Series
1768
Seonjun meneguk segelas vodka dengan rakus,fikirannya kusut dan serabut jujur dia katakan yang dia rindukan Yoojung sudah berbulan dia tidak menatap wajah cantik Yoojung,dan oleh kerana itu dia cuba menghilangkan rasa rindunya dengan bersama gadis lain namun tetap sia-sia minda dan hatinya masih menginginkan Yoojung.
Dan keluarga Kim dia masih terkejut bagaimana keluarga itu boleh mengambil Yoojung sebagai anak angkat.
Bukan dia takutkan keluarga itu kerana kekayaannya namun dia tidak mahu mencari pasal dengan anak bongsu keluarga itu.
Kim Taehyung dia seorang lelaki yang misteri dan mengerunkan.Lelaki berketurunan Kim itu tidak seperti yang dia sangkakan. Dia ibarat periuk api jika tersalah pijak maka binasa lah jawapannya.
Sedang Seojun duduk menyandar di sofa empuk di dalam bilik VVIP dan tengah hanyut dalam dunianya.
"DOOMM!!"Bunyi pintu yang dibuka secara kasar mengejutkannya. Dan yang lagi mengejutkan wajah Yoojung tersembul di muka pintu bilik VVIP itu.
"Am l dreaming right now I think about you and now you are here"kata Seonjun bersama mata yang kuyu.
Dia cuba bangun namun terduduk semula akibat terlalu mabuk.
"Yahh,berapa banyak kau minum sampai mabuk macam ni?"tanya Yoojung dingin.
"Kau tak pernah berubah kan masih dingin dengan aku,kau tahu tak cara kau layan aku macam ni buatkan aku terseksa"kata Seonjun lagi,dia meraup wajahnya lalu mengambil segelas air mineral di atas meja itu lalu meneguknya kasar. Cuba menghilangkan mabuk.
"Orang macam kau ni aku tak perlu layan baik-baik,aku malas nak buang masa lama-lama kat sini,ambik ni"kata Yoojung sambil melemparkan sebuah beg pakaian di atas meja di hadapan Seonjun.
Seonjun menaikkan keningnya sambil memandang Yoojung yang ketika itu mengambil tempat di sofa berhadapan dengannya.
Perlahan Seonjun menarik zip lalu membuka beg pakaian dan apabila dia melihat sejumlah wang yang banyak di dalam beg itu dia memandang tepat anak mata Yoojung.
"Duit yang banyak ni untuk apa?"tanya Seonjun.
"Aku tahu Minjae berhutang dengan kau so tu semua duit hutang dia dan urusan antara kau dan aku dah settle jadi aku harap masa akan datang aku tak berjumpa dengan kau lagi Kang Seonjun"jawab Yoojung bersama reaksi dinginnya.
"Macam tu je Yoojung,kau tahu kan perasaan aku terhadap kau macamana kau fikir semudah tu je aku boleh lupakan kau memang tak akan Yoojung,aku takkan sesekali lepaskan kau"kata Seonjun lantas menepuk meja di hadapannya dengan kuat.
"Aku takkan pernah balas perasaan kau Seonjun jadi berhentilah berharap. Kau bukan taste aku"kata Yoojung sambil berdiri ingin keluar dari tempat yang menyesakkan otaknya ketika itu.
"Habis tu bagitahu aku taste kau macamana aku akan berubah Yoojung,aku akan cuba untuk menepati kriteria lelaki idaman kau just don't leave me,l love you Yoojung how can't you see that"kata Seonjun lantas bangun lalu memegang lengan Yoojung.
"Love doesn't work like that Seonjun. Dan sebab itu aku takkan pernah jatuh cinta kat kau. Apa yang kau rasa tu hanya obsession sebab aku perempuan pertama yang tak mudah tunduk dengan kau,kau memang cukup package, kau ada rupa kau ada duit kau boleh buat orang lain jatuh cinta dengan kau tapi bukan aku. Kadang-kadang cinta tu tak semestinya memiliki dan dalam hidup ni tak semuanya kau boleh miliki ada sesuatu atau seseorang yang bila kau usaha walau macamana pun tetap takkan jadi milik kau. Aku salah satu antara yang kau takkan dapat miliki.Dan satu lagi jangan cakap yang kau cintakan aku bila kau sendiri tidur dengan perempuan lain Seonjun."jawab Yoojung dingin,bibirnya tersenyum sinis.
Muka Seonjun berubah bila mendengar kata-kata dari bibir Yoojung ibarat pisau yang menusuk ke hati sungguh dia begitu terkesan dengan kata-kata Yoojung.Rahangnya berlaga dan dia melepaskan ketawa sinis.
Wajahnya yang ditundukkan dari tadi diangkat lalu merenung tajam wajah Yoojung, tangannya yang masih memegang lengan Yoojung digenggam kemas sehingga mengeluarkan erangan kecil dari bibir Yoojung.
"Lepaskan tangan aku Kang Seonjun"arah Yoojung apabila dia mula rasa sakit.
"Not that easy Yoojung,as l said l will not let you leave me no matter what happens baby"kata Seonjun lalu dengan pantas dia memukul siren kebakaran di tepi dinding dan sesaat kemudian siren kebakaran mula berbunyi nyaring.
Seonjun pantas menarik lengan Yoojung lalu dia memeluk erat pinggang gadis itu seperti tidak mahu gadis itu lari.
Yoojung terkejut dengan perlakuan Seonjun,dia datang sini bukan untuk mencari masalah tapi disebabkan perangai Seonjun dia melepaskan keluhannya.
'Nampaknya bukan senang untuk aku keluar dari sini hidup-hidup'bisik hati Yoojung.
Mereka saling bertentang mata tidak dipedulikan bunyi yang riuh rendah di luar bilik itu.
"Aku paling benci bila kau buat aku macam ni"kata Yoojung berbaur amaran sambil merenung tajam anak mata Seonjun.
"But l like it when you in my embrace like this Yoojung ah"bisik Seonjun di telinga Yoojung.
Dan tanpa membuang masa Yoojung memulas tangan Seonjun yang berada di pinggangnya lalu dia menolak badan Seonjun ke dinding lantas melipat tangannya di belakang badannya.
"Not that easy Seonjun,maybe before this l let myself go weak because l had to protect someone but that someone was gone and now don't you ever let my monster come out because using the hard way is the last thing that l want to do"kata Yoojung sambil menekan siku Seonjun menyebabkan lelaki itu mengerang sakit.
Dan sesaat kemudian dia melontar tubuh Seonjun sehingga dia terpelanting ke atas meja di tengah bilik itu.
"Argghhh"
Seonjun mengaduh sakit apabila perutnya terkena bucu meja itu.
Dan tanpa membuang masa Yoojung keluar dari bilik itu lalu pantas menuruni tangga ingin lekas keluar dari tempat itu.
Apabila dia sampai sahaja diruang tengah club itu sekumpulan lelaki bersut hitam masuk lantas mengepungnya.
"Hahaha"
"Kau fikir semudah macam tu je aku nak lepaskan kau Yoojung!"jerit Seonjun yang ketika itu berpaut pada palang besi di tingkat atas.
"Hei ni Kang Seonjun lah kalau aku tak dapat kau aku akan pastikan orang lain takkan dapat kau,and you need to know something l get everything that I want including you Yoojung"kata Seonjun sambil ketawa sinis.
"Tangkap dia jangan bagi dia terlepas!"arah Seonjun kepada anak buahnya lalu dia berjalan menuruni tangga.
Yoojung mula mengeluh kasar dia meraup wajahnya lantas itu mengikat kuat rambutnya yang sedikit longgar itu. Jaket kulit yang dipakainya dibuka lalu dilontar ketepi tangannya disatukan lalu dikepal seperti penumbuk lantas itu dia berpusing mengadap Seonjun lalu melepaskan ketawa sinisnya.
"Kau memang keras kepala kan"Yoojung berkata lalu menyepak kaki lelaki bersuit hitam yang cuba menangkapnya.
Lelaki itu membongkok kerana sepakan padu oleh Yoojung belum sempat dia bangun kepalanya menjadi singgahan lutut Yoojung. Lelaki itu mengerang sakit dan rebah apabila kesakitan mencengkam kepalanya.
Belum sempat Yoojung melangkah dirinya dipeluk dari belakang,dan tanpa membuang masa dia menendang lutut lelaki itu dan pelukannya longgar lantas itu Yoojung melibas tangan lelaki itu lalu menumbuk mukanya dan menendang dadanya sehingga dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Sepantas kilat lengannya diragut dan belum sempat dia menumbuk lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu rebah akibat dipukul dari belakang dan mata Yoojung membulat apabila melihat wajah Taehyung dihadapannya.
"Taehyung?"ucap Yoojung terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
"Did you miss me baby?"balas Taehyung sambil mengenyitkan matanya kepada Yoojung.
Share this novel