sahaja ke dalam club itu tanpa menunggu Seokjin dan Namjoon namun dia sudah diberi amaran agar menunggu kedatangan mereka dahulu, jantungnya mula berdebar laju dia memikirkan keselamatan Yoojung. Tak ingin gadis itu disakiti setelah apa yang dia lalui sebelum ini.

"Kenapa kau datang sini Yoojung,aku takut kau diapa-apakan aku taknak tengok kau menangis lagi Yoojung"bisik Taehyung sambil meraup wajahnya.

"Kenapalah 2 orang tu tak sampai lagi,haish buat aku hilang sabar betullah"bebel Taehyung lalu dia membuka pintu kereta lantas keluar.

Matanya tidak berkalih dari memerhati ke arah pintu masuk club itu. Kesejukan malam tidak terkesan terhadapnya yang ketika itu resah dan gelisah mengenangkan nasib buah hatinya yang berada di dalam club itu.

Taehyung mengalihkan pandangannya saat dia melihat kelibat kereta Seokjin yang meluncur ke arahnya lalu berhenti di sebelah kereta miliknya.

"Asal kau orang lambat sangat nak sampai? Ni kalau orang nak mati dah lama mati tunggu kau orang tahu tak?"bebel Taehyung sambil bercekak pinggang.

"Kau ni bebel je tahu,aku dah bawak kereta laju dah kau salahkan traffic light sebab merah tu yang lambat tu kan Joon kan?"kata Seokjin sambil mencuit bahu Namjoon dan dia hanya mengiyakan sahaja kata-kata Seokjin.

"Ishh,dah la jom kita masuk tak tahula apa yang jadi kat Yoojung kat dalam tu"kata Taehyung lantas mengorak langkah menuju ke pintu masuk Moon Club.

"Tapikan aku hairanlah apa yang dia buat kat sini bukan ker dia tu bawah umur?"tanya Namjoon lantas membontoti langkah Taehyung.

"Kalau aku tahu tak adalah aku panggil kau sekali datang sini,jangan buang masa boleh tak! Apa-apa soalan kau nantilah kau tanya yang penting sekarang ni kita masuk kat dalam tu dan cari mana Yoojung"jawab Taehyung.

Namjoon mencebik mendengar jawapan Taehyung.

"Tahulah tu buah hati dia,tanya pun tak boleh"bebel Namjoon perlahan.

"Hai Joon sabarlah ya kau bukan tak tahu perangai sepupu kau tu macamana"kata Seokjin lantas memaut bahu Namjoon.

Namun langkah mereka terhenti saat mereka terdengar bunyi siren kebakaran yang datang dari club itu.

Berpusu-pusu orang keluar dari club itu,keadaan di situ mula menjadi riuh rendah.Taehyung meraup kasar wajahnya takut akan keselamatan Yoojung. Fikirannya mula berfikir yang bukan-bukan.

Setelah keadaan mulai reda, mereka lihat sekumpulan lelaki bersuit hitam menapak masuk ke dalam club itu jantung Taehyung berdegup laju dan tanpa membuang masa dia terus menerjah masuk ke dalam dan tidak mempedulikan kekecohan di luar club itu.

Seokjin dan Namjoon membontoti langkah Taehyung yang sudah jauh kedepan meninggalkan mereka berdua.

Setelah Taehyung masuk dia terkejut dan mulai cemas apabila melihat Yoojung berlawan dengan lelaki bersuit hitam itu.

Pada mulanya dia hanya memerhati sahaja kelincahan Yoojung yang menewaskan lelaki yang ingin menangkapnya dengan mudah.

Perasaan cemas yang sedari tadi menghantui dirinya mulai reda lantas itu dia tersenyum nipis memuji gadis pujaan hatinya itu yang tidak mudah mengalah.

Namun senyumannya mati apabila dia melihat seorang lelaki menarik lengan Yoojung dan tanpa membuang masa dia memukul belakang lelaki itu sehingga rebah tidak sedarkan diri.

"Taehyung?"ucap Yoojung terkejut dengan kehadiran lelaki itu.

"Did you miss me baby?"balas Taehyung sambil mengenyitkan matanya kepada Yoojung.

Dan dalam sesaat Yoojung sudah tenggelam dalam pelukannya.

"Awak tahu tak yang saya risaukan awak macam nak mati,awak ada cedera kat mana-mana ker?"tanya Taehyung sambil melonggarkan pelukannya lalu menilik seluruh tubuh gadis itu takut ada yang terluka.

Yoojung tertawa kecil melihat tingkah Taehyung itu.

"Saya tak ada apalah saya okay je"balas Yoojung lalu dia tersenyum saat dia ditarik oleh Seokjin dan dipeluk oleh abang angkat sulungnya itu.

"Yoojung kenapa datang sini lain kali nak datang sini ajak oppa tahu tak? Boleh oppa ngorat awek-awek kat sini"seloroh Seokjin sambil mengenyitkan matanya.

Namjoon datang lalu memukul bahu Seokjin. "Kau ni masa ni lah kau nak menggatal ea, kenapa tak cukup doktor ngan nurse kat hospital yang kau nak cari jodoh kat tempat macam ni"bebel Namjoon sambil menggelengkan kepalanya.

"Ala aku gurau jela kau ni pun beriya,aku tahulah taste aku macamana,aku pun tak nak cari jodoh kat sini"balas Seokjin lalu memeluk tubuhnya.

"Apa yang kau mengarut kat tempat aku ni!!!"tengking Seonjun yang sedari tadi memerhati gelagat Keluarga Kim itu.

Dan lagi membuat dia baran apabila mereka senang-senang sahaja dapat memeluk Yoojung sedangkan dia tadi dilontar ke arah meja.Senak di perutnya masih terasa.

"Wah,tengok siapa yang berani tunjukkan diri kat sini,the great of Kim family.Untungla kau ya Yoojung ada bodyguard sekarang"tegas suara Seonjun sambil mengetap rahangnya tangannya dikepal tanda cuba menahan kemarahannya.

"Kau ada club yang mewah ni tapi tak sangka kau pengecut orangnya"kata Taehyung sambil tersenyum sinis tangannya pantas menarik lengan Yoojung lalu dibawa ke belakang badannya cuba melindungi gadis itu dari Seonjun.

"Apa kau cakap? Kau kata aku pengecut?"tahap kemarahan Seonjun sudah senipis kulit bawang apabila mendengar kata-kata dari bibir Taehyung.

"Yalah pengecutlah namanya kalau kau hantarkan seramai ini untuk tangkap Yoojung,kenapa takut kalah ker kalau kau sahaja yang tangkap dia?"Taehyung tertawa sinis cuba membuat Seonjun lebih marah.

"Hahahaha!!! Kau buat lawak apa ni hah,dia yang datang kat sini cari pasal dengan aku kau ingat senang-senang aku nak lepaskan dia memang tak lah,Yoojung milik aku aku takkan lepaskan dia-"

"Arggghh!! Sakit!!"aduh Seonjun apabila tiba-tiba dia dibaling kasut dan adut itu tepat mengenai kepalanya.

"Kau kan memang sengaja buat aku marah kan aku dah cakap beratus kali aku bukan milik kau dan aku bukan milik sesiapa aku adalah milik aku sendiri sekali lagi aku dengar ayat tu keluar dari mulut kau nahas kau aku kerjakan Kang Seonjun!"kata Yoojung yang keluar dari belakang Taehyung sambil berjalan mendekati Seonjun bibirnya tersenyum sinis setelah lemparan kasutnya tepat mengenai sasaran.

Lengannya ditahan Taehyung, Yoojung memandang anak mata milik abang angkatnya itu,kemarahan yang mula menguasai dirinya mulai hilang. Tak tahulah ilmu apa yang Taehyung pakai sampai mampu membuatkan dia bertenang.

Perlahan dia tersenyum nipis kepada Taehyung."lts okay saya tak apa-apa awak jangan risau"kata Yoojung lantas melepaskan pegangan tangan Taehyung di lengannya.

Selepas itu Yoojung melontarkan pendrive kepada Seonjun.

"Kat dalam tu ada segala bukti dan alasan kenapa aku tak boleh terima kau Seonjun. Dan kau nak tahu apa yang paling aku menyesal sekarang?" Seonjun mendongakkan kepalanya menatap wajah Yoojung yang dingin itu. Dia menelan air liurnya kasar menanti penuh debar ayat yang akan dilontarkan oleh Yoojung kepadanya.

"Aku menyesal selamatkan kau dari kena bunuh 2 tahun lepas. Dan aku harap ini last aku jumpa kau,jangan berani tunjukkan muka kau kat depan mata aku lagi kalau tak nahas kau aku kerjakan."kata Yoojung lantas berpaling lalu menuju ke arah Taehyung.

"Lupa pula sekarang aku dah ada bodyguard jadi sebelum aku kerjakan kau diaorang dulu akan kerjakan kau sebelum aku Seonjun. Ingat tu"kata Yoojung lantas menarik tangan Seokjin dan Taehyung lalu keluar dari club itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience