Melur adalah anak tunggal dalam keluarganya. Hidup sederhana disamping kedua orang tuanya. Meskipun anak tunggal Melur bukanlah anak manja yang keanak-anakan. Melur adalah anak yang berbakti kepada orang tuanya. Memahami kesusahan kedua orang tuanya. Biarpun kedua orang tuanya tiada masa untuknya. Dia tidak pernah mengeluh akan garis hidupnya itu. Padanya dia tidak putus asa mencari perhatian ibu dan bapanya agar dapat sekali memberi tumpuan pada luahan hatinya. Dia terbiar sejak kecil terumbang-ambing membawa dirinya kerana orang tuanya sibuk mencari nafkah buat dirinya. Dia faham bukan mudah untuk menjadi ibu dan bapa. Setiap hari mamanya bekerja balik lewat malam dia akan menunggu mamanya pulang di hadapan pintu.
Kedua orang tuanya tidak menerimanya seadanya kerana mereka inginkan anak lelaki.
Bersambung
Share this novel