EPISOD 2 - ZAMAN REMAJA DI SEKOLAH MENENGAH

True Story Series 6414

Melur yang hidup tanpa kasih sayang secukupnya membesar dengan mendapat perhatian dari teman-temannya yang sentiasa memberikan sokongan. Melur lebih riang apabila bersama-sama rakannya yang banyak mendengar luahan hatinya. Manakala di rumah dia seorang pendiam kerana tiada apa yang ingin dibualkan. Meskipun hidup bebas dan tidak dihiraukan oleh kedua orang tuanya, dia mengisi masa lapangnya dengan perkara berfaedah dan tidak ingin mensia-siakan hidupnya itu. Setiap detik begitu bermakna untuk dirinya. Hari berlalu pergi sehinggalah Melur berusia 17 tahun. Melur tiada teman lelaki. Dia lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran dan membiayai yuran pendidikannya sendiri dari hasil kerja sambilan disebelah petang di kedai makan, kedai kasut dan Melur yang pemurah sanggup berkongsi gajinya RM15 sehari dengan kedua ibu bapanya, kerana dia inginkan keberkatan dalam hidupnya.

BERSAMBUNG

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience