Series
1768
Sudah 2 bulan Yoona berulang alik melawat Yoojung di hospital. Sejak kemalangan 2 bulan yang lalu dia masih tidak sedarkan diri.
Setiap kali pulang dari sekolah Yoona pasti akan datang melawat Yoojung. Bercakap dengannya moga-moga dia dapat mendengar.
Orang yang koma ni mungkin akan dengar apa yang kita bualkan dan akan menjadi pendorong untuk sedar semula.
Dan itulah yang Yoona buat hari-hari. Berpisah dengan Yoojung seakan mendera jiwa dan raganya saban tahun.
Mujurlah keluarga angkatnya sangat menyayanginya membuatkan kerinduan buat Yoojung terubat.
"Awal kamu datang Yoona"tegur Seokjin sambil melonggarkan mask di wajahnya.
"Baru lagi Jin oppa lagipun hari ni ms. Ahn tak datang jadi kelas dia dibatalkan sebab tu boleh balik awal. Jin oppa dah makan?"jawab Yoona sambil membuka blazer sekolahnya.
Baru sahaja Yoona ingin duduk di kerusi dia terdengar suara orang mendesah pantas dia melihat ke arah Yoojung yang terbaring di katil.
Jari jemari Yoojung mula bergerak dan matanya pun sama.
"Jin oppa tengok Yoojung dia macam nak sedar dah"kata Yoona lantas merapati katil Yoojung pantas tangannya memegang tangan Yoojung.
"Sekejap oppa check keadaan dia"kata Seokjin lalu memeriksa Yoojung.
Seokjin melemparkan senyumannya kepada Yoona.
"Tahniah Yoona,Yoojung akan sedar tak lama lagi. Oppa nak call mama,papa dan Taehyung. Diaorang mesti happy dengar yang Yoojung akan sedar."
Yoona tersenyum gembira mendengar berita yang Yoojung akan sedar tak lama lagi.
Sudah 2 bulan dia menanti agar Yoojung sedar. Dan selama 2 bulan ni dia tidak pernah meninggalkan Yoojung. Kalau siang dia akan menjaga Yoojung dan malam pula kadang-kadang Seokjin ataupun Taehyung yang menjaganya.
Mereka tak pernah meninggalkan Yoojung sendirian. Sebab mereka tahu Yoojung masih trauma.
Syukurlah Minjae sudah mati kalau tidak dia sendiri akan mengheret lelaki itu ke muka pengadilan kerana menyeksa kembarnya.
Tapi dia risaukan Yoojung kalau dia sedar dia pasti akan bertanya keadaan maknya.
Yoona tidak sampai hati untuk beritahu perkara sebenar yang maknya sudah mati dibunuh oleh Minjae.
Taehyung sibuk memeriksa fail yang dihantar oleh pembantunya. Tender untuk projek yang akan datang dia semakin sibuk setelah Tuan Kim sudah tidak lagi ke ofis disebabkan kesihatannya.
Juga dia sibuk menjaga Yoojung pada sebelah malam membuatkan masa rehatnya terganggu.
Tentang Yoojung dia tertarik akan wajah gadis itu. Walaupun wajahnya seiras Yoona namun ada kelainan pada wajah Yoojung.
Dengan rambutnya yang pendek membuatkan dirinya berbeza dengan Yoona.
Juga mukanya lebih kurus jika dibandingkan dengan Yoona yang pipinya lebih tembam.
Taehyung akui dia susah untuk jatuh cinta dengan mana-mana perempuan tetapi bila melihat seraut wajah Yoojung buat pertama kalinya jantungnya berdegup kencang.
Walaupun masa itu wajah Yoojung pucat seperti mayat, dan ada saluran pernafasan di hidungnya. Luka-luka kecil menghiasi wajahnya namun tetap mampu menggoncang hati Taehyung.
Disebabkan itu tidak pernah dia terlepas walau satu hari untuk tidak berjumpa dengan gadis itu.
Baginya penat lelah dia bekerja sepanjang hari terubat saat melihat wajah Yoojung.
Dia tahu perasaaannya salah,Yoojung sudahpun menjadi adik angkatnya namun keinginannya yang satu itu tidak boleh dibuang begitu sahaja.
Hanya Yoojung yang mampu membuatkan dia berasa seperti itu.
Perlahan dia meraup wajahnya cuba untuk hilangkan bayangan Yoojung dari fikiran.
Sedang dia ralit membelek kertas kerja dia dikejutkan dengan panggilan dari Seokjin.
"Hello hyung kenapa call?"tanya Taehyung. Tangannya masih ralit membelek kertas kerja.
"Yah Taehyung ah,Yoojung dah sedar. Cepat datang ke hospital" mendengarkan sahaja berita itu sepantas kilat dia bangun lalu mencapai kunci kereta lalu berlari menuju ke pintu ofis.
"Jisoo ah aku balik dulu ada emergency kat hospital tolong batalkan semua meeting pada petang ni ok?"kata Taehyung kepada pembantunya Jisoo. Dan tanpa menunggu balasan daripada Jisoo, Taehyung terus menuju ke lif lalu menekan butang ke grand floor.
Tangannya memegang kemas stereng kereta. Hatinya berdebar-debar untuk berjumpa dengan Yoojung. Tak pernah dia berasa seperti ini. Teruja dan gembira.
"Apa yang perempuan ni dah buat pada aku? Sampaikan aku jadi tak betul macam ni?" Bisik Taehyung lalu menekan pedal minyak untuk cepat sampai ke hospital.
Perlahan-lahan Yoojung membuka matanya cahaya yang terang membuatkan dia memejam matanya semula. Selepas pening di kepalanya menghilang barulah dia berjaya membuka matanya dan orang pertama yang dia nampak adalah kembarnya Yoona.
Perlahan airmatanya menitis sungguh dia rindukan Yoona berpisah dengan Yoona meninggalkan luka yang dalam buat Yoojung.
"Yoona ah" panggil Yoojung bersama suara yang serak mungkin akibat koma dalam jangkamasa yang lama. Suaranya telah berubah.
Yoojung ah akhirnya kau sedar jugak,kau tahu tak betapa takutnya aku bila tengok kau terbaring atas jalan raya hari tu. Aku tak nak hilang kau lagi"kata Yoona sambil menangis teresak-esak.
Yoojung tersenyum melihat keadaan Yoona itu. Perlahan tangannya memegang pipi Yoona mengelap pipi kembarnya yang basah dengan airmata.
"You are real,l thought l was dreaming"tambah Yoojung lagi.
Yoona ketawa perlahan." Kau tak mimpi Yoojung ah aku ada depan kau sekarang dan aku takkan tinggalkan kau lagi"kata Yoona lantas memegang erat tangan milik Yoojung.
"Yoojung ah aku nak kenalkan kau dengan keluarga baru kau"kata Yoona perlahan.
Sebut sahaja tentang keluarga senyumannya mati dia seakan trauma lagi setelah apa yang berlaku kepadanya.
"Jangan risau,mereka okay mereka takkan sakitkan hati kau dan buat apa-apa terhadap kau. Mereka lain daripada keluarga angkat kau"pujuk Yoona setelah melihat perubahan pada wajah Yoojung setelah dia menyebut tentang keluarga.
"Aku takut Yoona ah"kata Yoojung perlahan. Dia mula menggenggam kemas tangan Yoona.
"Hei aku kan ada,kau jangan risau okay"kata Yoona cuba untuk menenangkan Yoojung.
Perlahan Yoojung menganggukkan kepalanya. Matanya meliar memandang segenap bilik. Dia dapat lihat wajah-wajah yang dia tak pernah jumpa di dalam bilik itu.
"Ni Puan Kim mulai hari ni dia mama baru kau"kata Yoona lalu menarik seorang wanita yang agak berusia mendekatinya.
Yoojung melihat wanita yang mula mendekatinya itu. Walau dia sudah berusia namun dia tetap nampak muda. Yoojung dapat mengagak yang keluarga angkat milik Yoona agak berada melihatkan pemakaian mereka.
Yoojung menundukkan kepalanya tanda hormat dan lantas itu wanita yang dikenalinya sebagai Puan Kim terus memeluknya.
"Akhirnya kamu sedar Yoojung mama dah lama tunggu kamu untuk sedar"kata Puan Kim bersama airmata.
Yoojung mula mengerutkan keningnya,dia pelik kenapa Puan Kim boleh menangis sedangkan mereka baru berjumpa.
Puan Kim meleraikan pelukan mereka lalu memegang kedua belah pipi Yoojung.
"Mulai hari ni panggil saya mama okay"kata Puan Kim lalu mencium dahi Yoojung.
"Dan lelaki ini Tuan Kim mulai hari ni dia adalah papa baru kau"tambah Yoona mencelah.
Papa,appa,ayah apa yang seangkatan dengannya membuatkan Yoojung takut lantas itu dia terus menjerit.
"Arghhh!"Yoojung terus-terusan menjerit sebelum ni sewaktu dipukul oleh Minjae dia bertahan seorang diri menerima saja setiap apa yang lelaki itu lakukan kepadanya.
Dan sekarang dia sudah tidak sanggup lagi dia tidak akan bertahan lagi.
"Jangan pukul aku! Jangan pukul aku! Jangan pukul aku! Sakit sangat! Jangan pukul aku!" Yoojung meronta saat Puan Kim dan Yoona cuba untuk menenangkannya.
Taehyung yang baru sahaja tiba di situ terkejut dengan amukan Yoojung dia tidak menyangka sampai begitu sekali Yoojung trauma.
Kalaulah dia dapat mengurangkan kesakitan gadis itu dia sanggup.
Apabila melihat keadaan Yoojung makin tak terkawal, Taehyung terus menuju ke arah Yoojung lalu memeluknya erat.
Yoojung masih lagi meronta apabila dia menyedari seseorang memeluknya.
"Dengar sini Kim Yoojung,aku takkan benarkan sesiapa pun lukakan kau. Kau dah selamat tak ada sesiapa akan pukul kau. Selagi aku ada kau akan selamat"kata Taehyung sambil memeluk Yoojung erat.
Yoojung yang tidak terkawal mula stabil. Bau haruman daripada badan Taehyung menenangkannya. Walau dia tidak mengenali siapa lelaki yang memeluknya namun dia berasa selamat dalam dakapan lelaki itu.
Buat pertama kali dia rasa selamat berada dekat dengan lelaki. Perlahan nafasnya yang laju tadi mulai stabil.
Taehyung mula menggosok perlahan belakang Yoojung cuba untuk menenangkan gadis itu.
Yoona, Seokjin,Puan Kim dan Tuan Kim masing-masing sayu melihat keadaan Yoojung. Mujurlah Taehyung dapat menenangkannya.
Dan tanpa sedar Yoojung terlelap dalam dakapan Taehyung.
Share this novel