Melur memiliki paras wajah yang manis setiap kali melihatnya sama ada perempuan mahupun lelaki pasti tidak jemu melihatnya. Matanya yang sayu membuatkan mana-mana lelaki akan jatuh hati dan cuba mendekatinya. Melur yang kekok bercinta dan tidak pernah mempunyai teman lelaki kebiasaannya cuba mengelakkan diri dari semua lelaki yang memikatkan. Melur lari bukanlah kerana dia malu tetapi dia memilih dan mahu lelaki yang mampu buat dia rasa selesa dan nyaman. Melur seperti jinak-jinak merpati. Nampak mudah didekati untuk pertama kali bertemu. Buat kali kedua bayang Melur pun tidak kelihatan jika dia tidak minat dengan lelaki itu. Melur sukakan lelaki yang sederhana dan lelaki sejati. Lelaki budiman yang berani dan paling penting tinggi, tidak gemuk, cerah, baik, kelakar dan penyayang. Walaupun ciri-ciri ini susah nak jumpa pada lelaki zaman sekarang. Tapi Melur percayakan pada keajaiban. Mungkin pada waktu ini jodoh Melur masih di tadika atau belum lahir. Lelaki muda perempuan tua bagus, kerana lelaki cepat mati berbanding perempuan. Jadi usia bukanlah penghalang dalam menghalalkan hubungan.
BERSAMBUNG
Share this novel