EPISOD 5 - ORANG TUANYA TIDAK PEDULI

True Story Series 6414

Apa sahaja yang Melur buat tidak pernah membuat hati kedua orang tuanya bangga dengan pencapaiannya. Ibu bapanya jenis memuji anak orang lain dan membanding-bandingkan Melur dengan anak orang lain. Melihat ibu dan ayah Melur kemungkinan mereka tidak tahu bagaimana ingin menjadi Ibu dan ayah. Melur seorang pelajar pintar dan disenangi oleh rakan-rakannya. Dia yang gemar menyendiri dalam semua hal kerana dia tidak sebahagia anak-anak lain yang kerap dilawat dan dihubungi oleh keluarga mereka. Dia hanya berdiam diri dan menyiapkan tugasan dari pengajarnya. Sejak awal belajar sampai tamat pengajiannya orang tuanya sedikit pun tak sudi hadir ke majlis konvokesyennya. Oleh kerana orang tuanya tidak mahu hadir, dia pun memutuskan untuk tidak hadir ke Majlis Konvokesyen tersebut. Sebaik tamat pengajian Melur pulang ke rumah orang tuanya dan mencari pekerjaan. Rezeki tidak silap alamat Melur mendapat tawaran bekerja dibahagian pejabat sebagai kerani.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience